Allah Itu Maha Adil Wahai Bekas Sahabat

Aku Mira (bukan nama sebenar). Aku dulu pernah ada sahabat, nama dia Mai (bukan nama sebenar). 5 tahun lepas adalah kali terakhir kami bersahabat.

Ya, kami bersahabat sejak masuk universiti. Apa je yang kami tak dapat, tidur sekali, segala aib rahsia sendiri, sampaikan password atm kami pun berkongsi.

Punya lah rapat sampai kan pergi mana mana orang cakap kami kembar kerana ketinggian kami yang rendah dan seakan seiras.

Pergi kelas sekali, sampai kalau takde salah sorang bersama, kami pasti akan ditanya mana salah seorang pergi.

Namun, segalanya hancur, atas sikapnya sendiri, yang menikam belakang aku, yang menyebabkan sampai sekarang susah untuk aku berdoa yang baik untuknya. Selagi tiada kata maaf yang keluar dari mulut dia.

Kisahnya bermula, saat kami berdua mula untuk kongsi rahsia segala kejahatan dan kebaikan kami sampaikan tiada apa yang kami selindungkan.

Untuk pengetahuan, dia pernah mengandungkan anak luar nikah dan dia sendiri tak pasti lelaki mana yang patut bertanggungjawab. Sampaikan dia perlu menggugurkan kerana yelah, masih belajar kan.

Aku lah yang ada di sisi dia jaga dia waktu pantang. Jaga sihat sakit dia. Kalau orang tengok muka dia mesti orang takkan percaya dia sekeji itu.

Yelah, solat tak tinggal. Solat pun dia selalu nasihat orang untuk jangan tinggal. Tapi dalam hati aku, aku jelah tahu sekeji apa dia,

Yelah seolah munafik pula sebab cara teguran dia pada orang sangat direct dan memalukan sampai dia pernah tegur bos kami (kami pernah bekerja part time bersama) dengan ayat dan nada yang sinis, “bang tak solat ke tak malu ke tak solat dah tua” di depan semua staff.

Yelah kau pun tak lah baik mana sampai nak tegur orang dengan cara memalukan sebegitu.

Bayangkan, setiap malam bertukar lelaki dia keluar, check in hotel, balik tu solat taubat dan esoknya buat lagi. Maksudnya solat taubat dia tu betul3 takde penyesalan untuk buat.

Ye dia buat tu semua sebab seronok katanya, nafsu dia terlalu tinggi. Tapi mukanya sangat naif dan boleh katakan cantik sampai dia pernah merendahkan aku dan kawan kami satu lagi, dengan mengatakan dialah paling cantik antara kami semua dengan nada riak.

(Kami rapat bertiga, tapi segala kejahatan hanya kami dua yang tahu kerana seorang lagi boleh dikatakan betul2 naif). 

Sampailah satu saat, aku berkenalan dengan seorang lelaki ni di dalam wechat, yang identiti nya boleh dikatakan dia sangat berahsia yang menyebabkan aku sangat berhati hati dan mengambil keputusan untuk stay berkawan untuk tahu siapa dia sebenarnya.

Namun, dialah punca segala persahabatan kami yang bertahun tahun rosak begitu sahaja. Mai (kawan baik aku tadi), rupanya di belakang aku berhubung dengan lelaki ini dengan niat nak merampas.

Ye memang aku takde niat pun nak bercinta dengan lelaki tadi tapi perlu ke diam diam keluar dengan lelaki yang aku sedang kenal dan bila kantoi.

Dengan mudahnya dia cakap lelaki tu nak dia dan tak nak pun dekat aku?

Sebenarnya aku pernah bawa Mai double date dengan lelaki tu, di mana lelaki tu pun bawa kawan dia untuk kenalkan pada Mai jadi aku syak lelaki tu dapat number Mai dari kawan dia lah kan. 

Macam mana boleh kantoi? Saat lelaki tu hantar dia balik ke u, dan terserempak dengan aku. Yelah siapa je tak nak lelaki tu kan, kaya dan ada ciri lelaki idaman cumanya aku faham mungkin Mai lebih cantik dari aku.

Tapi aku tahu niat lelaki tu ada niat tak baik pada aku dan Mai cumanya Mai bodoh dan lebih memilih lelaki tu dari persahabatan dengan aku.

Kononnya lelaki tu ada sediakan rumah untuknya, i mean, u not that stupid to believe that? Right? Sedarlah sikit laki tu gunakan kau untuk nafsu je.

The fact that lelaki tu nak kau sebab aku tolak segala keinginan bodoh dia. Okay sambung cerita..

Bila kantoi, mai naik bilik dan aku menjerit padanya kerana aku tak mampu mengawal emosi dan aku sangat sangat terkejut tidak sangka orang yang paling aku percaya boleh buat aku sebegini.

Dia ego. Bukannya mahu meminta maaf malah dengan nada sinis menyindir aku yang lelaki tu nakkan dia.

Aku marah dan bengang kerana kata katanya. Aku halau dia keluar dari bilik. Mungkin kalau saat itu dia peluk dan minta maaf aku takkan memarahinya seteruk itu.

Persahabatan kami berhenti sebegitu saja. Bagi aku, dia ni banyak dengki dan meniru aku. Apa yang aku dapat lebih baik darinya, pasti dia akan cuba untuk dapatkan juga.

Yelah, lepas kami dah lama tak berkawan. Aku ambil lesen kereta. Tup tup lepas beberapa bulan kemudian, dia pun ambil juga?

Paling obvious yang dia cuba meniru kehidupan aku adalah aku berkahwin, dan beberapa bulan kemudian dia pun berkahwin?

Punyalah nak lawan aku sampai tangkap muat je ambil lelaki yang kerja tak seberapa. Dan lelaki yang keluarganya tak restu pun dulu.

Alhamdulillah, Allah maha adil. Kehidupan aku sekarang jauh lebih baik dari dia. Apa yang dia cuba jadi, dan cuba untuk jadi lebih dari aku, bagi aku, Tuhan tak bantu pun.

Aku dapat seorang suami yang bekerjaya, baik sangat, ada rumah sendiri, berharta. Berbanding dengan dia, menumpang rumah orang tua, suami tak bekerjaya, dia pun tak bekerja hakiki macam aku.

Aku masih menunggu kata maaf, kerana paling sakit adalah sampai sekarang dia tak pernah mengaku salah.

Dan aku pernah cuba untuk meminta maaf dan merayu. Tapi jawapan dia adalah dia tak nak memaafkan. Jap, sekarang ni nampak macam aku pulak yang salah kan?

Aku tahu dia cuba burukkan aku pada ramai kawan universiti aku. Aku berdiam diri dan pilih untuk berdamai tapi malangnya dia tak nak berdamai dan pilih untuk putuskan hubungan.

Aku percaya ini adalah takdir dan aku sangat berterima kasih pada tuhan kerana aku nampak liku kehidupan dia sekarang amat sulit. Jauh berbanding dengan kehidupan aku yang Allah permudahkan setiap saat. Macam aku cakap, Allah maha adil.

Tapi, terima kasih pernah menjadi sahabat, dan terima kasih pernah memberi kesakitan yang mengambil masa 4 tahun untuk aku sembuh sepenuhnya.

Untuk pengetahuan, Mai boleh dikatakan famous di dalam tiktok. Dan aplikasi ini digunakan untuknya mencari rezeki dengan berbusiness.

If u read this i want u to know, sampai mati pun aku takkan maafkan atas sifat keji dan ego kau yang tidak pernah meminta maaf kerana menyakiti.

Kalau tak kena pada kau, mungkin kena pada anak2 nanti. I may forget but not forgive. Aku masih menanti kata maaf dari kau.

Terima kasih..

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *