Asalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua.
Ini hanya sekadar luahan hati saya sebagai seorang hamba yang kadang2 alpha dengan Dunia.
Dalam kita berdiam sebenarnya kita tidak sedar yang kita mengeluh dengan pemberian Allah.Selalu kita mengimpikan untuk hidup mewah,tapi hidup kita masih terumbang ambing .Kenapa?? sebab Allah merindukan kita. Kerana Allah tahu kita hanya akan ingat kepada-Nya ketika mereka sulit/susah. Kita tak dapat apa yang kita impikan,tapi Allah bagi apa yang kita perlu.Kita saja yang EGO mengatakan syukur.Allahu.
firman Allah swt di dalam kitab suci al-quran :
“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” Al-Baqarah ayat 216.
Banyak dalam kehidupan seharian kita yang mana kita selalu alpha,selalu mempersoalkan takdir tanpakita Sedar kita mempersoalkan Kerja Tuhan Seperti:-
1.Jodoh
Kita mahu jodoh kita such a perfect person,tapi yang kita dapat pasangan yang biasa.Kenapa? Sebab yang biasa itu lah yang kdg2 akan membimbing kita jauh lebih baik,yang kan menyayangi kita. Lagi satu, kita nak kan org tu jd psgn kita,tapi putus di tengah jalan? Yes, the strong reason ‘’bukan jodoh’ tapi pernah tak kita Nampak dari sisi yang Allah cuba beri kita. Allah bagi kita rasa keperitan,kesedihan,kesakitan untuk kita belajar bangkit,belajar untuk redha,belajar untuk menerima takdir Allah. Sebab tiada hidup yang selamanya bahagia.
2.Rezeki.
Contoh terdekat,kita lihat orang ada kereta pergi kerja sedangkan kita hanya ikut public transport.Kita mesti iri hati dengan orang yang ada kereta sebab boleh jalan sana jalan sini.Tapi apa yang Allah nak bagi kita rasa ,Allah tahu kita tak mampu,Allah itu tahu kita lebih perlu duit untuk sara hidup untuk makan,bagi mak ayah duit daripada membayar ansuran kereta setiap bulan.Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
3.Rupa Paras.
Sekarang orang berlumba2 nak putih,flawless. Pakai skincare macam2 tambah lagi dengan supplement tapi masih tidak berkesan.Bukan Allah tak suka kita cantik,tapi Allah hendak jauhkan kita dari riak takbur dengan kecantikan diri kita.
Allah lebih suka kita merendah diri.Allah menciptakan kita dengan kecantikan kita yang tersendiri.Kalau masih x cantik,maknanya kita kenalah muhasabah balik diri kita.Kecantikan dalaman mencerminkan kecantikan luaran kita.
4.Pencapaian.
Bila keputusan SPM keluar , mula lah jiran2 sebelah ,saudara mara bertanya khabar keputusan anak kita.Ada juga yang membuat perbandingan dengan anak mereka. Semua mengharapkan keputusan yang cemerlang. Ada yang belajar bersungguh2 tapi tetap tidak cemerlang.Bukan Allah x sayang kita.Bukan Allah tak suka nampak kita berjaya.Allah ciptakan kegagalan untuk kita bangkit dengan semangat baru untuk berjuang lagi kerana kejayaan hidup ini sangat subjektif,sangat meluas. Mungkin kita lebih cemerlang dalam urusan berniaga.Lebih berjaya membahagiakan Mak ayah kita.Lebih berjaya menolong orang2 susah.
Inilah yang dinamakan HIDUP yang mana tidak selalu berada di atas.Apa yang kita kejar,kita ingin kan tidak dapat walapun habis Kudrat diperah. Berpegang pada satu ini :-
‘’ Allah tak beri apa yang kita mahu tapi Allah beri apa yang kita perlu,Allah adalah sebaik2 perancang kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Kita.Siapa kita untuk menolak takdir?’’
Audit balik diri kita,tanya balik diri kita.Ingat balik apa yang Tuhan pernah beri kepada kita.InsyaAllah apa yang kita punya hari ni mendapat keredhaan dan keberkatan dari-Nya.Semoga Tuhan memberkati segala apa yang kita buat di Dunia ini.Aminn.
– -Cik Jiji-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit