Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan. Tiba2 rasa ingin meluah bila teringatkan kejadian semalam.
Aku berusia hampir 30 tahun, sudah mendirikan rumahtangga. Suamiku sebaya denganku. Kami baru saja menimang cahaya mata bulan 4 hari tu.
Alhamdulillah rezeki untuk dapat anak kami cepat. Lepas kawin terus mengandung. Dari mengandung sampai bersalin, Alhamdulillah semuanya mudah walaupun ini adalah anak pertama.
Aku sayangkan anakku, namun sejauh mana sayangku padanya, aku tidak pasti. Dari dia lahir memang aku mewahkan dia.
Alhamdulillah, sebelum dikurniakan anak lagi rezeki kami suami isteri sudah melimpah, tapi bila anak lahir, lagi melimpah rezeki kami. Jadi rezeki yang banyak itu, aku gunakan untuk anakku.
Bagi aku rezeki yang banyak ni, anak aku yang punya. Kami cuma menumpang. Kami daftar haji untuknya dan buat simpanan di tabung hajinya, kami buka akaun SSPNi Plus dengan simpanan RM300 sebulan untuknya, dan macam2 lagi untuk simpanan dia di kemudian hari.
Sebelum anak lahir, kami pasang penapis air dan aircond supaya bila anak lahir, dia dapat mandi air yang bertapis dan tidak perlu berpanas. Dia ada eczema. Bila Dr cakap mungkin dia ada alahan habuk, kami beli penapis udara dan dust mite vacuum cleaner.
Hari2 aku vacuum tilam dan bilik aku supaya tak ada habuk dalam bilik. Aku beli sterilizer, dan sterilize semua barang2 anak setiap hari. Walau sibuk macam mana pun, anak cuma makan makanan yang aku masak.
Aku tak bagi dia makan ready made food. Dia fully breastfeed & direct feeding sebab dia tolak botol. Aku tiada masalah memandangkan aku memang sentiasa dengan dia. Seperti aku kata tadi, dia ada eczema. Sesiapa yang ada anak excema mesti tahu, duit memang keluar macam air.
Hampir tiap minggu kami bawa dia jumpa pakar, setiap kali tu la, duit mengalir deras. Tapi aku tak kisah.
Macam aku cakap tadi, rezeki lepas dapat anak melimpah, Alhamdulillah, jadi duit tu yang kami guna untuk anak kami. Sesiapa yang ada anak excema juga mesti tahu, bila excema anak tengah flare, dia akan menggaru tanpa henti.
Berdarah berair, dan dia akan menangis tanpa henti. Walaupun kami sudah memujuk, dia akan diam sekejap, dan kemudian menangis semula. Dari dia kecil, aku tidak mendukung dia kerap, sebab belakang aku sakit bila mengangkat beban yang berat.
Aku ada scoliosis. Jadi dia sudah biasa. Tapi bila excema dia tengah flare, dia hanya mahu didukung. Kalau diletak dibawah dia akan menangis.
Awal2 aku boleh melayan lagi, tapi bila belakang aku sudah mula sakit, aku terpaksa juga meletakkan dia di bawah dan dia akan menangis seperti aku sedang menderanya.
Tiba2 aku rasa annoying yang teramat sangat. Aku rasa geram, jadi aku biarkan dia menangis. Bila dia sudah berhenti baru aku mendukung dia semula. Seperti aku cakap awal2 tadi, aku sayangkan anakku, tapi tidak pasti sejauh mana.
Sehingga lah semalam, selepas makan, aku ingin pergi ke katil untuk bersama dengan anakku. Aku turunkan penghadang.
Kami pasang penghadang sebab anak dah pandai bergolek, risau dia jatuh. Kakak aku tiba2 call. Anak tengah tidur, jadi aku kelam kabut ke bilik sebelah untuk angkat call supaya anak tak bangun.
Aku tak sempat naikkan penghadang. Tapi aku fikirkan tak apa, sebab kiri kanan anak ada bantal, tambah dia berbedung sebab aku tak mahu dia menggaru mukanya ketika tidur. Jadi selamat untuk anak.
Tapi Allah nak tegur aku, dah hujung2 bersembang dengan kakak, dengar suara anak menangis, fikir ku anak dah bangun.
Jadi aku matikan panggilan untuk tengok anak. Aku cari diatas katil tiada. Bila aku nampak anak dibawah, aku rasakan seperti separuh nyawa aku hilang. Aku angkat anak dan buka bedungnya yang dah terbuka sedikit sambil sebut nama Allah berulang kali. Allah Allah Allah.
Ketika itu dan saat itu, baru aku tahu, aku sayangkan anakku sepenuh hati dan nyawa aku. Nasib katil tidak tinggi dan ada carpet tebal dibawah. Bila diangkat, anak berhenti menangis. Alhamdulillah tiada apa2. Tapi ketika melihat dia di atas lantai, terasa jantung aku direntap.
Aku call suami dan suami menenangkan aku. Ketika itu, walau sakit macam mana pun belakang aku, aku tidak peduli asalkan aku dapat peluk anak aku sekuatnya.
Anak pandang aku seolah faham aku sedang risaukan tentang dirinya. Dia tersenyum bila lihat aku menangis seolah ingin menenangkan aku dan cakap, ‘adik ok la ummi’.
Ya Allah, saat itu aku katakan didalam hati, jika ada nyawa yang perlu diambil, biarlah nyawaku bukan anakku.
Walaupun anakku tiada apa2, tapi sampai ke sekarang, aku rasa bersalah yang amat sangat kerana cuai. Selepas ni, biarlah orang cakap aku over reacted, asalkan anak aku dalam lingkungan yang selamat.
Kini aku tahu bagaimana perasaan ibubapa yang hilang anak. Seperti nyawa sudah hilang dari badan. Semoga ibubapa yang kehilangan anak, dikurniakan kekuatan dari Allah. Aamiin aamiin aamiin.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit