Allah Kan Ada

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin, sudi menyiarkan cerita aku ni.

Sebenarnya aku terpanggil untuk menulis apabila melihat pada kisah Puan Hana dan Puan Sofia yang keliru.

Boleh baca confession berkenaan di sini :

https://iiumc.com/isteri-yang-tersakiti-2/

https://iiumc.com/redakah-aku-dengan-ujian-kecil-ini/

Ada yang cakap carik hidup sendiri, tinggalkan toxis marriage better than senang simpan biawak hidup.. betul tak?

Aku merasai apa yang mereka melalui lebih kurang, maksud aku kecurangan suami. Aku tak nak lah cerita apa kecurangan suami sudah lakukan, tapi iyanya berat sangat rasanya di hati.

Bertahun tahun lamanya kecurangan tu berlaku. Hmm 15tahun ke 16 tahun.. begitu lah. Aku tidak ada anak dan ibu bapa. Mertua, tidak banyak membantu. Begitu lebih kurang cerita Puan Sofia yang keliru.

Tapi kenapa masih aku ada disisi suami dalam walaupun ada perasaan untuk bercerai la, rasa hampir bvnvh diri pun ada tau, macam-macam la kegilaan yang aku dah lakukan.

Ha… Sepanjang masalah rumahtangga aku, aku boleh tau tu angkara general general iblis untuk aku bergaduh dengan suami. Dan suami pun sama termakan bisikan general iblis tu. Segala keperluan aku dijaga oleh nya. Suka bersedekah, menolong orang.

Suami aku ni sayang lah sangat dekat aku, aku isterinya bole rasa sayang dia terhadap aku TETAPi masih lagi curang dan mudah lembik dengan perempuan diluar. Itu la kelemahan lelaki kan.

Ada orang tak bole comprehend kenapa nak stay dalam toxic relationship walaupun banyak petanda. Nak tau tak, kerana Allah sayang kan kita semua.

Itu yang aku pegang selama aku mengalami masalah rumahtangga. Kita lupa yang kita ada Allah. Kita kurang mengenali betul- betul Allah yang Maha tinggi Maha Agung.

Kita berharap pada manusia (suami/ isteri) yang lemah macam kita. Dan aku selalu nasihatkan diri Aku kuat kerana Allah.

Aku lihat segala kebaikan apa yang suami aku ada, sebenarnya banyak jugak kebaikan diri dan dia tidak pernah mengangkat tangan atau memukul aku sekali pun. Aku lihat suami aku ada kebaikan di dalam hati nya yang mungkin Allah tiupkan hidayah padanya satu hari nanti.

Bila aku sedar semua tu, aku tau aku mempunyai kesilapan sendiri. Disitu lah aku berubah. Aku bertekad untuk berada sisinya keranaaku yakin Allah Ya Mujib pasti memakbulkan dan mampu mengubah hati suami dengan doa-doa aku.

Antara cara aku lakukan :

1. Pertama kali, aku chexk and balance kelemahan aku. Aku tengok apa yang aku buat selama ni.

2. Aku maafkan diri aku setiap hari dan bersyukur diberikan peluang hidup dalam rumahtangga.

3. Selalu lakukan solat taubat. Mohon ampun segala dosa- dosa lama atau baru atau akan datang.

4. Selalu menunaikan solat dhuha dan tahajud (Doa ketika tahajud sangat la hebat dan tajam).

5. Baca Alquran & berzikir selalu, mengelakkan dari bisikan iblis-iblis durjana tu.

6. Aku memaafkan suami dan orang yang menyakiti aku.

7. Buang perasaan jadi hamba pada suami, sibuk akan dosa yang dia lakukan.

8. Doakan hati suami dikurniakan hidayah dan ketaatan pada Allah.

9. Mohon kesabaran dan keredhaan Allah dan serahkan segala-segalanya urusan rumahtangga aku pada Allah.

10. Selalu ajak suami berjemaah bacakan Alfatihah niatkan untuk rumahtangga.

11. Layan suami sebaik bole dan buangkan sikap ego seorang isteri. Bila masak buat minuman tu, zikir Ya Latif, Ya Wadud & tiup dekat makanan tu. Jampi yang dapat pahala.

12. Ingat suami itu PINJAMAN dari Allah. Dia manusia sangat lemah macam kita semua.

13. JANGAN CHECK HANDPHONE suami!!!

14. Dengar kuliah-kuliah agama tentang mendidik jiwa dan hati pada Allah.

Setelah sekian lama, alhamdulillah suami aku makin berubah. Sekarang ni, dia tidak pernah tinggalkan solatnya, kami sering berjemaah. Adakalanya bangun solat tahajud bersama-sama dengan aku.

Segalanya berubah sekelip mata, berubah mengikut hampir apa yang aku selalu doakan pada Allah Ya Sami. Mungkin itu la berkat seorang doa isteri dan Allah itu maha mendengar dan pasti DIA menyayangi hamba hambaNya selalu berdoa.

Alhamdulillah aku boleh mengatakan aku menghampiri kebahaagian rumahtangga yang aku inginkan, dan yang pasti Allah yang memberikan nikmat tersebut. Syukur sangat.

Dugaan ujian pada zaman sekarang sangatlah hebat. Begitu lah lumrah kehidupan yang tidak pernah hilang dengan ujian dan dugaan Allah.

Untuk yang sudah berkahwin, ujian-ujian itu ada sebenarnya kebiasaan dalam rumahtangga. Ada jugak isteri yang curang vice versa lah.

So pada siapa kita kena bergantung dan kuat, pada Allah lah. Aku tak lah kuat sangat tapi aku yakin Allah maha mendengar, maha membolakbalik hati, ya mujib & kebesaran Allah tu luar jangkaan kita manusia yang alahai tak de erti bagi Allah.

Tengok check and balance tentang diri kita dan suami/ isteri.

Untuk isteri yang mempunyai suami yang baik tanggungjawab smua suami buat tetapi ada sifat geli-geli dengan perempuan kat luar tu. Kalau masih sayang, doa doa doa doa doa, dan jangan jadi hamba pada suami tapi jadilah Hamba pada Allah.

TAPI jika suami selalu pukul dan tak bagi nafkah, better pergi mahkamah lah. Yang ni kes parah dah. Tapi kalau boleh bersabar dan kerana anak-anak, cuba lakukan apa yang aku berikan.

Untuk Puan Sofia yang keliru, aku paham rasa keliru tu, untuk Puan Hana yang mengalami d3pr3ssi dan anxienty attack, aku paham rasa tu jugak, korang tak b*d*h ye. Allah masih simpan rasa sayang tu di hati korang ada sebabnya.

Please please back to Allah. Aku doakan satu hari nanti doa doa kamu dimakbulkan oleh Allah.

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *