Allah Maha Pengasih

Assalamualaikum teman-teman..

Luahan aku adalah berkenaan pengalaman yang ku lalui sendiri suatu masa dulu… tentang bagaimana kuasa Allah yang mendorong aku untuk sembuh dari penyakit yang aku sendiri tak sedar.

Perkenalkan diri aku sebagai Azi… seorang isteri yang terlalu muda dan naif. Berkahwin dalam usia semuda 21 tahun. Tak faham hakikat kehidupan kerana hidup aku hanya berkisar sekolah-rumah.

Bila tidak berpeluang menyambung pelajaran, aku dapat pekerjaan yang baik juga, jadi bermulalah hidup aku dalam persekitaran rumah-tempat kerja sahaja.

Perkenalan dengan suami juga singkat… tak ada istilah berdating berdua sebab kami berjumpa hanya di depan keluarga. Dia akan datang melawat hujung minggu dan kami berbual juga depan keluarga.

Dia ku sangkakan jodoh yang sesuai memandangkan dia tahu menghormati orang tua dan seorang yang tak banyak cakap. Ku kira dia seorang yang sopan.

Begitu mudah sahaja untuk aku berkira-kira dia sesuai dijadikan suami. Rupanya perkahwinan kami tak bahagia seperti yang aku impikan.

Dia tidak menafkahi aku dari segi zahir. Pergaduhan demi pergaduhan dan aku gagal mencari sebab kenapa dia sentiasa tidak ada duit walaupun pada hari gajinya.

Bila disoal… berakhir dengan pergaduhan. Namun naifnya aku tetap ingin bertahan dan percaya segalanya akan berubah menjadi semakin baik.

Tragedi hitam terjadi dalam perkahwinan kami tapi tetap aku sudi memperbaiki perhubungan kami. Tragedi hitam yang akan ku ceritakan di lain episod jika Allah izinkan.

Dalam saat aku pulih dari trauma… suatu hari aku berjalan di bandar K, menyelusuri kaki lima kedai-kedai. Aku terpandang banner di sebuah klinik rawatan Homeopathy.

Kaki terhenti untuk membaca senarai penyakit-penyakit yang boleh diubati melalui kaedah rawatan Homeopathy. Tiba-tiba aku terpandang salah satunya ialah *Mimpi Sedih*.

Ya Allah… sesungguhnya aku sudah lama mengalami mimpi sedih, boleh dikatakan setiap malam.

Mimpi yang macam-macam jalan cerita tapi semuanya berkisar tentang kesedihan, disakiti, dihina sampai aku akan menangis teresak-esak hingga sedar dalam keadaan dada yang sangat-sangat sakit.

Mimpi sedih berlarutan setiap hari dan naifnya aku masih menyangka itu semua mainan tidur.

Hinggalah menjelang bulan Ramadhan… aku terus-menerus mendapat mimpi sedih. Ketika itu aku sedar ini bukan mainan tidur.

Dengan izin Allah juga yang mendorong langkah kaki aku untuk sampai ke klinik tersebut. Tanpa berlengah aku terus masuk ke klinik untuk bertanya lebih lanjut.

Doktor bagitahu aku bernasib baik sebab biasanya dia tak ada di klinik pada waktu-waktu begitu kerana akan berada di cawangan lain.

Aku terus bertanya dan bertanya dan menceritakan tentang mimpi sedih yang kerap aku alami saban malam.

Penerangan doktor berkenaan penyakit mimpi sedih… biasanya terjadi pada orang yang sangat rendah diri, misalnya cacat atau obes atau hodoh.

Tapi doktor hairan macam mana orang seperti aku boleh mengalaminya. Kerana dari segi luaran aku kelihatan sihat dan nampak ceria-ceria sahaja.

Doktor terangkan lagi… sebenarnya dari segi luaran mungkin kita kelihatan sihat tapi sebenarnya roh bawah sedar serta jiwa kita terganggu dan sakit. Doktor berikan ubat untuk aku makan dan minta datang semula secara berkala.

Dengan izin Allah, asbab rawatan doktor, mimpi semakin berkurang hari demi hari sampai satu masa aku sudah bebas dari penyakit mimpi sedih.

Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana sesungguhnya DIA sangat-sangat mengasihi hamba-Nya yang naif ini.

DIA yang menggerakkan kaki, menggerakkan hati, mendorong aku untuk sampai boleh bertemu dengan seorang doktor yang boleh merawat penyakit aku.

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

– Azi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *