Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat.
Aku Bellflower. Kalau pembaca masih ingat aku ada hantar confession mengenai aku berhenti kerja tanpa dapatkan kerja baru terlebih dahulu, (https://iiumc.com/letih-cari-kerja-ii/).
Alhamdulillah aku dapat fokus Ramadhan. Aku tak cari mohon apa-apa kerja lepas tu.
Cuma aku ada dapat beberapa jemputan temuduga hasil daripada kerja yang aku mohon sebelum aku buat keputusan nak fokus Ramadhan dan malas nak fikir pasal kerja.
Ada empat temuduga juga la aku hadir. Alang-alang dah dapat jemputan temuduga, aku pergi je la. Alhamdulillah semuanya syarikat besar dan kena dengan ciri-ciri yang aku nak. InshaAllah.
Memang aku dah tapis elok-elok sebelum apply. Fahamkan apa perniagaan mereka, lokasi pejabat dekat mana, dan berapa mereka sanggup offer.
Aku mohon kerja yang sesuai je. Yang tak sesuai terus tolak tepi jadi tak perlu la buang masa kalau dapat panggilan temuduga.
Dua permohonan masih dalam proses. Biasalah. Semua orang nak raya. Lepas raya baru siap proses agaknya.
Alhamdulillah aku dapat tawaran kerja tiga hari sebelum raya untuk temuduga satu lagi. Satu tawaran lagi lepas raya. Bukan satu tawaran tapi dua tawaran kerja aku dapat.
Alhamdulillah. Allah Maha Baik, Aku ikut semua tips yang commentators tulis dekat Facebook. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah mampu membalas budi baik dan doa kalian yang baik hati.
Antara tips yang aku ikut:-
1. Nazar kalau dapat kerja;
2. Sedekah subuh;
3. Doa masa sahur dan berbuka puasa;
4. Tahajjud;
5. Solat hajat;
6. Yaasin Tunggal;
7. Selawat sebanyak-banyak yang aku boleh setiap hari;
8. Doa Sayyidina Hassan; dan
9. Doa Nabi Adam mengenai rezeki dan hajat.
Aku doa spesifik macam ada commentator suruh. Aku doa kalau aku dapat kerja baru sebelum hari raya aku bernazar nak buat itu dan ini.
Alhamdulillah aku dapat kerja sebelum raya. Sehari sebelum raya aku dah dapat offer letter dari HR walaupun semua orang tengah kalu nak raya dah dan tak peduli pasal kerja.
Sebenarnya aku hampir terlepas temuduga ni sebab masa HR suruh aku pergi temuduga, aku dekat kampung. Bercuti dengan mama aku.
HR cakap minggu depan mereka akan call balik dan suruh enjoy cuti dulu. Allah sebaik-baik perancang. Minggu berikutnya mereka call dan jadualkan temuduga.
Temuduga berjalan lancar. HR tak tanya soalan mengenai perakaunan. Mereka cuma tanya pasal latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja aku sahaja. Mungkin ini yang dikatakan kalau sudah rezeki?
Allah Maha baik. Gaji lebih baik dari tempat kerja aku dulu je. Aku boleh pergi kerja naik LRT. Tak perlu fikir pasal parking, tol, dan minyak.
InshAllah pertengahan bulan Mei nanti aku dah mula kerja di syarikat ni. Semoga inilah tempat kerja yang terbaik untuk aku. Aamiin Ya..
Rabbal Alamin.
– Bellflower (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit