Kita semua ni hamba yang pendosa termasuk diri saya. Saya ni berulang kali buat dosa dan saya sedar saya berdosa.
Tapi selagi kita tak syirikkan Allah, selagi ada peluang bertaubat, bertaubatlah.
Musim PKP 3.0 ni saya rasa sunyi rasa kosong. Allah hadirkan rasa tu pada saya. Selalu saya layan kdrama. Tapi latelly ni boring sangat.
Sebenarnya saya dah mula berjinak dengan Al-quran sejak pkp 1.0
Saya cuma nak sharing dekat sini. Apa pun betulkan niat kita dulu.
Saya suka dengar ceramah Ustaz Wadi Anuar untuk menyedarkan diri saya yang lalai, berdosa, leka ni.
Kita selalu disuruh untuk baca Surah Al-waqiah untuk tarik rezeki. Tapi saya ada dengar ceramah ustaz/ ustazah, saya tak pasti, katanya bila baca al-quran niat mestilah untuk mencapai redha Allah.
Hidup ni nak Allah redha. Bila Allah redha apa je perbuatan kita ada redha Allah semua akan berjalan lancar.
Jadi saya cuba betulkan niat saya.
Saya juga amalkan setiap kali lepas abis waktu period, saya berusaha untuk pulun khatam quran. Dengan harapan sebelum datang next period, saya sudah khatam sekali. Jadi sebulan sekali khatam. Tu target saya.
Cara yang saya buat adalah bersahabat dengan Al-quran.
Setiap waktu selepas solat saya paksa diri untuk habiskan at least 1 surah. Kalau macam surah awal-awal macam Surah Al-Baqarah, Al imran tu panjang sangat kan. Tak mungkin habis kan.
Saya juga usaha setiap masa kosong saya akan baca al-quran sebab saya nak cepat khatam. Saya tak fasih membaca tetapi saya baca dengan bantuan video.
Dari saya merangkak-rangkak, sekarang berkat izin Allah dan usaha saya, banyak perubahan.
Saya juga berusaha paksa diri untuk bangun tahajud. Malam memang paksa diri tidur awal lepas isyak tu baca al quran, zikir, minta ampun pada Allah sungguh-sungguh.
Betul la ustaz/ ustazah cakap, kita ni manusia susah sangat nak bangun tahajud malam sebab siang atau siang sebelum-sebelum kita banyak buat dosa.
Saya rasa sendiri benda ni. Sebab diri saya sendiri bila waktu period tak boleh solat, saya banyak buat dosa, banyak lalai, buat maksiat mata.
Saya tengok cerita-cerita yang ada aksi dosa mata. Saya tak tengok p*rn. Tapi saya tengok movie yang ada aksi dosa mata. Saya sedar dosa tapi tetap tengok.
Saya dapat rasakan lepas abis period, dah boleh solat. Saya sangat susah nak bangun tahajud.
Bila dah hari-hari sungguh-sungguh mohon ampun pada Allah. Baca al-quran, banyakkan zikir, istighfar, tetap dalam hati nak tahajud.
Minta tolong dengan Allah. Ya Allah Ampunilah aku, aku mengaku berdosa Ya Allah. Terima taubatku. Lindungi aku dari perbuatan maksiat. Bantu aku melawan nafsu. Izinkan aku mencapai redhaMU. Undanglah aku untuk bertahajud kepadaMU.
Bukan mudah nak bagi Allah makbulkan doa kita kalau kita penuh dengan dosa.
Sampailah suatu malam tu saya berjaya bangun tahajud atas izin Allah. Saya menangis terharu. Rasa tak sangka Allah sudi dengar doa saya yang penuh dosa ni. Allah Maha Mendengar. Allah dengar rayuan saya. Saya nak bertahajud.
Hamba ini minta untuk diizinkan bangun bertahajud agar dapat berdua-dua dengan pencipta yang Maha Hebat Maha Besar.
Bila saya dah berjaya sekali untum bangun bertahajud. Siang tu saya berusaha untuk slow-slow jangan buat dosa.
Tetap dalam hati ingat bukan senang nak capai redha Allah. Bukan senang nak Allah makbulkan doa kita. Jangan buat dosa. Tak tenang hidup dengan dosa.
Kaki masih tak pakai stokin. on off. susah nak istiqamah. tudung tutup dada. baju longgar. saya berusaha tak mengumpat orang. padahal kadang mulut ni jahat je nak cakap pasal orang.
Hati ni pun cuba jugak didik jangan sikit pun mengata orang. Allah dengar ye. Kita cakap sikit je dah dosa. Memang susah tapi bila berjaya buat rasa tenang hidup.
Sangat susah nak melawan nafsu.
Sangat susah nak stop buat dosa.
Saya diuji berdepan dengan orang sekeliling yang suka cakap hal orang lain. Sebelum ni saya join. Tapi bila saya takot saya susah nak bangun tahajud, saya diam je. Cuba untuk lawan. Saya cakap dalam hati lindungi aku Ya Allah.
Lepas tu berterusan saya dapat bangun tahajud. Rasa satu hadiah yang sangat besar bila berjaya bangun, mandi.
Saya sejenis yang bangun akan terus mandi basah kepala satu badan, gosok gigi. Sebab pikir jumpa manusia boleh pulak mandi lawa. Ni nak jumpa Allah tak nak mandi.
Lagi pun saya biasa jumpa mak cik – makcik yang jenis muka cerah berseri tenang je bila dipandang. Saya tanya apa amalan. Majoriti akan cakap mandi sebelum subuh. Badan kuat, muka berseri.
Saya pun jadikan amalan sebab saya nak muka saya walaupun semakin berusia nanti biar tetap tenang dan berseri di dunia dan akhirat.
Banyak lagi nak cerita nanti saya sambung tulis ye.
– Cik Miss Hihi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit