Saya rasa rajin nak kongsi pengalaman mengenai kebaikan tuhan dan kesusahan hamba. Tuhan yang esa selalu mengajar saya bahawa dia takkan biarkan saya mengharungi sebarang ujian sendirian. Dia selalu kreatif untuk hantar bantuan dalam bentuk yang tak dijangka. Ketika pertama kali datang ke amerika syarikat dulu, saya ditakdirkan untuk menaiki kapal terbang seorang diri tanpa sebarang kawan atau insan yang dikenali. Sebagai manusia normal, mesti la saya rasa takut walaupun muka asyik nak nampak berani je.
Kemudian, hadir seorang lelaki bertubuh tegap dan berusia 40-an (mungkin). Dia memperkenalkan diri dan duduk di seat sebelah. Adam ni rupa-rupanya pengawal peribadi barrack obama. Mula-mula taknak percaya. Lepas tu, dia tunjuk gambar dia dengan bekas presiden tu. Waktu tu saya fikir, mungkin dia photoshop? Then, dia tunjuk gambar dia dengan zahid hamidi. Akhir sekali, dia bagi saya kad bisnes dan tertera la nama penuh, jawatan dan nombor telefon beliau. Baru saya percaya.
Adam (bukan nama sebenar) ni baik. Kalau saya tertidur, dia akan mintak pramugari simpankan makanan dan mintak makanan tu balik apabila saya bangun. Dia suruh saya diri selang dua jam sebab taknak badan saya kebas. Saya yang lurus tapi tak bendul ni ikutkan jela. Sampai di dallas, texas, hampir kesemua barang saya adam yang bawak. Dia tunggu saya siap kena interview oleh pegawai imigresen yang apa-masalah-dia-garang-takleh-ampun. Selesai semua, dia tolong saya cari gate sampai jumpa baru dia berangkat ke dc. Sehingga hari ni, saya rasa terhutang budi dengan beliau. Saya juga rasa terharu dengan kasih sayang yang Allah limpahkan buat saya. Saya harap adam tak perlu kerja dengan presiden negara us yang terkini. Kalau tak kesian dia sebab ‘orang’ tu kan banyak musuh.
Sebenarnya banyak lagi peristiwa dalam flight ni. Saya tak suka naik kapal terbang. The turbulence scares me. Ironically, kena belajar kat negara yang jauh. Lepas tu setiap kali naik flight international, wajib travel alone. Tapi Allah tak jemu hantar orang baik-baik buat saya. Pernah ketika transit, terdetik dalam hati, ‘ya Allah laparnya’. Tiba-tiba datang makcik indonesian ni bagi saya nasi beriani halal yang dia beli untuk keluarga dia tapi ada lebih sebungkus. Dia ajak saya makan sekali dengan keluarga dia. Saya rasa tersentuh, terharu. Ada jugak makcik thailand yang ramah ajak saya sembang sampai ajak saya ke rumah beliau di tennessee. Tapi sehingga kini tak berkesempatan untuk pergi.
Fast forward, saya pernah diuji dengan masalah kesihatan. Masa tu kelam-kabut nak hadap pelajaran dan ulang-alik ke klinik universiti. Without going into the details, ketika tu rasa macam penatnya ya Allah. Serious. Style belajar kat sini memang laju. Yet again, Allah sent me a wonderful woman named marcella. Ketika tu, marcella seorang je yang tahu apa masalah kesihatan saya yang sebenarnya. Pagi-pagi, dia akan tunggu saya keluar apartment dan naik bas sekali untuk ke kampus sedangkan dia ada sakit lutut. Dia tunggu saya kat luar kelas sampai habis discussion dan lecture. Dia sentiasa bawak garam mineral dan gatorade (macam air 100plus) untuk pastikan saya tak pengsan tiba-tiba. Dia banyak susahkan diri dia semata-mata untuk tolong saya. Hands down, she’s my favorite american dan saya bersyukur sebab Allah pertemukan saya dengan beliau.
Fast forward lagi, minggu ni dan minggu lepas agak mencabar buat saya. Seperti biasa, saya pergi kerja dan pakai ekspresi taknak-kena-ganggu pada muka. Tiba di elevator, saya nampak seorang wanita berusia 60-an sedang tunggu di depan pintu elevator tapi dia tak tekan button to go up atau down. Saya tanya, nak naik atas ke? Dia cakap ya sambil senyum. Dia nak pergi tingkat satu, saya pulak nak pergi tingkat dua. Kemudian, kami berpisah. Beberapa saat lepas tu saya nampak dia keluar elevator di tingkat dua. Saya senyum la sebab ingat dia salah floor. Rupa-rupanya, dia cari saya. Dia tanya, saya ni Indonesian ke?
Saya deny politely, cakap dari Malaysia. Dia cakap dulu dia pernah pergi Indonesia and orang kat sana baik sangat dengan dia. So dia nak return the favor dengan ajak saya makan kat rumah dia. Tapi saya bukan indonesian, rasa macam tak layak pulak nak terima offer tu. Tapi muka makcik tu macam nak nangis, macam berharap sangat. Saya pun cakap boleh. Dia cakap sebelum pencen dia kerja kat school of pharmacy. Saya cuma harap dia tak kahwin dengan profesor yang pernah mengajar saya je. Kalau tak haru. Saya cerita kat makcik tu yang indonesia sedang diuji sekarang and makcik tu nampak sedih. Saya harap indonesia terus kuat untuk tempuh ujian ni.
Terdetik dalam hati saya, setiap kali, setiap kali saya rasa sedih mesti ada benda comel macam ni jadi. Dapat makan ice cream free ke, ada orang puji tudung lawa ke, ada orang randomly tegur, are you okay ke. The very small gestures but they went straight to my heart sebab saya tahu Allah tengah pujuk. And setiap kali tu jugak saya rasa sedih. Rasa macam Allah has done a lot to me tapi saya ni a mere human yang banyak tak kenang budi. I enjoy a quiet life, saya tak ramai kawan, tak suka bercerita masalah jugak. Semua benda saya pendam tapi Allah faham. Allah terus jaga saya dengan cara dia sendiri.
Hidup saya rough, sangat rough. Tapi saya masih survive sehingga hari ni. Mak saya cakap, dia boleh nampak Allah sayang saya. Pernah sekali, keluarga saya terlibat dalam kemalangan jalan raya tapi tiada yang kehilangan nyawa. Kami naik dua buah kereta. Awalnya, saya naik kereta a tapi an hour or so before the accident, saya mintak tukar naik kereta b. Saya tertidur dalam kereta b dan hanya bangun apabila dengar suara riuh-rendah. Rupa-rupanya, kereta a dah tergolek atas jalan. Saya kecik lagi masa tu, tak faham apa-apa. Mak saya cakap jugak, setiap kali saya dilanda musibah yang buat saya hampir putus asa, mesti datang pertolongan dengan cara yang dia sendiri pun tak sangka.
Kadang saya terfikir, saya tak deserve semua ni. Saya tak deserve kebaikan yang Allah kurniakan untuk saya. The more Allah buat baik, the more saya rasa bersalah. Saya bukan lah muslim yang sangat berjaya. Saya juga constantly buat silap dan dosa. Tapi pada masa yang sama, saya bersyukur sebab Allah tak pernah tinggal saya keseorangan dalam ketakutan dan kesedihan. Selaku manusia biasa, saya hanya mampu membalas kebaikan mereka yang telah berbudi pada saya dengan mengulang perkara yang sama kepada manusia lain. Insha Allah selagi mampu, saya akan cuba untuk menjadi salur pertolongan Allah buat hambanya yang lain pula. Tapi, apa yang saya betul-betul ingin lakukan adalah, saya ingin mengingat kembali hafazan quran yang agak terabai kebelakangan ni. Hafazan saya adalah entiti yang paling intim antara saya dan Allah dan saya ingin menjaganya sebaik mungkin. Mohon doa pembaca supaya saya terus kuat dan berusaha mencapai kejayaan ini meskipun banyak kekurangan.
Buat saudara/i yang sedang membaca artikel ini, mungkin saudara/i juga mempunyai masalah yang saudara/i pendam. Saya faham. Take your time to deal with it. You’re allowed to mourn and feel sad. Saya juga pernah dan sedang merasai kesedihan yang saudara/i lalui. I’m close to my breaking point too but i choose to hang in there. Seperti yang saya ulas di atas, Allah tu maha penyayang. Sangat penyayang. Dia tahu kita tengah sedih dan insha Allah dia akan kurniakan pertolongan. Saya hanya mahu sebar kasih sayang dan saya harap dengan cara ni, ujian dan urusan saya dan urusan saudara/i juga insha Allah akan dipermudahkan. You’re not alone, that’s my message. You’re truly not alone. Don’t lose hope. There’s someone who cares about you and that person is me and many others.
Ps; none of the names are real.
– Just a bruised soul
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit