Allah Bayar Cash

Pada mulanya kenal dengan lelaki ni masa awal pkp. Perkenalan yang bermula di laman sosial. Awalnya hanya untuk bermain tapi disebabkan rasa kesunyian membuatkan aku rasa selesa berkawan melalui telefon dengan nya.

Pada awalnya perkenalan aku tanya banyak kali sama ada betul lelaki ini bukan suami orang sebab perkara yang paling aku benci ialah suami orang yang ada hubungan sulit ditempat kerja.

Sebab aku ada pengalaman bekerja dengan ramai pasangan yang dah berkahwin menjalin hubungan dengan rakan sekerja.

Jadi aku muak dengan perangai suami orang yang menggatal dekat luar dan fikirkan perasaan sesama perempuan hati aku juga sakit melihat mereka merayu perempuan lain di luar.

Aku mula membandingkan lelaki yang aku baru kenali dengan teman lelakiku dan kerana lelaki yang aku baru kenali lebih rasa dihargai aku mula melayani dia lebih dari sekadar kawan.

Selepas beberapa kali dia mengajakku keluar aku cuba beri dia peluang itupun setelah setahun kami berkenalan di telefon.

Setelah beberapa lama pekenalan tu ak dengan sedar telah rasa lebih selesa dan mengajaknnya untuk pergi kearah perkahwinan.

Dia tiba tiba berubah dan aku sedar perubahan sikap dan setiap kali dia beri alasan bahawa aku yang menyerabutkan dia bila dia sibuk dengan kerja.

Sebagai perempuan sensitiviti kepada perubahan perilaku pasangan sangat senang untuk kesan.

Aku mula perasan dia buat beberapa perkara untuk aku yang memulai untuk sudahi perhubungan kami. Contoh dia biarkan telefon seakan akan baru selesai berborak dengan perempuan lain.

Dan ada beberapa perkara yang aku rasa memang dia nak putuskan hubungan tanpa nampak sangat.

Aku sedar dia selalu hilang selepas tu. Rupanya selama ni dia ada konflik hubungan suami isteri seperti isteri tak ada lagi keinginan untuk bersama dan lelaki ni marah dan keluar rumah.

Bila hubungan dia suami isteri dah pulih dia mula tinggalkan aku. Rupanya selamani aku cuma perempuan simpanan.

Aku rasa aku seperti dipermainkan perasaan yang tak boleh digambarkan.

Aku tanya dia kenapa dia tipu selamani dan jawapan dari dia seolah menyalahkan aku pulak. Dia cakap kalau dia suami orang, aku tak akan layan. Dan benda tu aku ulang bukan sekali dua.

Dia mula tak layan aku macam mana sebelum dia berbaik dengan isteri dia. Aku dapat tahu dia masih suami orang pun selepas setahun kami keluar. Waktu yang sangat lama kalau nak kata sebagai kawan.

Ada hari aku rasa tekanan teramat sangat sebab aku seperti orang yang tak dihargai langsung perasaan tu. Tapi bila dia datang semula dia sangat pandai ambil hati aku.

Orang yang terpaling beri layanan ekslusif untuk aku. Orang yang aku luah segalanya, aku maki, ak sayang, sampai aku rasa macam mana aku nak tinggalkan dia yang dah tinggalkan aku.

Dalam masa yang sama aku rasa kesian dekat isteri dia tapi dalam masa yang sama aku rasa aku tak patut dapat layanan macam ni.

Aku sayang dia sampai bila aku marah aku tak sanggup nak doakan yang tak baik untuk dia.

Kadang aku rasa apa yang sangat aku tak nak dalam hidup benda tu lah yang akan menjadi ujian ataupun perkara yang kita kena hadap.

Sebab dah beberapa kali aku tukar kerja aku sangat muak bila ada lelaki suami orang nak cuba kenal dengan aku. Perilaku sikap mereka buat aku cemuh dalam diam. Last aku sendiri yang makan dengan cemuhan aku.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *