Allah Buka Jalan Menunaikan Umrah Hasil Sedekah Makan Pada Kucing

Setiap orang yang beragama Islam pasti ada keinginan nak tunai umrah kan? Nak lawat Rumah Allah, nak ziarah makam Baginda Rasulullah saw. Macam tu lah jugak dengan aku.

Aku harap apa yang aku kongsikan kali ni akan memberi sinar kepada semua yang nak sangat-sangat dijemput jadi tetamu Allah. Tiada lansung nawaitu nak takabbur atau riak. Semoga korang yang baca kisah aku ni nanti terus akan mulakan langkah pertama okay?! Benda baik tak elok tangguh-tangguh.

Ok ceritanya macam ni, aku dah lama pasang keinginan nak tunai umrah sejak 2017 (rasa dalam Mac ke April macam tu). Masa tu ada something happened dalam hidup aku. Boleh kata jatuh terduduk jugakla. Bila dah jauh daripada Allah kan, sombong!! Taknak solat bagai, sekali Allah turunkan ujian, memang terduduk sungguh. Padan muka aku haha.

Back to the story, jadi bila dah terdetik hati tu aku pun mula dengan perlahan-lahan baiki solat. Pastu masa bulan puasa aku banyakkan doa. Masa Hari Arafah pun aku asyik ulang-ulang doa yang sama (supaya Allah jemput aku jadi tetamu). Mana-mana kawan yang pergi haji ke, umrah ke mesti aku akan mesej personal mintak kirimkan doa.

Sejak daripada aku jatuh terduduk tu, aku mula jaga cara aku berfikir, aku mula kawal apa yang keluar daripada mulut, aku belajar berbaik sangka dengan Allah dan hambaNya. Semua ni pun sebab aku terbaca pasal Law Of Attraction dekat IIUM Confession ni lah (moga berpanjangan & membiak-biak pahala si penulis, aamiin).

Pastu aku banyak beli buku dan membaca benda yang related dengan motivasi dan yang berunsur keislaman tetapi jenis bacaan yang santai tapi sentap macam buku tulisan Bonda Nor, buku keluaran syarikat Must Read dan beberapa lagi. Setiap bulan kalau boleh aku mesti akan beli 1 buku. Sampai sekarang amalan tu masih aku buat jika kewangan mengizinkan.

Ujian Allah tu macam-macam. Sampai saat aku menulis ni banyak dugaan besar menimpa sebab apa aku mintak dalam doa pun semuanya besar-besar, huhu. Ada sorang kawan aku, masa pergi umrah dia ada snap gambar 1 kertas ni, dalam kertas tu dia tulis nama aku dan “moga menjadi tetamu Allah 2018”.

Jadi aku print gambar tu, aku tampal kat ruang tamu rumah dan dalam bilik. Aplikasikan konsep Law of Attraction yang aku baca tu. Hari-hari aku tengok gambar Kaabah dalam tu pastu aku senyum sorang-sorang, macam aku dah sampai kat sana.

Long story short, disebabkan terlalu banyak ujian Allah (Alhamdulillah tanda Allah sayang kan) dalam bulan December 2019 rasa keinginan nak pergi umrah tu membuak-buak semula. Rezeki Allah, ada seorang sahabat ni dia pergi umrah dengan isteri dia. Masa kat sana aku pun whatsapp dia, aku cakap “Bang, jika ada kelapangan tolong doakan aku masa kat sana” (aku whatsapp terus doa aku).

Dalam tu memang ada doa supaya Allah jemput aku jadi tetamunya. Pastu dalam 2-3hari lepas whatsapp tetiba abang tu whatsapp aku semula, masa tu dah tengah malam kat sini. Abang tu kata “Aku dah doakan untuk hang depan Kaabah” (sambil bagi gambar Kaabah time tu). Aku cam sebakla, ada jugak orang sudi nak bacakan doa aku.

Aku pun borak-borak, tanya dia pergi umrah guna pakej ke? Dia cakap tak, dia buat umrah DIY dengan wife dia. Aku pun luahla pada dia, aku cakap aku nak sangat pergi tapi tak mampu nak cover kos untuk mahram.

Jadi dia pun bagitaulah, sekarang takyah mahram la (pakai Visa Tourist, jika salah aku mintak maaf). Fuh dengar macam tu terus segar mata aku, time tu jugak (dah anjak ke lewat pagi) aku Google pakej-pakej umrah.

Esoknya aku Google pulak tips umrah dan yang seangkatanlah. Terus terang masa ni aku masih berbelah bahagi sebab kewangan aku memang tak stabil. Tapi hati mengharap sangat-sangat.

Masa tengah Google tu tiba-tiba aku terbaca pasal kisah-kisah best seorang wanita ni semasa di Makkah lepas dia bagi makan kat kucing di sana. Dengar pulak ceramah Ustaz Azhar Idrus kat youtube pasal hikmah bagi kucing makan, lagilah aku nekad kan!!

Jadi aku pun petang tu terus keluar pergi beli makanan kucing. Dekat belakang umah atau depan umah ni memang banyak je kucing jalanan. Aku pun ambil 1 bekas kecik letak makanan, 1 lagi letak air. Aku letak 2 bekas tu kat depan rumah.

Awal-awal tu macam takde apa-apa pun. Tak lama lepas daripada mula bagi kucing makan, ibu aku restu aku pergi umrah dengan syarat mesti ambil pakej dengan syarikat. Tak boleh pergi DIY. Restu ibu untuk orang bujang macam aku tu penting. Ayah aku pun ok. Cari punya cari pakej, tetiba dekat Facebook ada keluar kursus umrah percuma minggu berikutnya.

Aku pun cakap dalam hati Alhamdulillah, satu persatu Allah buka jalan. Sebelum sampai tarikh nak pergi kursus umrah tu dipermudahkan pulak urusan untuk dapat satu pakej umrah dengan sebuah syarikat ni. Hotel yang ditawarkan pun dekat, staff dia layan soalan-soalan aku dalam whatsapp pun lembut je. Memang seronok, sejuk je hati, haha.

Allah pun permudahkan urusan aku untuk pergi ambil gambar Visa bagi urusan umrah aku ni. Pastu Allah mudahkan lagi urusan aku untuk setelkan bayar deposit umrah. Hampir semuanya berjalan lancar. Walaupun kewangan tu ada banyak kekangan, tapi memang Allah hantar orang yang baik-baik untuk bantu aku Alhamdulillah.

Lupa pulak, masa aku bagi kucing-kucing tu makan aku akan cakap kat diorang, doakan rezeki aku melimpah ruah ye, doa aku dapat pergi umrah free tau (haha, benda ni tak mustahil jika kita doa mintak pada Allah), pastu banyakla lagi aku mintak tolong doa dan penghujung aku mesti cakap terima kasih ye.

Doa daripada haiwan ni punya magik yang tersendiri (haiwan takde dosa). Sebab pada kucing ada malaikat. Jadi malaikat turut doakan kita (doa malaikat mustajab) jugak. Kerja kita pulak sebagai hamba niat yang baik-baik kerana Allah, doa, usaha dan selebihnya macam mana Allah nak bagi, itu kerja Allah. Yang penting kita dah buat kerja kita.

Dan Alhamdulillah sejak bagi kucing makan, perlahan-lahan bisnes aku kembali ok. Kiranya if meeting dengan 5 client, 4 job tu in sha Allah confirm. Hati pun makin tenang, makin tinggi rasa kebergantungan tu pada Allah. Aku nak pesan jugak, lepas dah sedekah tu, korang tawassul lah.

Contoh cam “Ya Allah, aku bertawassul dengan amalanku bagi makan pada kucing, aku mohon (apa hajat kita)” in sha Allah pasti cepat atau lambat je makbul. Korang kene yakin dengan doa korang tu. Kene betul-betul buat kerana Allah dulu kemudian barulah mengharap pada sifat-sifat Allah yang Maha Agung.

Jadi, pada korang kat luar sana yang tengah serabut hal duit, hal pelajaran, hal rumahtangga apa kata cuba tips bagi makan pada kucing ni. Niatkan ikhlas kerana Allah, lepastu tawassul. Dan teruskanlah istiqomah ye. Benda baik tak salah kita kekalkan.

Tolong doakan urusan umrah aku sekitar Mac nanti dipermudahkan dan aku dapat pergi umrah tu PERCUMA. Macam mana nak percuma? Entahlah, aku berdoa tapi cara nak dapat dan bila akan dapat tu, Allah yang tentukan. Tolong sama-sama doakan dan aamiinkan ye.

Terima kasih sudi baca kisah aku yang tak seberapa ni. Moga beri manfaat pada semua dan terima kasih IIUMC sudi kongsi kisah ni.

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *