Assalamualaikum. First of all, aku nak ucap terima kasih kat admin sebab sudi publish confession aku ni. Hihi
Aku ni memang daripada kecik, memang banyak cita-cita aku. Dia cam bermusim kau tahuu, time aku sekolah rendah, cita-cita aku selalu berubah. Nak jadi lawyer lah, fashion designer lah, chef lah. Biasalah bebudak kannn uhuhuhu. Tapi bila aku dah darjah 6, aku dah tekad memang aku nak jadi doktor. Doktor pediatrik haa kunuunsss hahaha. Alhamdulillah UPSR aku dapat 5A. Macam orang lain jugak, parents aku pun apply MRSM and SBP untuk aku. Tapi bukan rezeki aku, dedua aku tak dapat. Masa tu aku memang down gila. Aku ingat lagi, masa tu aku ikut mak aku hantar ayah aku pergi KLIA sebab outstation, aku menangis kat airport tu sebab aku fikir ‘Aku tak dapat masuk asrama, aku tak dapat belajar kat oversea ‘. Maka, banjirlah KLIA tu dengan air mata aku. Ehh tak, tu gurau jer. Jangan bash aku ehh sebab masa tu aku selalu disogokkan dengan cerita orang sekeliling aku yg kalau kau masuk SBP or MRSM, mesti kau dapat sambung belajar oversea. Haihh maaflah. Aku budak lagi masatu, memang aku percaya cakap orang bulat2. Aku pun ingat cita2 doktor aku tu dah terbang meninggalkan aku. Tapi parents aku selalu bagi kata semangat kat aku, suruh aku buat bebetul untuk PMR dengan SPM. Aku pun berazam nak buktikan kat semua orang yang walaupun aku ni budak sekolah harian biasa jer, aku mampu dapat keputusan cemerlang untuk semua exam tu.
Masa form 1, aku perform okay untuk semua pelajaran. Alhamdulillah. Bila masuk form 2, dah jadi tak okay. Subject lain okay jer tapi Sejarah kau tak payah cakaplah, D memanjang. Pastu geografi pun kau takyah cakaplah. Memang aku tak minat. Subject sains pun memang fuhh. Aku sampai menangis merayu depan cikgu sains aku jangan panggil mak ayah aku datang sekolah sebab result sains aku teruk. Alhamdulillah cikgu tu dia faham aku so dia batalkan lah hasrat dia tu. Tapi ada satu benda yang jadi tamparan hebat buat aku. Masa aku form 2, result exam aku memang teruk. Parents aku sorang pun takmau datang ambik report card aku. Maybe diorang malu sebab result aku teruk sangat. Aku menangis kat public phone call mak aku suruh dia datang. Akhirnya mak aku datang jugak. Start haritu, aku tekad belajar betul2. Alhamdulillah subject2 yang teruk tu semua aku dapat result cemerlang setiap kali exam sampai aku PMR alhamdulillah 8A. Sekali lagi aku apply MRSM dgn SBP. Tapi tak dapat jugak. Mungkin bukan rezeki aku. Masa tu dah matang dah takde dah nak nangis2 uhuhu. And masa tu jugak mak aku sakit. Dia kena operate. So dekat seminggu jugak aku duk berkampung kat hospital jaga mak aku. Aku ni jenis tak boleh duduk lelama, aku pun merayau sana sini habis satu PHKL tu aku pusing. Masa dekat lobby hospital tu, aku terbaca lah pasal sorang doktor kat situ, nama dia huhuhu boleh aku sebut kat sini ? Hahaha. Aku sebut jelah eh. Dr. Azlina nama dia. Dia ni seorang breast surgeon. Mula haritu, aku jadikan dia idola aku. Aku nak jadi doktor macam dia. Aku banyak google pasal dia. Bagi aku, dia ni beauty with brain. Mana2 jer aku pergi, aku akan cakap dia idola aku kalau orang tanya aku nak jadi apa and kenapa. Aku tahu kat Malaysia ni tak ramai breast surgeon perempuan. Kebanyakkan nya lelaki. Aku terfikir masa tu, kalau orang lelaki pun kekadang taknak doktor perempuan untuk check diorang, mesti benda yg sama jugak jadi untuk patient perempuan. Especially part breast ni kan. Maaflah kalau aku cakap ni bunyi cam teruk ke apa ke. And makcik aku pun ada sorang hidap breast cancer. Aku berazam nak belajar bersungguh2, aku nak tolong diorang pesakit cancer ni semua.
Alhamdulillah result SPM aku agak cemerlang. Aku sambung belajar kat sebuah kolej matrikulasi nun jauh di timur sana. Time matriks, aku memang minat gilaa bio. Result bio aku time SPM pun okay. Aku memang minat gila bio. Nak jadi doktor kononnya hahaha. Tapi masa matriks, aku tak ambik fizik. Aku ambik modul 3. Sebab aku memang tak suka gila fizik. Aku dengan fizik haihh memang tak boleh ngam. Pointer matriks aku pun alhamdulillah okay. Aku pun apply lah UPU. Aku ada lah letak medic dalam 3 ke 4 universiti. Yang lain tu semua still berkaitan dengan sains sebab aku memang minat sains. Aku letak lah segala dietetik, pemakanan semuaa. Nak dijadikan cerita, kan ada 12 pilihan pastu ada lah lagi 3 tempat kosong. Aku tak tahu apa yg tak kena dengan aku ni, aku dengan selamba badaknya boleh letak course engineering kat situ. Chemical dgn civil. Fuhh padahal aku memang anti gila fizik. Aku sampai pernah cakap yg aku memang takkan ambik engineering. Engineering semua boleh jalan sebab aku memang tak minat.
Pastu aku ni acah2 konon nak buat backup plan, aku apply medic kat satu private university ni, aku pergi iv dia semua. Alhamdulillah aku lepas and dapat tawaran tu. And masa tu jugak result UPU keluar and tadaaaaaa aku dapat course engineering yang aku gatai tangan pi bubuh tu Parents aku dah suruh aku pergi terima engineering tu. Aku pulak nak medic tu. Aku jadi tersepit. Aku taktau nak pilih yang mana. Aku buat solat istikharah mintak petunjuk daripada Allah. And hati aku lebih terarah kepada engineering tu. Aku terima tawaran tu. Say goodbye kat medic tu. Padahal aku selalu berdoa supaya aku cita2 aku nak jadi doktor tu tercapai. Tapi tulah, bukan rezeki aku mungkin. Benda paling tragis dalam hidup aku, aku menangis masa hari pendaftaran nak masuk uni. Malam before nak daftar tu, baru aku terhegeh hegeh nak kemas barang semua. Memang malam tu aku menangis kemas barang macam orang kena halau keluar dari rumah. Tetiba 2 3 hari before daftar uni tu, hati aku rasa cam nak patah balik terima tawaran medic tu. Tapi mak ayah aku tak bagi. Memang tragis wehh aku cakap. Aku menangis jer kerja. Orang ingat aku menangis sebab sedih kena duduk jauh dari family. Bukan sebab tu sebab even aku dulu matriks pun jauh nun jauh sana.
Di situ, bermula lah kehidupan aku sebagai seorang pelajar jurusan engineering. Aku selalu berdoa supaya urusan aku untuk menuntut ilmu ni dipermudahkan Allah. Maklumlah, kena belajar benda yang aku tak pernah minat kahkahkah. Tapi best sebenarnya ambik engineering ni, bagi aku lah. Ehh tetiba hahaha. Ni sumpah serious wehh. Banyak gila hikmah aku yg aku nampak kenapa aku ni tersasar jauh ha dapat engineering. Hikmahnya biarlah aku jer yang tahu huhuhu. Yang paling penting sekali, benda ni berjaya bukak mata aku and ingatkan aku bahawa kau cuba lah usaha sedaya mana pun nak dapatkan apa yg kau nak tapi kalau Allah dah kata ia bukan untuk kau, maka bukanlah. Tak semestinya benda yang kau nak and benda yang kau suka tu adalah yg terbaik untuk kau. Allah knows what is the best for you and when it is best for you to have it. Aku bersyukur alhamdulillah mungkin ini yang terbaik untuk aku. Setakat ni, alhamdulillah Allah bantu aku melalui parents aku yg selalu bagi semangat kat aku, lecturer2 aku semua yang memang best2 and aku faham belajar dengan diorang and tak lupa jugak kekawan aku semua. Kalau aku tak faham apa apa, diorang selalu ada untuk ajar aku. Alhamdulillah.
Doakan lah aku agar dapat harungi kehidupan sebagai seorang pelajar engineer ni yg makin lama makin mencabar. Belajar apa pun semua ada cabaran nya lah haihh aku ni pun. Doakan aku yer korang semua
‘ And maybe you hate something that is good for you and maybe you love something that is bad for you ‘
– Banana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit