Salam semua. Hi saya Lili (bukan nama sebenar) ini adalah perkongsian saya kali yang ketiga dihantar kepada iium confession (thankyou so much!) ok saya sebenarnya nak share tentang hidup saya. Saya berusia 21 tahun, dan selama saya 21 ni dah bermacam dugaan saya lalui. Diuji dengan pengkhianatan oleh kawan, perceraian keluarga yang tiada kesudahan, krisis kewangan, ditimpa sakit, penipuan dan dicurangi oleh lelaki yang bernama kekasih, dan yang paling terbesar dalam hidup setiap manusia adalah diuji dengan kehilangan ibu atau ayah. Dan saya baru 3 bulan kehilangan ayah (dia tidak sakit dan pergi tiba tiba sewaktu tidur) Allah mengambil ayah saya 2 hari sebelum raya eid 2017. Dan pada pagi raya pulak, ibu arwah (nenek saya) juga pergi mengadap Ilahi. I dont have any other choice until being strong is the only choice I really have. Saya teruskan jugak hidup bersama mama dan 2 orang adik lelaki. Takpe kami yakin Allah akan bantu kami.
Dan sebenarnya sebulan sebelum ayah saya pergi, Allah telah temukan saya dengan seorang lelaki yang saya sendiri tidak tahu datangnya dia dari mana. Dia berusaha untuk berkawan dengan saya. Fyi, dia berusia 37 tahun. ok for sure korang akan macam wondering sangat dengan status beliau kan. Ok ye before saya terima dia saya dah find out siapa dan apa status beliau. Hm, surprisingly he is single. Dan bila saya tanya dia, dia tanya saya nak kahwin dengan dia ke? Dan dia sendiri cakap dia masih kosong lagi. Ok saya teruskan berkawan dengan dia. 3 bulan kami berkawan, berkenalan, and i fell in love, rupanya dengan suami orang. Ya Allah, SUAMI ORANG ye.
Sumpah selama saya berkawan dengan dia beria la saya tanya status dia apa semua (for so many times i asked him), tapi dia still cakap tak. Sepanjang berkawan, saya tak pernah nampak dia bersikap pelik (i mean macam hide something or someone from me). Mana tak nya, we meet everyday sebab kerja in the same field, and he come to my house, get closer with my family, tak pernah skip even 1 hari tak contact saya. Waktu tu saya rasa macam kesedihan saya terubat sikit. Yelah, masih lagi sedih dengan pemergian ayah saya. Dia lah lelaki yang kami harapkan selama ni untuk tolong. Boleh kata the whole family saya dah terima dia. Kami just tunggu masa untuk bernikah je. Dengan niat nak mempercepatkan untuk sah je. Tapi mungkin saya rasa Allah masih sayangkan saya yang naif lagi bendul ni. Allah jawab setiap doa yang saya mintak dalam setiap sujud, setiap istikharah, setiap solat hajat yang saya mintak untuk percepatkan kami bersatu sebagai suami isteri. Rupanya Allah jawab dengan cara yang lain. Ya Allah tak terkata saya waktu tu.
Bayangkan, selama 3 bulan tu, lelaki tu selalu bagi saya hint tentang rahsia dia (sebelum berkawan dia ada mention kat saya dia ada rahsia yang dia simpan, tunggu masa yang sesuai je untuk bagitau) . Dan selama tu lah dia hint kat saya dia nak tengok saya redha ke tak, boleh terima hakikat ke tak, tak semua perempuan boleh terima la, hak perempuan lah apa lah. Banyak sangat lah hint dia. Dan paling saya terasa hati bila dia tak pernah bawak saya jumpa mak ayah dia or even show me his house. Tak pernah walau sekali. Saya sedih tapi cuba faham keadaan dia (which is maybe he is not ready yet even dah 37 y/o) Saya pernah tanya dia “mak ayah abg tau tak pasal saya?”, lalu dia jawab “tak. kahwin nanti diorang tahu lah”
I was like apa niii? takkan nak kahwin senyap? Dan dia pun ada ajak saya nikah dulu, daftar kemudian (dengan alasan taknak tunggu 2 3 bulan kalau daftar dulu) Saya pun iye kan ajelah time tu. Saya ikut je apa dia cakap.
Rupanya selama saya ikut cakap dia, dia dah baca ayat penunduk kat saya. Sebab tu saya tak pernah sedar dengan hint yang dia bagi kat saya selama ni. (Saya dapat tau dia dah kahwin pun sebab ada seorang hamba Allah ni bagitau saya. dia ‘tengok’ dari tapak tangan saya, walhal saya tak kenal pun siapa pakcik ni. Dia muncul secara tiba tiba. pakcik ni jugalah yang bagitau saya dah terkena ayat penunduk lelaki tu) Bila saya tanya lelaki tu lagi dah kahwin ke belum dah ada isteri ke belum? dia cakap saya fitnah dia. Saya taktau nak percaya kan siapa, saya terus pergi pejabat agama. Bayangkan saya berusaha cari nombor ic lelaki tu dan saya dapat terus saya pergi seorang diri ke pejabat agama. Kalau ikut sebenarnya diorang cakap tak boleh tapi bila dah tahu masalah saya, diorang tolong jugak. And yes, they checked and said “dia dah berkahwin, cik. Tahun 2002”
Ya Allah luruh jantung saya time tu. Saya mampu senyum. Allah betul betul tolong saya, dia sahut setiap doa saya. Saya dah takda rasa sedih or frust time tu, saya dah redha sangat.
Bila dapat tau tu saya tanya dia kenapa tipu saya cakap tak berkahwin lagi blabla. Dia still deny kan jugak cakap saya dengar dari salah orang lah apa lah. Saya terus tinggalkan dia. And 2 days after that dia mintak untuk jumpa dengan saya kononnya nak jelaskan kat saya rahsia yang dia simpan selama 3 bulan ni. Saya expect dia akan mengaku “ye abg dah berkahwin” . Tapi dia boleh cakap “isteri abg izinkan abg kahwin lagi”
Padahal tak pun. Saya hampir hampir je kena serang dengan isteri beliau (mujur saya angkat kaki bla dulu). Saya pernah pesan kat dia saya boleh terima apa je keadaan diri dia susah ke takda duit ke atau apa pun, tapi bukan suami orang. Dia masih berharap saya terima dia. Dan dia masih call and ws saya sampai la nii, kononnya nak jadikan saya adik dia. Hm, sorry la saya mampu bagi. I’m moving on. (dah agak fobia untuk kenal sesiapa)
Dan bila saya sedar balik dengan semua ujian yang Allah bagi, saya rasa bersyukur. No matter what happen to me, Allah masih nak lindungi saya. Even saya dah takda ayah, Allah masih jaga saya dengan baik. Allah jadikan saya cukup kuat untuk jadi terus kuat dalam hidup ni. Nak mengeluh pun dah tak mampu, sampaikan saya boleh cakap being strong is the only last choice I really have. Dalam pada masa saya tengah ‘susah’ ni pun ada jugak orang sekeliling saya termasuk la family, kawan kawan saya mengadu masalah yang mereka hadapi. Dan dari masalah mereka jugaklah saya belajar untuk jadi terus kuat dan kuat. Bukan pengalaman saya je, pengalaman orang lain pun mematangkan diri saya untuk terus hidup. Buat semua para gadis yang sama baru nak mengenali dunia macam saya ni, sentiasalah berhati hati dengan siapa kita berkenalan. Kalau dah nak kahwin buatlah istikharah, Allah will show you. Kalau rasa ragu ragu, terus cari jalan untuk tahu siapa orang yang awak tengah berkawan tu. Kita takkan pernah tahu dengan siapa kita berkawan, baik atau jahat. Tapi kita boleh ubah sesuatu keadaan tu kalau kita nakkan kehidupan yang baik.
Saya berniat untuk berkongsi kerana saya fikirkan mungkin ada golongan manusia atau gadis yang senasib dengan saya. Kita kena terus kuat dan berjalan jugak. Pilihan semua kat tangan kita. Saya percaya setiap manusia diuji dengan jenis masalah masing masing. Yang mana baik ambillah, yang mana buruk jadikanlah pengajaran. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Semoga kita semua terus dilindungi. InsyaAllah.
– Lili
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit