Allah Maha Membolak-balikkan Hati (Jodoh)

Assalammualaikum, hai semua aku Farah, pembaca baru dekat IIUM confession ni. Aku banyak baca tentang kisah jodoh and tiber terdetik hati nak kongsi cerita hahaha. Buckle up you guys!! kisah aku panjang sikit!

Aku wanita dalam usia 20-an, masih study dan sebelum aku berumur 18 tahun aku tak pernah bercinta atau pun couple. Pernah lah sekali tapi itu pun cinta monyet darjah 3 (zaman-zaman tulis surat)

Aku adalah seorang batch spm cov1d-19 jadi aku habis lambat sikit iaitu waktu aku berumur 18 tahun. Dari situlah, mula timbulnya perasaan aku untuk “bercinta” taktahu kenapa mungkin sebab aku bosan sepanjang pkp jadi aku pun macam nak lah rasa rasa bercinta ni.

Nak dipendekkan cerita, aku bukan jenis orang yang bercinta suka suka je. Kalau ikutkan style aku, aku tak nak couple langsung kah kah kah. Kalau boleh berkenalan sekejap, dan terus kahwin.

Mungkin orang-orang akan panggil aku cliche atau acah alim.. tapi aku memang takut dosa untuk couple.

Masa berkurung pkp cov1d19, aku buntu tak tahu nak cari jodoh kat mana (ceh cari jodoh, padahal belum masuk Universiti lagi time ni!) cuma bagi aku, biarlah sekali jalan ye dok…

Tiba-tiba, hati aku terdetik nak download Tinder. Btw, aku nasihatkan korang jangan mulut masin sangat…dulu aku lah pembenci Tinder nombor 1. Tapi akhirnya tewas juga…

Sebernanya aku saja je download sebab aku nak tengok lah how the app works kan…tetiba aku tertekan “pay” for 1 month. Cilake betul. Dah terbayar 30 hengget tak silap aku. Takkan nak biarkan kan?

Tapi, sebelum aku gunakan Tinder tu….aku doa dulu dalam solat aku. Aku minta “Ya Allah, jika aku gagal mencari jodoh dalam Tinder, maka aku akan berhenti mencari jodoh di online dating apps”

Disini aku maksudkan, jika aku gagal dalam online dating apps, mungkin jodoh aku memang kena kenal secara depan depan ha gitu.

okay so aku pendekkan cerita….aku pun akhirnya kenallah dengan seorang lelaki..aku namakan dia Zack. Zack ni ok je…pandai, tinggi, baik.

 

Lepas aku kenal dia, aku terus uninstall Tinder dan berganjak ke whatsapp. Zack ni okay cuma…jarak umur kiteorg agak jauh..dalam 6 tahun.

Ya aku tahu. Tapi sabar sebab kisah ni bukan pasal Zack hahaha.

Aku dengan Zack berkawan selama 7 bulan. Dah pernah jumpa dan hangout beberapa kali. Satu hari, Zack ajak aku jumpa malam tu. Aku pun macam nak tak nak je jumpa sebab actually masa tu kiteorg ada mendiamkan diri.

Tapi, aku putuskan untuk pergi juga. Selepas malam tu, Zack terus ghost aku beb. Lama jugaklah dalam 2 hari.

Bila aku tanya tanya dan tanya, akhirnya dia mengaku kerana jarak umur kami berdua yang terlampau jauh (menurutnya) yang membuatkan dia nak stop our relationship ni.

Aku yang ada kat kolej masa tu fuh….menangis beb bangun bangun tidur dapat text macam tu. Ditinggalkan kerana umur…

Aku berdoa dekat Allah untuk kurniakan aku lelaki yang lebih baik dari Zack dan datangkan jodoh yang baik buat diri aku.

dan sejak Zack tinggalkan aku, aku dah berjanji untuk tidak akan layan mana mana lelaki, bahkan pandang mata lelaki pun aku dah malas dah. Rasa tawar hati dengan lelaki. Sebab bagi aku, Zack dah perfect untuk aku.

Beberapa hari kemudian, macam biasa pagi tu aku naik bas untuk pergi ke kelas. Aku masih ingat, hari itu mata aku sangatlah sembab yer sebab aku baru lepas nangis kerana Zack. Aku pakai baju kemeja berwarna army green dan aku duduk di tepi tingkap.

Sesampainya di Univerisiti, aku nampak ada seorang lelaki yang pakai baju sebijikk dengan baju aku. Lelaki tu pakai baju kemeja army green dan style kemeja dia pun sama macam aku. Cumanya dia punya cutting lelaki.

Lelaki tu memakai bag galas tepi, dia pegang buku disebelah tangannya dan dia nampak tergesa-gesa untuk ke kelas (time tu hujan gerimis).

Aku kat dalam bas yang memerhati lelaki itu dari luar tetibe tersentak dalam fikiran “Mesti kelakar kan kalau dia jodoh aku. Nanti aku dah besar ada anak, sweet jugak kalau dijadikan cerita.”

Terus istighfar aku, “ish apa ni…takde takde semua lelaki sama je” aku pun terus melupakan lelaki yang bajunya sama warna dengan aku itu…

Setibanya dalam kelas, ada satu je dalam kepala aku time tu which is aku nak cepat cepat balik. Aku nak sambung nangis dalam bilik. Tiba-tiba Hazim groupmate aku suruh aku tolong dia dengan assignment.

“Farah, tolong aku weh please. Sekejap je aku tak faham sangat report ni.” kata Hazim

“Aduhhh malas siakk… Tapi cam kesian pulak…Hazim ni kawan aku.. hmm tolong jela sekali” fikir aku. Padahal aku baru je berjanji taknak layan mana mana lelaki dah. Kacau ah Hazim ni…

“Okokok tapi sekejap je tau, lepastu aku nak balik.”

“Yeee sekejap je” kata Hazim.

“Ok kalau macamtu pukul 3pm ni kat cafe, kau lambat aku balik” kata aku.

“ok bereh” jawab Hazim.

Dah kat cafe tu, aku pun tolong la Hazim buat assignment dia. Tak lama dari tu, tiba tiba ada seorang kawan Hazim datang ke meja kami.

Guess what? kawan Hazim tu adalah lelaki yang baju dia sama dengan baju aku!!! weii time tu aku rasa macam dalam movie!!! Boleh pulak mamat ni berkawan dengan Hazim.

Masa tu, kerusi depan aku kosong, tapi dalam hati aku time tu satu je, tolonglah jangan duduk depan aku, aku harap mamat tu duduk tempat lain sebab aku sumpah malas nak bercakap. Tak ada energy. Sangat tersakiti ya oleh Zack sampai meluat dengan semua lelaki.

Dan yaaa…seperti yang korang jangkakan…memang mamat tu duduk depan aku pun. behh.

Masing-masing diam. Krik krik krik ~

Time tu cam awkward gak ah sebab masing-masing diam. Aku rasa tak selesa gila and macam tak sopan pulak kalau tak tegur. So, aku pun mulalah sapaan aku. “Nama siapa?”

“Erfan” jawabnya.

“Oooo section?” aku tanya lagi

“Oh tak, faculty econ” jawabnya lagi. Ok dah sampai situ saja conversation kami berdua. Aku tak tanya apa-apa dan dia pun tak tanya aku apa apa. Dasar sombong…tanya nama pun tak hehh.

Beberapa hari selepas tu, nak dipendekkan cerita selepas aku solat asar tiba tiba Hazim kantoi dengan aku yang sebernanya ada orang nak kenal dengan aku.

Kau ingat aku percaya??? aku ni dah lah buruk siapa je nak kenal kenal. Tapi Hazim yakinkan aku lagi, dia kata orang ni boleh nampak aku sebagai calon isteri dia.

“Hah??!! kau gila ke apa Hazim” time ni aku memang tak percaya langsung dengan Hazim. Aku ingat dia main-main je.

Rupanya…yang suka aku tu, lelaki si baju hijau..yaang sama baju dia dengan aku. Ceh haritu berlagakk tanya nama pun taaaakk ….. suka jugak hengko yee hekhekhek.

tapi mulut aku ni boleh tahan jugak masinnya…

Awalnya, aku memang tak nak kenal. Sebab aku rasa diri aku tak bersedia dan aku tegaskan sekali lagi dekat Erfan, bahwa aku tak. nak. couple. Kenal kenal tu bolehlah, tapi couple tak payah la kot.

Lagi-lagi masih student, kalau tak dating berabih duit dah tu buat apa je? Kalau dah couple pulak, mesti panggil sayang-sayang, dah sweet sweet lama lama pegang pegang pulak. Aku lebih prefer kenal-kenal, kumpul duit, tunang dan kahwin. Settle.

Namun, Erfan fikir yang sebaliknya…bagi Erfan, ibarat macam hubungan tanpa status. Mungkin dia tak percayakan aku.

Kalau ikut aku, aku sanggup tunggu Erfan sehingga lah dia mampu menhalalkan aku. Tapi untuk bercouple buat dosa ni… aku serius malas.

Lagipun dalam Islam, Allah takkan berkati sesebuah hubungan yang dimulai haram. Jadi kenapa kita perlu couple?

Our first meet was at KFC dekat je dengan Universiti kami berdua. Sangat lowkey, dan aku ditemankan Siti, sahabat aku satu satunya di Uni.

Tujuan dia nak jumpa dekat kfc is to kenal kenal. Awalnya aku malas nak berkenalan pun sebab aku kena start over satu hal, lepastu salasilah keluarga aku pun panjang.

Yang aku suka tentang Erfan ni adalah, dia sanggup mengorbankan habit buruk dia demi aku. Dia hisap vape… and aku tak suka lelaki yang hisap rokok atau vape. Tapi, Erfan sanggup buang vape dia dan tekad untuk berubah. Saksi dia buang vape tu, is kawan baik dia sendiri.

Oklah a bit cliche tapi apakan daya…s aya tak pernah bercinta awak hurhurhurr

Selain dari tu, dia pun bukan jenis yang memaksa. Nak cerita, cerita. Tak nak cerita terpulang. Jadi untuk pertemuan hari itu, hanya Erfan seorang je yang memperkenalkan diri. Manakala aku hanya diam dan dengar.

Malam itu, Siti terima panggilan dari Erfan. Katanya dia ingin menenangkan aku supaya aku tak takut untuk berkenalan dengan dia. Ceh ingat sweet ke. Tapi memang sweet ponn kah kah kah. Kita kena lah jual mahal sikit hehehe.

Rupanya Erfan ni tahu, yang aku ni rasa agak sedikit takut apabila dengar latar belakang dia. Yelah mana maunya tak takut, parents dua dua doctor. Ada klinik sendiri pula tu. Adik beradik pun semua belajar medic, kecuali Erfan yang mengambil bahagian Econ.

Sejujurnya, aku memang takut pon. Bukan sebab pendidikan, Alhamdullilah aku dekan setiap sem. Yang aku takut adalah, penerimaan keluarga Erfan.

Aku datang daripada keluarga yang biasa-biasa sahaja. Apalah nak dibandingkan dengan keluarga Erfan. Boleh ke Ibu Erfan terima aku?

acehhhh ko ingat ni drama tv3 ke. tapi agak ah.. cam drama doh hahaha ok sambung

Kenal punya kenal, aku cuba sebaik yang mungkin untuk limitkan pertemuan kami berdua sebab aku dah mula perasan yang aku dengan Erfan dah makin “kesana” (faham faham sendiri) Aku cuba untuk lawan perasaan aku sendiri.

Kalau ikutkan, siapa je weh yang taknak 24 jam bersama orang yang kita cintai. Tapi, aku percaya, jika kita melakukan perkara yang Allah swt tak suka, kita tak akan mendapatkan kebahagiaan.

Jadi, disitu aku tegas, untuk limitkan perjumpaan kami berdua. Ada lah jugak gaduh gaduh manja, kadang dia tak faham, kadang aku yang tak faham. Kisah cinta antara aku dan Erfan tersangatlah seperti dalam movie ya.

Kami berdua wujudkan sebuah buku journal. Dimana kami berdua akan bertukar tukar surat dalam buku itu. Contohnya, minggu ni buku tu aku pegang, so aku akan tulis luahan hati aku. Dan minggu seterusnya pula Erfan pegang, dan dia akan tuliskan luahan hatinya.

Tak dapat dinafikan, bahasa Erfan sangat indah. Mengalahkan Zainuddin dalam cerita Tenggelamnnya Kapal Van der Wijck weh!

Nak dipendekkan cerita, hubungan kami berdua direstui kedua-dua belah pihak. Baik belah aku, mahupun belah dia. Kawan-kawan kami pun menyokong hubungan kami.

Aku dan Erfan sangat dilamun cinta. Aku tak sangka aku mampu mencintai seseorang sebegitu dalamnya, dan dia juga sangat mencintai aku.

Pernah satu hari tu, aku memutuskan untuk “take a break” kerana niat aku hanya untuk menyelamatkan hubungan kami berdua daripada dimurkai Allah. Menurut aku, tiada gunanya kalau aku dan Erfan teruskan hubungan cinta yang haram ini jikalau tak berhujung Kahwin.

Biarlah terpisah seketika tetapi jauh dari maksiat. itu lebih baik.

Namun malam itu, aku menerima panggilan daripada Erfan. Aku angkat dan aku mendengar suara Erfan menggigil terketar ketar. Sumpah aku tak pernah setakut itu. Aku ingat dia sudah hampir mati.

“Please. Please don’t leave me” “i tak boleh Farah. i tak boleh you tak ada” kata Erfan

“Ye Ye Erfan..you jangan macam ni..i tak pergi pun i cuma..i just..we need time Erfan”

Erfan menangis merayu dan jujur aku tak pernah setakut itu. Niat aku bukanlah untuk meninggalkannya, hanya sekadar untuk memilih ke jalan yang Allah berkati sahaja.

Kalau korang tertanya, kenapa aku tak macamni dengan Zack, itu sebab, aku dan Zack sepanjang 7 bulan bersama memang jarang sangat jumpa. Dan cara kami berdua text pun hanya sebatas kawan. Tiada sayang sayang. Kalau jumpa pun, memang sekadar catch up sahaja.

(sambung) Akhirnya aku tak jadilah untuk “take a break” tu… kerana aku terlalu risaukan keadaan Erfan. Kalau ikutkan memang aku nak je dengan Erfan tu setiap masa bahkan setiap saat. Cuma aku terlalu sayangkan hubungan kami…dan aku takut Allah murka dan pisahkan kami..

Setiap kali bertemu dengan Erfan, satu side aku happy giler satu side lagi rasa berdosa giler. Haih meletup otak aku fikir pasal benda ni.

Setiap kali solat, aku rasa malu menghadap Allah. Apa gunanya aku solat tapi aku bermaksiat?

Tiba-tiba aku teringat satu ceramah ni. Kalau kita solat, tapi masih bermaksiat… itu tandanya ada yang salah dalam solat kita. Kerana sesungguhnya, solat yang benar pastinya akan mencegah kita daripada melakukan hal-hal yang mungkar.

Malam itu, aku beranikan diri dan berdoa “Ya Allah, jauhkan lah aku daripada maksiat. Amin.”

3 bulan pun dah berlalu, aku bersama-sama dengan Erfan. Pahit manis kami lalui bersama. Aku tidak pernah berdua sahaja dengan Erfan.

Kami berdua pasti ditemani Siti iaitu sahabat aku. Baik makan, shopping, jalan-jalan, mesti bertiga, tak pun ramai-ramai, tak pernah berdua.

Satu hari, aku rasa tak sedap hati. Aku tak tahu kenapa tapi aku memang tak sedap hati.

Pagi itu, aku terlajak solat subuh, jadi aku kena qada’. Selesai solat subuh, aku hanya termenung je dekat sejadah. Aku termenung lama weh. Aku pun taktahu apa yang dimenungkan…aku just rasa tak sedap hati.

Tiba-tiba Siti, roomate aku tersedar dari tidur. Lalu Siti berkata, “Weh aku mimpi something!”

Pap! dari situ aku dah start rasa tak sedap hati gile weh. Instead of aku dengar cerita dia, aku bagi alasan aku nak ke tandas. Selepas dari ke tandas, aku masuk bilik terus study. Kalau boleh aku nak elakkan daripada dengar Siti mimpi apa sebenarnya.

study punya study saaaampailah dah nak masuk waktu asar, Siti boleh pulak ingatkan aku pasal mimpi dia….aku pun apa lagi, bagi alasan lagi “Jap weh aku nak solat asar dulu”. Tolonglah lupa tolonglahhhh lupa pasal mimpi tu. Fikir aku.

Selesai sahaja solat asar, aku tak boleh lari dah. Aku kena jugak dengar apa “mimpi” si siti tu. Siti pun ceritalah, bahwa dia mimpi yang si Erfan tu, jadikan dia sebagai isteri keduanya setelah aku.

Allahu rabbi, dugaan apa pula kalini…sahabat aku di universiti satu satunya pula tu.
“Aku nak sambunglah mimpi tu” kata siti.

Aku terdiam seketika. Huh? namun aku berusaha untuk tetap tenang. Apa benda semua ni ya Allah? hm.

lagi beberapa hari setelah kejadian “mimpi” itu, aku kena flight ke Brunei selama sebulan kerana keluarga besar aku tinggal disana. Kejadian “mimpi” ini aku rahasiakan daripada Erfan sehinggalah malam sebelum aku berangkat.

“You, we need to talk”

Malam tu, aku luahkan semuanya dekat Erfan. Erfan reassured aku yang siti bukanlah type dia jadi tak perlu risau dan dia tak pernah terlintas pun untuk buat macam tu.

Aku percaya tu percaya jela tapi nothing is impossible right? anyway selepas luahkan semuanya dekat Erfan, aku pun lega.

Dah 3 hari aku dekat Brunei, semua okay okay je. Tak ada gaduh-gaduh antara aku dan Erfan. Erfan baik siap tolong aku dengan assignment aku sebab dia tahu aku busy di Brunei. Yang ni aku terharu gila la.

Cumanya yang aku perasan, Erfan ni mesti ada sebut nama siti dalam chat, tak pun hantar gambar dia dengan siti. Aih mamat ni, aku rasa aku dah bagitahu dia tentang kerisauan aku? Dia saja nak buat aku jealous ke? Dari sinilah bermulanya kesalah fahaman…

Aku yang diselimuti kerisauan, kejauhan, amarah. Aku memutuskan untuk “break” dengan Erfan.

Ya betul. Aku minta putus dengan Erfan. Ketahuilah bahwa “mimpi” itu adalah sebab kami berdua putus.

Aku tak tahu macam mana aku survive di Brunei selama sebulan. Aku rasa macam aku robot. Pura pura untuk gembira padahal tersakiti.

Namun begitu, doa aku untuk Erfan tidak pernah putus. Aku sentiasa berdoa supaya kami dijodohkan semula dalam waktu yang tepat, baik, juga dalam cara yang halal.

Akhirnya…hari-hari yang aku tunggu telah pun tiba!! sepatutnya aku have fun kat Brunei..ni aku lagi la nak balik Malaysia…nak tengok apa dah jadi..

Rupa-rupanya…. dah sampai Malaysia… aku dapat tahu dia dah berkenalan dengan perempuan baru :) No perempuan tu bukan siti. Jangan risau hahaha. Alhamdullilah Siti bukan jenis yang macam tu.

Betapa terkejutnya aku bila aku dapat tahu news tu…terduduk aku. Yang paling sakitnya, ada satu malam tu. Malam macam talent time lah gitu di kolej aku. Kebetulan Erfan lah host nya malam tu. Aku hadir malam itu.

Dan yang paling sakitnya lagi, instead of pergi ke aku…dia berjalan kearah wanita baru yang menggantikan tempat aku. Wanita itu duduk tepat dibelakang aku.

Ya Allah sebegini peritnya dugaan yang kau berikan kepadaku…aku tak tahan. aku menangis dan keluar dari dewan…

Macam mana? macam mana dia boleh secepat itu cari pengganti. Dia yang dulu bertungkus lumus pertahankan hubungan kami. Kini dilepas begitu sahaja. Aku masih ingat kata-katanya dengan ibunya. “Kalau bukan Farah yang Erfan kahwin… Erfan taknak kahwin langsung.”

Ya Allah sakitnya…ternyata dugaan ku benar. Apa yang dimulai haram tidak akan berakhir dengan baik dan yakinlah, Allah itu maha mengbolak-balikkan hati manusia.

Boleh jadi hari ini dia tergila-gilakan kau…tapi petik jari je Allah boleh buat dia tak suka kau. Kerana sesungguhnya yang memegang hati manusia hanya Allah seorang.

Aku menyesal. aku menyesal sangat sebab aku rasa aku dah berdosa. Aku tahu couple itu haram tapi aku lanjutkan juga…. menyesalnya aku ya Allah.

Sejak dari itu, tahajjud aku yang selalu diisi dengan nama Erfan kini aku ganti hanya untuk mendapatkan ketenangan hidup. Alhamdullilah, sejak aku putus dengan Erfan…

aku tahajjud hampir setiap malam. Aku pun dah stop dengar lagu. Bagi aku dengar lagu especially lagu-lagu sendu tak membantu aku langsung. Alhamdullilah kini dah masuk sebulan lebih aku berhenti dengar lagu.

Aku masih tak berputus asa dalam mencari jodoh. Aku yakin dan percaya, walaupun sekarang aku sakit dan sedih…tetapi aku tinggalkan hal yang aku cintai kerana Allah swt. Dan ketahuilah bahwa meninggalkan sesuatu kerana Allah swt itu tidak sia-sia.

Aku admit, jalan untuk aku ikhlaskan semua ni tak mudah…. daripada tak pernah istighfar aku jadi selalu istighfar…berzikir… tapi lama kelamaan, dengan bantuan Allah swt dan waktu yang berjalan. Akhirnya aku mampu mengikhlaskan apa yang terjadi antara aku dan Erfan.

Tiba-tiba, satu hari aku dapat tahu bahwa Erfan akan menghadiri majlis kahwin kakak Siti iaitu sahabat aku pada tanggal 4 Februari 2023.

Aku ni sejenis yang susah move on kalau aku belum tahu jawapan yang tepat dan pasti. Dan tentunya jawapan yang tepat itu hanya ada pada Allah swt.

Tidak putus aku mengerjakan solat sunat istikhara untuk diberikan petunjuk pada tanggal 4 Februari 2023 itu. Aku berdoa begini:

“Ya Allah, sekiranya (nama penuh Erfan) adalah jodoh sehidup sematiku, maka engkau perlihatkan lah kelibatnya walau sehelai rambut pun pada tanggal 4 februari 2023 ini. Namun sekiranya bukan, janganlah engkau perlihatkan kelibatnya walau sehelai rambut pun.

Dan janganlah engkau biarkan apa-apa menghalangi diriku daripada mendapatkan pentujukmu sesungguhnya petunjukmu dapat menyelamatkan ku daripada tersalah jalan Amin.”

Percaya atau tidak, punyalah aku tekad… sebelum berangkat ke majlis perkahwinan tu aku suruh ibu aku untuk berdoa dan juga teman karibku sejak di bangku sekolah, Putri untuk turut berdoa.

Jadi sekarang, doa ibu, kawan karibku, dan istikharahku dibelakangku…apa pun jawapannya…aku terima dengan ikhlas.

Singkat cerita… awalnya aku dekat majlis perkahwinan itu… aku tak nampak mamat tu… tiba tiba pap! eh ternampak… dia pun ternampak aku.. dan kami berdua pun locked eyes la dalam beberapa saat… cis dasar lelaki tak guna!!

Namun disitu… aku telahpun mendapat jawapan aku… mashaAllah… aku terdiam. Inilah jawapannya. Tak mungkin salah. Petunjuk Allah tak pernah salah. Doa ibu ku sendiri dibelakangku. Mana mungkin salah?…

Tetapi hari berganti hari setelah majlis perkahwinan itu…. aku tak dapat khabar apa apa pun dari dia…dia still je ngan awek baru dia tu…eh aku ni salah doa ke apa? ya Allah peningnya!! mana satu betul ni!!

Sekali lagi, aku pun redha… redha punya redha lama lama berganti lah jadi pasrah… to the point yang aku memang tak nampak harapan langsung untuk kembali dengan dia.

Aku masih tak tinggalkan tahajjud aku, tapi doa dalam tahajjud aku tu aku tukar…daripada letak nama, sekarang jadi tak ada nama. Aku terima je sesiapa yang Allah dah siapkan untuk aku.

Kadang-kadang aku bangun sepertiga malam bukan nak berdoa sangat pun…ikhlas cuma nak tunaikan solat sunat tahajjud je dan merengek dekat Allah. Sebab rasa rugi kalau tak buat. Lagi satu dah terbiasa.

Satu hari tu… tak tahu kenapa hati aku terdetik untuk berdoa supaya minta dilindungi daripada kejahatan baik daripada manusia, jin, atau syaitan. Aku pun tambahlah doa ini dalam tahajjud aku..lagipun apa salahnya kan? bukannya perkara yang buruk.

3 hari selepas doa benda yang sama which is minta dilindungi daripada kejahatan…tiba tiba perkara pelik pun berlaku… (aku taknak fokuskan penulisan aku tentang gangguan ni secara detail, tapi kalau korang nak boleh request lah yaa)

Pendek cerita… aku dan Siti diganggu oleh mahluk ghaib dan semakin hari semakin teruk kami berdua dikerjakannya… aku taktahu nak minta tolong pada siapa supaya dihantarkan ke pusat rawatan islam.

Cerita dekat parents aku? heh diorang tak percaya langsung tentang hal hal macamni! aku cerita pun diorang tak layan aku. Siti? Siti tak ada kereta.

“Ya Allah siapa lagi aku nak mintak tolong… ohhh Aiman!” Aiman is my classmate and dia ada kereta. Namun sayang, kereta Aiman, dia baru je taruk kat rumah. hmmm siapa lagi ehh

Siapa je lagi yang ada kereta?….last option…Erfan. Aku memang tak banyak kenalan lelaki dekat Uni. Kalau ada pun sekerat dua. Kawan perempuan aku pulak semuanya tak berkenderaan.

Ya Allah. Srs guys aku bukan mengada eh…aku srs dah lama tak contact ngan mamat tu. Cumanya keadaan Siti dan aku dah makin parah. Terutamanya Siti. Dia nampak teruk sangat time tu. Macam orang tak cukup makan. Malam-malam nangis ketakutkan.

Aku siap buat list wei kenapa aku perlu minta tolong Erfan…

1. Darurat

2. Family tak percaya

3. Takut bahayakan diri kalau tangguh

4. Grab mahal nak mampus

Sampai sini faham kan haaa..

Aku pun beranikanlah diri dan minta tolong Erfan… akhirnya dia pun setuju.

Sepanjang perjalanan, aku terkejut melihat penampilan Erfan yang kini dah seratus peratus berubah. Serious aku terkejut gila weh. Dia yang tampaknya kemas dahulu, kini seperti tidak terurus. Rambutnya panjang dan messy, dan yang paling terkejutnya lagi… dia hisap vape.

Astaghfirullah Erfan. Kenapa dia jadi macam ni? Seriouslah?

Yang paling annoyingnya… aku perasan mamat ni sikit sikit nak vape dalam kereta dia… macam saja je nak aku notice yang dia tu dah hisap vape balik. errgh geram je aku. Tapi, sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri. time tu aku hanya fikir lantak kau lah Erfan nak jadi apa.

Setelah selesai berubat, dan dalam perjalanan pulang…aku dengan Erfan masih tak berpandangan mata… dia driver dan aku duduk dibelakang.. ada moment dimana kami berdua gelak ketawa. tapi takat takat tu jelah.

Bila aku pandang-pandang balik, aku rasa bersyukur walaupun aku tak dapat bercakap dengan Erfan…walaupun tak macam yang dulu lagi.

Dapat tengok kelibat dia pun aku dah rasa bersyukur sangat.

Setelah sampai ke bilik dan aku reflect apa yang terjadi…baru aku teringat sesuatu..

Aku masih lagi berdoa untuk dikurniakan rezeki jodoh…kalau nak dipendekkan..doa aku begini bunyinya:

Ya Allah ya rahman ya rahim,

Datangkan lah jodohku kepada diriku,

Dengan cara yang baik,

Jalan yang halal,

Dan waktu yang tepat secepat yang mungkin.

Hmmm jom kita check sama-sama…

Datangkanlah jodohku kepada diriku dengan cara yang baik…. aku dengan dia takde bertekak mulut mintak tolong pasal transport ni. Ok checked.

Jalan yang halal… kami memang menuju ke tempat yang halal iaitu pusat rawatan islam. Ok checked.

Dan waktu yang tepat secepat yang mungkin….. memang waktu yang tepat dan secepat yang mungkin pun… sebab si siti tu dah macam mayat hidup dah kalau dibiarkan. Ok sekali lagi checked.

Semuanya checked. MashaAllah sekali lagi adakah ini petunjuk? ataupun ini hanya ujian berbalut nikmat ya Allah…

Tapi kenapa setelah semua ni aku mula rasa macam Erfan tak layak untuk aku…aku yang healing sorang sorang ditemani tahajjud,zikir dan lebih mendekatkan diri kepada Allah..

manakala dia? ditemani awek baru, dah start hisap vape macam makin teruk aku tengok…

Wallahualam. Walaupun begitu, aku tetap berterima kasih kepada Erfan yang sanggup menolong aku dan Siti saat itu. Kalini aku memang betul betul ketepikan perasaan cinta aku terhadapnya dan melihat dia sebagai “kawan” sahaja.

“Hm, patut ke aku whatsapp dia cakap terima kasih eh?” ujar aku ke Siti.

“Patut. Kau whatsapp laa dia terima kasih.” kata Siti.

“Thank you tolong” – aku

“No prob” “pape roger jelah” – erfan

“Okay korang pun hati-hati’ – aku

“Alright” – erfan

Jodoh itu sememangnya rahsia Allah. Sampai sekarang aku masih mengekalkan jarak dengan Erfan. Lagipun dia sudah berpunya, dan siapalah aku untuk menghalangnya.

Memang benar, doa adalah senjata mukmin. Aku boleh tonggang terbalik minta dekat Allah untuk dijodohkan dengannya.

Namun jika Allah swt sendiri yang tak izinkan… siapalah aku untuk membantah?

Mungkin aku akan mendapatkan seseorang yang lebih baik dari Erfan. Atau mungkin aku akan berjodoh dengan Erfan versi yang jauh lebih baik daripada dia yang sekarang. Mungkin aku hanya perlu bersabar sedikit sahaja lagi.

Aku berterima kasih kepada Allah swt kerana walaupun dengan apa yang dah terjadi…Allah masih berikan aku kesempatan untuk bertaubat dan belajar lebih tentang islam.

Aku masih ingat quote yang dishare oleh teman karibku, Putri.

‘Sesiapa yang memberikan hatinya lebih dulu kepada manusia sebelum Allah dan Rasul, siap siaplah untuk sengsara dan kecewa’

MashaAllah, and it is true.

Putri ni tak ada lah warak sangat orangnnya, cuma dia lebih mahir dalam bab bab ni berbanding aku. Senang cerita dia ibarat tok guru aku lah. Apa apa aku konpius atau kurang faham aku akan pergi ke dia hehehe.

Aku pernah tanya Putri.

“Putri…kenapa ada orang yang buat dosa couple..tapi end up diorang dikurniakan rezeki untuk kahwin. Ada jugak yang tak couple dan jauhkan diri daripada zina…tapi tak dikurniakan rezeki untuk menikah?”

Peh jawapan Putri untuk soalan aku memang terbaik. Aku sajalah tanya sebab aku curious.

Putri pun jawab.

“Ada couples yang turn out kahwin dan dapat good family and both berubah kearah yang lebih baik, tapi…. how do we know what will happen tomorrow? what if we die tomorrow? dan tak sempat bertaubat?”

Kat situ aku pun macam… ye tak ye jugak. Aku pun patut bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bertaubat. Plus Allah it maha adil.

Jadi biarlah Allah yang menghukum.

Kepada Erfan (bukan nama sebenar) dengan izin Allah yang maha berkuasa lagi maha membenarkan, kalau suatu hari nanti awak terbaca kisah ni dan awak rasa ini kisah tentang kita berdua, ha betul sangatlah tu, memang tentang kita pun. hahaha.

Saya ada tanam couple bracelet yang saya beli di Brunei buat kita berdua dibawah pokok dimana saya menenangkan awak semasa awak gelisah suatu ketika dahulu.

Plan awalnya saya memang nak kasi bracelet tu dekat awak, namun tak kesampaian. Jadi saya memutuskan untuk tanam sahaja. Di bracelet tersebut tertulis nama couple kita iaitu “ErAh” (bukan nama sebenar) singkatan untuk Erfan & Farah. (bukan nama sebenar)

Saya harap awak sedar, bahwa selama ini saya tulus mencintai awak kerana Allah swt. Sejujurnya saya sangat sedih melihat keadaan awak yang sekarang.

Erfan yang sekarang bukanlah Erfan yang saya kenal dulu. Tapi itu tak bermakna awak jahat. Saya yakin awak jauh lebih gembira sekarang.

Saya mendoakan yang terbaik buat awak. Semoga awak dapat mencapai cita-cita yang selama ini awak impikan.

Terima kasih buat memori yang indah selama 3 bulan lebih berkenalan.

Kepada para pembaca, doakan lah saya (si penulis) agar dikurniakan dengan rezeki jodoh dalam waktu yang terdekat dan tepat dengan orang yang saya cintai.

Sebelum saya tutup kisah ini, saya ingin mengingatkan bahwa sesungguhnya Allah itu maha mengbolak-balikkan hati manusia. Cepat atau lambat balasan Allah itu benar dan perit. Lakukan lah apa yang benar dan tinggalkanlah apa yang salah disisi islam.

Memang sakit at first, tapi dengan seiringnya waktu berjalan, inshaAllah kita mampu mengharunginya. Ketahuilah, Allah tak hukum kita based on how we feel, perasaan itu hadir tanpa kita minta. Tetapi Allah hukum berdasarkan apa yang kita buat dengan perasaan tu.

Are we closer to him? or away from him? SubhanAllah.

Saya juga mendoakan yang belum move on diluar sana agar dipermudahkan proses move on korang dengan bantuan Allah swt. Aamiin.

Assalammualaikum :)

(inshaAllah saya update if anything)

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit