Allah Maha Mendengar

Pernah tak korang rasa macam korang benci seseorang tu sangat2? Contohnya macam ni..Si A benci sangat2 pada Si B. Dia kalau boleh memang tak nak tengok muka Si B. Kalau boleh memang nak pergi jauh je dari Si B. Si A rasa macam nak bunuh je Si B atau Si A yang bunuh diri sebab tak nak tengok muka Si B. Tapi atas sebab tertentu, Si A dan Si B tidak dapat dipisahkan. Yes, memang perangai Si B ni agak problem sikit. Memang perangai dia buat Si A bengang. Banyak kejadian yang buat Si A benci sangat2 pada Si B.

Fyi, Si A adalah saya, while Si B adalah abang kandung saya sendiri. Yes, confession yang agak mengejutkan bila saya kata saya benci pada abang kandung saya sendiri. Abang saya ni saya namakan Lan dan bukan nama sebenar. Lan ni memang ada masalah sosial sejak dari zaman remaja lagi. Dia berhenti sekolah masa umur 15 tahun. Setakat pmr je then dia berhenti sebab kawan2 dia pun berhenti sekolah. Dia ni agak lurus, apa kawan dia buat, dia ikut je. Dia kaki mabuk, mencuri duit, barang kemas parent saya. Pernah dulu ayah saya halau Lan dari rumah. Tapi ibu saya pergi jemput Lan balik. Masa tu saya kecik lagi. Masih kat sekolah rendah. Imagine it, sejak saya kecik lagi sampai saya dah dewasa saya masih benci abg saya.

Saya benci bila ibu saya jemput abg saya balik bila tiap kali ayah saya halau abg saya. Saya pernah tanya, “Mak, kenapa mak asyik jemput Lan tiap kali ayah halau dia. Biar lah dia. Biar padan muka dia. Biar dia hidup susah!” . Tapi jawapan mak saya simple dan padu. “Seburuk buruk dia, dia tetap anak saya. ” Saya terdiam. Saya terus pergi bilik saya dan menangis sekuat hati. Saya benci abg saya! Saya benci ibu saya yang masih menyebelahi abg saya.

Pernah suatu hari tu Lan balik mabuk2. Biasa lah kalau dah mabuk memang tak betul sikit. Dia marah semua orang dalam rumah. Dia baling kayu. Dia tumbuk mak dan ayah saya. Sampai dia ambik pisau dan tikam pada diri sendiri. Then, sapa yang jaga dia masa dia dah tikam diri sendiri tu? Still mak dan ayah saya dan kakak2 saya. Saya memang tak nak ambik tau pasal dia. Kalau dia nak mati, biar lah. Pernah sekali tu saya cakap macam ni. ” Biar lah dia tu. Biar je lah mati. Hidup pun tak guna. Menyusahkan orang!” ..Berdosanya aku sebagai seorang adik cakap macam tu.

Tapi lepas saya dewasa, saya mula berubah. Abang saya masih dengan sikap dia suka mabuk. Penganggur. Main judi haram. Suatu hari tu, saya berdoa pada Tuhan. Saya Non-muslim jadi saya berdoa mengikut agama kami sendiri. Saya memang tak kuat agama. Saya jarang pergi ke gereja seperti kawan2 yang lain. Tapi saya mula berdoa pada Tuhan macam ni. “Jauhkan perasaan benci dalam hati saya pada dia. Jauhkan perasaan tidak tenang dalam diri saya. Saya berharap agar dia membuka pintu hati dia untuk berubah jadi lebih baik. Berubah jadi matang. Bukakan lah pintu rezeki nya agar dia mendapat perkerjaan yang baik untuk memajukan kehidupan dia sendiri. Carikan jodoh yang baik untuknya yang mampu menjaganya sampai mati, yang mampu mengubahnya jadi lebih baik, yang mampu mengiringinya ke jalan Mu.” Saya berdoa sambil menangis. Menangis teresak2. Sebab itulah pertama kalinya saya berdoa setelah sekian lama dan berdoa untuk orang lain. Saya masih ingat last saya berdoa ialah masa saya study dulu. Itupun sebab ada exam. Betapa saya jahil dan sangat pentingkan diri sendiri.

Tapi, keesokkan harinya saya dapat menahan perasaan benci saya pada dia. Tuhan maha mendengar. Abg saya mula berubah jadi lebih baik. Dia dah mula bekerja di tempat kerja lamanya sebagai pemandu lori. Dia mula menabung. Dia mula improvekan diri sendiri. Dia register untuk beli rumah mampu milik. Ada seorang gadis mula sukakan abg saya. Dia betul2 berminat nak menjadikan abg saya sebagai teman hidup dia tapi abg saya tolak. Sebabnya saya pun tak tahu. Itu dah kira baik daripada dia memainkan perasaan perempuan itu. Bagi saya, itu perubahan yang sangat besar. Sejak dari itu saya mula mendekatkan diri saya pada Tuhan secara perlahan2. Perasaan benci saya mula pudar. Sekarang saya mula lihat kebaikan abg saya. Dia tak lah jahat mana pun. Tapi disebabkan perasaan benci yang ada dalam diri saya membuatkan segala apa yang dia buat, buat saya benci. Dia tak pernah menolak kalau kami minta tolong. Dia mula rapat dengan parent saya. Dia keluar shopping berdua dengan ayah saya. Hehe.

Akhir kata dari saya, sekarang, saya sedar. Kurangnya agama dalam diri buatkan hidup kita tak tenang. Kalau rasa tak tenang kembali lah ke jalan Nya. Berdoa pada Nya minta ditenangkan hati. Nescaya, Tuhan itu maha mendengar. Saya betul2 berharap yang abg saya akan berubah jadi lebih baik selama2nya.

– Hanna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *