Assalamualaikum admin. Tolong hide profile sy. Terima kasih kalau admin siarkan confession ni.
Aku Lynn (bkn nama sebenar). Sedikit pengenalan tentang aku. Aku dah berkahwin 3 tahun lebih dan masih belum dikurniakan rezeki anak. Doakan aku guys. Berbalik kepada tajuk, aku percaya, segala yg berlaku ada hikmahnya. Sepanjang hidup aku, byk perkara yg aku nak, tapi aku dapat apa yg aku x minta. Tapi itu yg terbaik Allah aturkan utk hidup aku.
Antaranya, aku dilahirkan dlm keluarga yg besar. Alhamdulillah. Jadi, dari segi kewangan keluarga, aku sebagai anak dah belajar dari kecil utk berjimat cermat. Bila dah sekolah menengah, duduk asrama, alhamdulillah dpt biasiswa. Duit biasiswa itulah utk aku bayar segala yuran dan duit belanja di asrama. Nak minta duit dari ayah, x sampai hati sbb masa tu adik beradik aku ada yg belajar di universiti, sek menengah dan rendah. Kalau ikutkan hati, aku nak jadi mcm orang lain. Ada duit belanja yg banyak, boleh beli mcm2 yg aku nak. Tapi apa aku boleh buat, aku hanya bersangka baik pada Allah. Dia x beri aku kesenangan agar aku x lupa diri dan belajar utk survive.
Zaman sekolah juga, aku diuji dgn masalah jerawat yg menyebabkan self confidence aku menurun. Secara jujurnya, aku cemburu dgn rakan2 yg kulit muka bersih. Sebagai seorang perempuan, mestilah aku cemburu dgn rakan2 aku yg berkulit cerah dan bersih. Lg2 bila ada lelaki yg cuba mengorat, bahagianya rasa kan. Sekali lg aku bersangka baik, Allah berikan ujian mcm tu supaya aku dijauhkan daripada sifat riak dan utk menghindarkan aku daripada perkara2 maksiat.
Masalah jerawat ni berterusan sampailah aku di universiti dan zaman pekerjaan. Di universiti pun, ak masih single. Yelah, aku sedar diri kan. Cuma ada lah beberapa peristiwa yg buat aku stress dan kecewa. Bila aku berjalan dgn kawan2 baikku, ada je pelajar lelaki yg mengorat. Tapi semestinya bukan mengorat aku lah. Jadi, sekali lagi aku bersangka baik dengan Allah. Allah masih jaga maruahku. Alhamdulillah, lepas konvo, aku mula bekerja. Tak sampai setahun, ada seorang lelaki yg baik hati mahu berkenalan dengan aku dan tak putus asa yakinkan aku untuk jalinkan hubungan yg serius walaupun waktu tu muka aku macam baru lepas kena sengat tebuan dan aku bekerja biasa2 saja. Lepas dia merisik, aku terus kumpul duit untuk merawat masalah jerawat aku. Sekarang ni, alhamdulillah la. Tidaklah bersih dan licin mcm model, tapi cukuplah buat orang lain selesa bila pandang muka aku. Sekali lagi aku bersangka baik. Mungkin kalau muka aku ni bersih dan licin dulu, aku takkan pandang suami aku yg dulunya tak putus asa mengorat aku. Seorang suami yg penyayang, hormat orang tua, hormat wanita dan kelakar pula. Yg penting solat dia cukup 5 waktu. Mungkin aku akan cari lelaki yg kacak, kaya tapi panas baran. Tak pun sentiasa sibuk dengan duniawi.. Allahualam.
Last but not least, lepas konvo, aku struggle cari kerja utk bayar ptptn dan survive dlm kehidupan. Ya, aku cemburu dgn rakan2 aku yg dah dapat kerja tetap, kerja government, dah beli kereta dan ada juga yg habis belajar terus berkahwin. Tp cemburu aku setakat pendam dlm hati. Bukanlah berbuat khianat pada mereka. Sebaliknya aku terus berusaha dan berdoa. Aku serahkan diri aku pada Allah dan aku percaya apa yg aku minta selama ni, iaitu duit belanja yg banyak, muka yg cantik, boyfriend yg caring, kerja yg bagus tu bukanlah masa yg sesuai untuk Dia bagi pada aku. Belum masanya lagi dan mungkin waktu itu, banyak kemudaratannya kalau aku dapat apa yg aku nak.
Kini, aku bersyukur. Muka aku dah bersih walaupun masih ada kesan lekukan jerawat, yg penting suami selalu puji wajah aku manis. Aku dikurniakan suami yg penyabar dan penyayang, dan yg paling aku bersyukur aku dapat pekerjaan yg tak pernah aku sangkakan aku akan dapat kerja dengan gaji yg tinggi selepas beberapa bulan berkahwin. Itu namanya rezeki berkahwin. Allah bagi apa yg aku minta mengikut keperluan aku pada waktu yg sesuai. Terima kasih Allah atas segala kurniaanMu.
Ok yg ni Last. Aku masih menanti khabar gembira buat kami suami isteri. Dan aku percaya, Allah belum berikan apa yg aku minta (anak) sebab belum lg keperluanku buat masa ni (mungkin, hanya bersangka baik). Aku percaya, Dia akan hadirkan rezeki itu bila tiba masanya.. Insya Allah amin. Doakan yg baik2 saja. Kalau x mampu nak doakan kami yg sedang berttc, xperlulah nak lemparkan kata2 yg kurang manis kepada kami. Sebab hanya Allah yg maha tahu dan Dialah pemberi rezeki.
– Lynn (bkn nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit