Allah Itu Ada, Keajaiban Itu Daripada Allah

Hai Assalammualaikum confessor sekalian. Pertama sekali nak ucapkan terima kasih sebab menerima perkongsian saya pada hari ini.

Pada hari ini suka sangat untuk saya kongsikan pengalaman hidup saya sendiri bahawa Allah itu Ada. Sentiasa Ada, Sangat Dekat.

Aku, seorang wanita. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang beragama, sekolah agama, pakaian pun macam orang beragama (tudung labuh, tutup aurat) tetapi ada perkara yang Allah uji aku dari kecil lagi iaitu aku suka tonton video lucah dan yang tidak senonoh.

Aku rasa benda ni berlaku sejak aku dapat telefon bimbit dan laptop sejak aku berusia 12 tahun. Aku jadi suka sangat tengok perkara yang tak elok macamtu apabila duduk bersendirian, walaupun banyak kali aku tekad aku tak nak buat dna tengok.

Setiap kali tengok tu, aku mesti akan solat taubat, memohon kepada Allah bantulah aku berhenti tengok perkara yang terkutuk itu, tetapi syaitan tetap juga membisikkan untukku mengikut nafsu.

Aku pasrah, semakin hari semakin suka melihat perkara itu. (Benar, sekali buat, akan ketagih Astaghfirullah).

Sehinggakan, Allah memilihku untuk menunaikan umrah pada usia yang muda. Pada usiaku masih sekolah menengah. Waktu tu, aku memang kurang tengok video yang tak berfaedah sebab tekad nak pergi ke Mekkah dengan hati yang bersih.

Aku masih ingat sebelum pergi aku sentiasa berdoa kepada Allah, bantulah aku tinggalkan perkara terkutuk itu.

Sehinggakan, ada keajaiban yang luar biasa, Allah Maha Besar. Aku hambaNya mampu terduduk dan tidak akan melupakan. Aku tidak akan melupakan saat dan peristiwa itu, sehingga kini.

Sewaktu aku melihat Kaabah di hadapan mata, bergerak turun dari tangga, alangkah terkejutnya….. terpampang dari mataku “perkara lucah” (keluar scene-scene lucah yang aku tengok sebelum ini)

Ini cerita betul, takde rekaan tau. Wallahi. Allahuakbar waktu tu juga, aku menangis.

Aku cakap, ya Allah betapa hinanya aku apa yang aku tengok selama ini. Allah tunjuk depan mata aku tanpa batas. Agak lama juga paparan “scene” depan mata aku yang aku tengok tu.

Cuba bayangkan, betul-betul depan kaabah, Allah tunjukkan aku perkara tu. ALLAH MAHA BESAR.

Tiada manusia yang boleh tunjukkan kehebatan atau keajaiban seperti itu. Aku terduduk dan menangisi moga-moga aku dikeluarkan dari lorong gelap itu, begitu banyakkan dosa aku.

Aku kira, sememangnya itulah bentuk keajaiban hidayah yang Allah hadirkan padaku, lagi-lagi ketika di bumi dan tempat mulia itu.

Siapa sangka bahawa dosa yang aku lakukan selama ini Allah paparkan di hadapan mataku di tempat yang mulia dan indah itu, sebagai tanda apa yang aku lakukan itu benar-benar maksiat yang terkutuk. Allahuakbar…..

Sejak daripada peristiwa itu, seusai pulang, aku betul-betul bertekad aku akan mengubah diriku dan cuba sedaya upaya yang boleh.

Alhamdulillah, daripada keajaiban Allah itu, pelan-pelan aku mampu kawal diri aku daripada lorong kejahatan itu lagi. Ada beberapa kali sebenarnya aku gagal, tetapi makin lama makin berkurangan.

Sehinggalah satu masa, Allah menghilangkan segala nafsu yang tidak senonoh itu dengan sendiri… dengan usaha doa lebih banyak lagi.

Sehingga sekarang, memang aku hilang terus rasa untuk mengikut nafsu yang dulu, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Alhamdulillah, buat semua, perkongisan ini untuk mengingatkan bahawa kita semua begitu kerdil, Hamba yang begitu kerdil. Allah mampu membalasnya dengan begitu menakutkan dengan apa jua cara.

Jadi, perkongsian saya ini saya harapkan dapat jadikan iktibar buat semua kerana kejabaian Allah itu sungguh luar biasa.

– Manusia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *