Assalamualaikum. Saya nak cerita tentang kisah yang saya rasa sangat menarik dan kagum dengan kekuasaan Allah.
Saya duduk dengan mak saya. Kerja dia banyak pegi sana sini. Dia dh berumur 60 tahun lebih jadi saya risau dia bawak kereta ke tempat2 jauh sana. Satu hari mak minta saya pergi ke Baling, Perak. Nak jumpa kawan lama dan ada urusan. Sampai saja dan kami bersembang. Disini lah bermula kisah menarik tu.
Saya beri nama mak cik tu Cik A la senang cerita. Cik A ni cerita la anak dia yang dah kawin 9 tahun tu ada kat rumah, selepas mak saya bertanya. Untuk maklumat, mereka sepasang suami isteri tidak dikurniakan zuriat dan telah cuba macam2 cara dalam masa 9 tahun berkahwin tu tapi rezeki Allah yang punya. Suaminya, Alhamdulillah, kerja di Brunei. Dia balik rumah kampung ni sebabnya suami kena buang kerja jadi sementara nak dapat kerja suami kerja berdekatan rumah di kampung ni. Dah beberapa bulan di rumah kampung tiba2 anak mengaduh sakit perut. Angin katanya. Jadi Cik A ni bagi la makan macam2 ubat untuk hilangkan angin.
Semakin lama masa berlalu masalah angin tak juga hilang. Anak Cik A ni kata macam ada ketulan lam perut dia. Dia dah mula risau kalau2 ni bukan masalah angin tapi mak cik jiran kata dia pun kalau angin teruk ada ketulan macam tu. Lega lah hati anak Cik A ni. Tapi masalah masih tak hilang walaupun macam2 ubat dimakan.
Cik A ni dah mula risau sebab dah berbulan masih tak lega jadi, Cik A panggil ustaz untuk berubat cara kampung. Dilibasnya badan anak Cik A ni dengan kain sejadah sambil kata “Keluar la engkau”. Nak tergelak pun ada bila dengar dia cerita camtu tapi dah Cik A ni risau sangat anak dia x sembuh2. Takut2 buatan orang atau jin. Tapi masih juga tak berjaya.
Ni dah memang last la. Bawak pergi hospital. Pergi ke bahagian kecemasan sebagai pesakit luar. Doktor pun suruh kencing. Nak cek air kencing la kan. Masa anak Cik A ni bercangkung, tiba2 bunyi benda pecah. Macam kantung pecah macam tu. Anak Cik A tengok abis berdarah2 mangkuk jamban.
Masih selamba badak pergi jumpa balik doktor katanya saya tak boleh kencing la doc, sakit sangat ni. Berdarah2 tadi. Doktor dah terkejut. Doktor cek nadi dan cek sume, pastu doktor cakap, “Puan, puan ni mengandung! Laluan dah bukak 10cm!! ” anak cik A tak percaya dibalasnya, “bukan doc, saya ni ANGIN! bukan mengandung ”
Boleh pulak lawan cakap doktor. Jadi doktor ni panggil nurse untuk hantar anak Cik A bergegas ke bilik bersalin. Doktor bidan mintak kad merah. Tak ada. Mesti la tak ada dah mereka sekeluarga ni ingatkan angin. Takde la pergi hospital mintak kad merah. Panggil ustaz ada la hahaha… Jadi dah tak boleh buat macam mana teruskanlah bersalin. Alhamdulillah, senang je anak keluar. Tak de teran susah2. Alhamdulillah anak sihat walafiat walaupun macam2 makanan pantang mengandung dibedalnya sepanjang 9 bulan tu. Alhamdulillah tak de apa2 terjadi walaupun dilibasnya dengan sejadah hahaha. Allah Maha Kaya sungguh.
Dah anak keluar dan nurse cuci siap, mereka minta baju baby. MANA ADA!! Kami datang hospital sebab angin, bukan sebab mengandung hahaha…
Alhamdulillah rezeki anak, daripada takde sehelai baju baby, sekarang ni belambak2 baju orang sedekahkan. Alhamdulillah rezeki anak juga, rupanya masa dia balik kampung mengaduh sakit perut tu, suami anak Cik A yang dibuang kerja dapat tawaran kerja di Brunei. Suaminya di Brunei pun terkejut bila dapat tahu dia sudah ada anak.
Mesti korang pelik, takkan la tak perasan period tak datang lama. Period anak Cik A ni memang ada masalah. Irregular periods. Kadang2 setahun tak datang period, kadang2 melebihi 3 4 bulan tak datang period jadi bila kali ni period tak datang2, anak Cik A ni tak pelik la jadi takdela dia nak pergi cek doktor.
Lagi 1 korang mesti pelik. Aish, takkan la tak nampak perut boyot. Fizikal anak Cik A ni agak besar dan berlemak sana sini. Jadi kalau mengandung pun tak nampak sangat. Tapi bila saya dengar cerita ni sendiri nak tergelak pun ada, dah tergelak pun sama2, tapi memang kagum dengan kekuasaan Allah. Bayangkan dah 9 tahun kawen tup2 anak terkeluar. Tau pun time dh nk beranak. Jiran2 pun pelik. Katanya anak angkat. Pelik tapi benar. Comelnya je baby, baik je.
Anak Cik A kata nak bagi nama Siti Hajar la mak. Dah selama 9 bulan lam perut awok duk ingat ketelun batu ja lam perut ni. Kebetulan suaminya pun lepas sembang2 kata nak bagi nama Siti Hajar la. Alhamdulillah, nak beranak pun senang dan nk bagi nama anak pun senang.
Dari cerita ni, first of all memang kagum, Allah Maha Kaya sungguh. Kalau Dia kata jadi, maka jadilah. Kun fa ya kun. Jadi kepada yang dah berkahwin lama tapi masih belum ada anak, jangan risau. Insyaallah rezeki ada nanti. Doa banyak2. Kadang2 sedih baca confession bila isteri tak dapat lahirkan anak, dia pergi cari perempuan lain tapi sakit dan pedih hati tak dapat lahirkan anak tu, perempuan lagi kuat terasa. Jadi sebagai suami isteri kita harus kuat dan tabah. Jangan berhenti berdoa. Insyaallah Allah akan dengar kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Pengasih dan Penyayang lagi Maha Mendengar.
– Musafir
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit