Allah Lindungiku Dengan Doa Ini

Doa pelindung diri khas buat lone range.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca semua. Semoga kita semua berada dalam lindungan yang maha esa.

Hari ni aku tergerak hati untuk menulis tentang doa pelindung diri disebabkan baru-baru ni negara kita digemparkan dengan beberapa kes orang hilang dan kes-kes bunuh yang sangat menggusarkan. So, just enjoy the reading okay?

Sebenarnya ada beberapa doa yang sangat dianjurkan oleh agama Islam bagi melindungi diri daripada bahaya. Aku akan share beberapa doa yang korang boleh amalkan dan aku mohon izin untuk berkongsi pengalaman aku sentidiri dengan korang.

Sebagai lone ranger, hidup kita sentiasa dalam bahaya. Mohon terima hakikat lagi-lagi jika korang tu perempuan. Kita sebenarnya insan yang lemah.

Aku perempuan, dan dah biasa hidup sendiri sejak berusia 16 tahun. Banyak kali aku hampir terkena bahaya tetapi Allah melindungi aku dan aku yakin aku terselamat kerana doa yang aku amalkan.

Cerita pertama, Waktu berusia 17 tahun aku hampir diperkosa oleh jiran aku sendiri. Dia pecah masuk rumah yang aku duduk waktu tu dan standby di bilik air since rutin aku setiap pagi adalah mandi dan bersiap untuk ke sekolah.

Ya aku tinggal seorang sebab aku daripada family broken. Mak ayah berpisah dan aku tak mahu tinggal bersama mereka jadi aku pilih untuk duduk sendiri kononnya berdikari.

Pagi tu, aku rasa tak sedap hati tapi aku gagahi diri untuk bangun dan ke sekolah. Buka je pintu bilik air ada sesosok tubuh yang aku kenali sedang menunggu aku lantas merangkul tubuh aku. Puas aku menjerit tapi tak dilepaskan.

Dia berusaha untuk baringkan aku tapi aku melawan sedaya upaya sambil menjerit. Dalam 10 minit menjerit dia akhirnya lepaskan aku lepas dengar suara jiran aku yang lain dari luar. Alhamdulilah aku terselamat daripada diperkosa tapi kesannya aku trauma akibat dicabul.

Cerita kedua, waktu pkp aku baru tamat degree di sebuah IPTA. Waktu tu aku gigih berniaga, buat tuisyen, jual online disebabkan tak ada pekerjaan. Jadi aku sangat sibuk siang dan malam mencari wang.

Ada satu malam tu customer direct message aku di instagram nak beli barang. Yang peliknya aku suruh whatsapp tak pula whatsapp. Dia bersetuju untuk self pickup barang di kawasan rumah aku malam tu.

Aku tinggal di apartment yang ada security guard di pintu pagar. Jadi aku anggap tak ada masalah, aku turun dan berurusan jual beli di tepi pondok guard since orang luar tak boleh masuk.

Tunggu punya tunggu orangnya tak muncul. Nak call tak boleh sebab tak ada nombor. Jadi aku anggap dia scam, so aku naik balik ke rumah.

Dalam lif, ada sorang perempuan lain selain aku dan ada seorang lelaki yang baru masuk selepas aku. Aku tekan lif tingkat 10, perempuan tu tingkat 7, dan lelaki tu tingkat 11. Waktu tu semua orang wajib pakai mask ya. Jadi tiada apa yang mencurigakan.

Sesampainya di tingkat 10 aku keluar dari lif menuju ke pintu rumah aku. Buka je kunci tiba-tiba lelaki tu pegang bahu aku sambil acu pisau ke muka aku.

Aku menjerit ketakutan dan lelaki tu hampir mencederakan muka aku tapi tak sempat sebab jiran sebelah bersuara. Lelaki tu lari turun melalui tangga. Alhamdulillah, aku terselamat lagi. Cuma apa motifnya buat macam tu aku pun tak tahu.

Kedua-dua kes ini tak dipanjangkan ya dan pelaku tak dapat ditangkap disebabkan tak cukup bukti. Aku pula hidup seorang, tak ada pembela apa lagi wang ringgit. Jadi aku jalani hidup seperti biasa bersama dengan trauma yang berbakul-bakul.

Cuma di sini aku nak tekankan yang Allah sebaik-baik pelindung. Aku hanya ada Allah dalam hidup aku.

Jadi doa yang aku amalkan selalu ialah 3 qul setiap malam sebelum tidur iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas. Sebelum keluar rumah, aku akan baca surah Ghafir ayat 44. Korang boleh google ye dan hafal. Pendek dan mudah je.

Kemudian sentiasa amalkan zikir bismillahilazi layadhurru maazmihi syaiun fil ardhi wala fissama’i wa huwasamiun alim. Zikir ni juga boleh amalkan selepas baca doa makan supaya boleh elak santau dalam makanan.

Yang lain-lain korang boleh google ye, banyak doa pelindung diri yang boleh diamalkan. Bukan untuk perempuan sahaja, lelaki pun boleh amalkan. Bahaya tak mengira jantina.

Jangan terlampau berani dalam hidup, perlu berhati-hati di mana pun kita berada. Peka dengan keadaan sekeliling, sentiasa bawa alat keselamatan bersama contohnya safety whistle dalam bentuk keychain tu. Gantung di beg korang. Ala beli di shopee RM5 je.

Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca. Semoga Allah lindungi kita dan keluarga kita daripada bahaya.

– Merlina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Alhamdulillah, walaupun awak tinggal sorang, mak ayah dah berpisah, struggle belajar dan cari duit, dengan berbagai ujian berat, tapi agama dan iman awak masih utuh. Tak ramai yang amalkan amalan doa dan zikir sebegini malah hidup dalam keadaan asyik menyalahkan takdir Allah sahaja. Tahniah awak. Lagi satu, kagum dengan awak boleh ajar budak tuition dan mampu sewa guarded apartment walaupun sorang2.

  2. Bagusnya awk survive seorang diri dari sekolah menengah. Moga Allah permudahkan semua urusan awk dan sentiasa dibwh jagaanNya.
    Untuk zikir harian, boleh juga amalkan baca Hizb Bahr setiap hari.InyaAllah serius korang akan rasa keajaibannya 🥰
    Moga Allah jaga kita semua sentiasa wlau dimana kita berada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *