Bulan ni dah masuk 9 kilo berat aku turun.
Hi, aku Salma. Aku obes sepanjang hidup aku. Aku anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik. Berat semua orang dalam family aku normal. Hanya aku yang tidak normal.
Umur aku sekarang 25 tahun, bekerja dan masih single. Kalau tengok dari rupa aku, orang tak sangka aku semuda itu. Ya, orang selalu ingat aku berumur 45 tahun bila mereka tengok fizikal aku.
Perasaan bila kita obes ni sangatlah tak best. Aku mentally exhausted dengan life aku. Selalu bloated, stres dan tak ada keyakinan diri.
Sampailah satu hari tu, Allah gerakkan hati aku untuk berubah. Aku cuba diet. Aku buat IF. Orang kata IF boleh bantu turunkan berat badan. Aku cuba. Aku tak makan dari pukul 1 tengah hari sampai keesokan hari pukul 8 baru aku makan balik.
Yaa, berat aku turun (around 3 kg) tapi benda ni bagi kesan dekat overall health aku. Tiba-tiba aku kena gastrik teruk. Aku selalu masuk angin and it will always lead to migraines.
So, at that time, aku macam nak give up. Tapi Allah takdirkan aku berjumpa dengan seorang auntie ni. Umur dia 54 tahun, Cina.
Aku tak mahu cerita macam mana aku jumpa dia tapi dia punya body sangatlah fit. Even lebih fit dari orang umur baya-baya aku. Rupanya dia seorang nutritionist.
Dan dari situ, aku bagitahu dia aku nak fit macam dia so, dia pun guide lah aku. FOC yee kawan-kawan. Tu yang best.
Meh aku cerita cara dia guide aku. Satu bulan setengah, aku berjaya turunkan hampir 6 kg. This time around in a good way. Dia ajar aku bagi aku faham how our body react to food. How to increase our metabolic rate.
Kau bayangkan, aku dulu clueless ye bab-bab visceral fat lah, muscle percentage lah. Tapi dia guide aku satu-satu. Dia bagi schedule dekat aku untuk aku follow. Harini kena makan apa, esok kena makan apa. Kalau aku rasa tak selesa, kena buat apa etc.
So dari situ, aku belajar satu-satu. Ilmu yang sangat berharga. Alhamdulillah.
Setiap hari kena jalan 10k steps. Aku dulu sangatlah malas untuk exercise, tapi aku cuba. Show up every single day sebab aku kena report dekat dia. So malu kalau steps aku tak cukup 10k.
Now, I can easily achieve 10k steps plus running lagi. Kalau dulu memang taklah nak lari. Aku cuba untuk pergi gym hari demi hari semata-mata nak cukupkan 10k steps. And I did it guys!
Aku ingat lagi, masa mula-mula aku pergi gym tu sangat susah. Aku rasa malu, awkward dan rasa macam dipandang. Tapi tak ye guys. Everyone minding their own business, so, you do you.
Masa mula-mula tu aku tak reti pakai treadmill, so aku minta tolong seorang Indian ni untuk ajar aku cara guna. She was the kindest person ever! She helps me understand every function on the treadmill. And siap pesan lagi, “Don’t forget to warm up.”
So korang nampak tak, it takes 1 Malaysia (akak India tu dan auntie Cina tu dan of course the Malay me) to make me gettin’ slim haha.
Now, I am still in progress to get my ideal weight. Tapi, aku janji dengan diri aku, no matter what happens, I will show up every day. Aku dah tak nak jadi macam dulu.
Teringat lagi dulu aku pernah nangis-nangis doa dekat Allah supaya bagi aku kekuatan untuk nak kurus. Supaya Allah permudahkan journey aku nak jaga nikmat pemberian Allah untuk aku.
Alhamdulillah, aku rasa doa aku dimakbulkan. Sebab Dia yang bagi auntie tu datang dalam life aku.
Now, if any of you guys are struggling with being overweight or underweight even, go get some knowledge. Learn then execute.
And sometimes, I mean not all the time, it requires a bit of investment (monetary) and it will always require a big sacrifice! Understand your body, how it works, what it needs, why you felt this way or that way.
Niat kita nak jaga nikmat yang Allah beri pada kita, bukan sekadar nak cantik/or hence or glow up semata. Inshaa Allah menjadi. Semoga sihat-sihat selalu.
Xoxo,
– Salma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
alaaa share la aunty tu bagi tips apa lagi
Saya juga pejuang untuk turunkan berat badan. Dari 67kg, sekarang dh 55kg. Tapi nak turun lagi 5kg. Masih berusaha. Dekat tiktok ramai jgk yg share journey nk kuruskan badan. Semoga kita istiqomah ya sis untuk jaga nikmat kesihatan yang Allah bagi ni.