Allah Maha Mendengar

Ingat lagi tak dengan tajuk Allah MAHA MENDENGAR (https://iiumc.com/allah-maha-mendengar-3/).

Sebenarnya ni confession yang ketiga untuk tajuk Allah Maha Mendengar.

Yang pertama punya confession admin sudah siarkan, terima kasih admin sudi siarkan coretan saya.

Yang kedua punya admin belum siarkan, mungkin soon akan disiarkan.

Terima kasih atas komen yang baik dari semua. Saya ada baca komen dari anda semua sambil tersenyum, hihihihi.

Moga sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit dan belajar istiqomah. Memang bukan mudah tapi kita boleh buat dengan izin Allah dan usaha diri kita.

Sekarang saya tengah cuti period, rasa kosong, rasa sunyi, rasa hidup tak berkualiti.

Saya juga takut kalah melawan nafsu kalau tengah period. Sebab saya tidak boleh bangun tahajud, tidak boleh baca al-quran, tak boleh berdua dengan Allah merayu. Rasa sunyi sangat.

Saya doakan kalian dilancarkan urusan dunia akhirat. Terima kasih bagi yang tulis coretan saya merupakan perkongsian yang baik. Saya sangat hargai anda semua.

Terima kasih juga yang mana menunggu saya menulis lagi untuk coretan akan datang.

Tengah cuti period ni tiada apa yang saya rasa ingin kongsikan sebab tiada aktiviti kerohanian.

Mari kita tanamkan azam untuk bersahabat dengan al-quran. Setiap selepas selesai solat fardhu usaha habiskan 1 surah.

Ada masa kosong ambil wuduk dan baca al-quran.

Mari kita berusaha untuk bangun tahajud.

Mandi sebelum masuk waktu subuh.

Jaga mata. Jaga hati. Jaga mulut. Jaga telinga.

Sedekah semampu kita. Sehari RM1 pun ok. Transfer je ke akaun madrasah atau sekolah tahfiz atau rumah anak yatim.

Sekarang semua hujung jari kan. Transfer RM1 ke akaun yang kita mahu. Jangan niat nak murah rezeki. Niat moga Allah redha.

Bab aurat pula cuba labuhkan tudung melepasi dada. Saya tahu tak moden tapi kita nak Allah redha.

Tudung ikat leher nampak buah dada memang bergaya dan nampak kemas cantik, tapi kita hidup harapkan Allah redha. Buat apa yang Allah suruh, tinggalkan yang Allah larang.

Seluar skinny atau seluar ikot saiz kaki cuba sikit-sikit tinggalkan. Dengan cara buang terus jangan ada dalam rumah. Memang pakai palazo tak style sangat tapi lama-lama kita akan terbiasa.

Stokin kaki saya sendiri susah nak istiqomah. Dulu saya pernah amalkan. Bila keluar sentiasa berstokin ni bagus juga kaki bersih, kaki licin tak kasar, kaki putih tak kene matahari

(Sebab pakai stokin hitam agak tebal, memang cerah kaki), bila keluar tak pakai stokin rasa macam bertelanjang kaki.

Tapi bab stokin saya susah betul istiqomah. Doakan saya. Saya tak suka stokin colour kulit sebab masih nampak kaki. Saya suka pakai stokin hitam tebal sikit rasa selamat dan terlindung kaki ni.

Lagi satu pagi tadi saya dengar ceramah ustazah asma harun berkenaan sayidul istighfar (penghulu istighfar).

Kalau kita baca lepas solat subuh, jikalau meninggal akan dicatat untuk kita syurga Allah. Kalau kita baca lepas solat asar atau magrib, jikalau kita meninggal selepaa itu pun akan dicatat syurga Allah.

Jadinya saya print out, search je di google Sayidul Istighfar. Lepastu saya print out saiz A4 paper ngam.

Saya tampal didinding bilik yang akan saya pandang setiap waktu selepas saya solat. Secara tak sengaja saya akan terbaca sendiri setiap lepas solat. Jadikan amalan.

Ilmu ni kalau diamalkan berterusan akan menjadi manfaat untuk diri kita di dunia dan akhirat.

Bila kita dengar ceramah ustaz/ ustazah, cecepat kita usaha untuk amalkan.

Macam saya sendiri kalau ada amalan/ doa/ zikir, saya akan print out dan tampal di bilik. Selesai solat semua tu paksa baca supaya jadi amalan dan lekat dalam kepala.

Itu sahaja perkongsian dari saya.

Maaf penulisan saya tidak berapa baik dan teratur.

Saya menulis hanya mengikut apa yang terlintas dalam kepala. Tidak ada plan. Ilham dari Allah sahaja.

Salam sayang dari saya Cik Miss.

Saya masih bujang berusia lewat 20an (tapi belom lewat sangat) hihihihi.

Doakan saya bertemu jodoh yang soleh, baik, islam, beriman dengan Allah, ada kerja, ikhlas terima saya kerana Allah.

Saya masih single dan tiada calon jodoh langsung.

Tiada kenalan lelaki.

Doakan saya. Moga ada doa dari kalian untuk saya yang Allah kabulkan.

Semoga saya akan mendirikan rumahtangga sebelum usia 30.

Banyak doa saya yang Allah izinkan.

Namun hanya bab jodoh Allah simpan sangat rapi tidak izinkan lagi.

– Cik Miss (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *