Allah Sangat Baik Pada HambaNya

16 September 2018 | sabtu

Hari ini macam hari semalam yang sama juga seperti kelmarin, sama juga seperti hari hari yang lepas sepanjang seminggu ini aku sia-siakan. Mingu ini minggu study week jadi semua roommate aku balik ke kampung halaman. Aku seorang didalam bilik terperap, menghabis masa dengan perkara yang tidak mendatang kebaikan kepada aku. Habis satu episode drama korea itu aku sambung dengan episode seterusnya. Habis drama yang itu aku sambung dengan drama yang lain. Sampai tiada episode terbaru yang telah ditayangkan. Aku bosan, berulang—membuka whatsapp tapi tiada keinginan mahu chat sesiapa, aku berasa chat dengan manusia sesuatu yang berat. Lalu ku buka Instagram, like gambar kawan dan buka explore. Kadang terhibur dengan post lawak, kadang tersenyum melihat gelagat artis korea yang aku minati. Kadang aku melihat preview untuk episode baru drama yang sedang aku ikuti. Sudah bosan aku scroll Instagram aku buka pula twitter. Scroll lagi sehingga aku jumpa tweet terakhir aku baca sebelum aku buat keputusan untuk keluar dari twitter. Aktiviti sia-sia ini berlaku selama berjam-jam—seharian itu sahaja aktiviti aku. Aku bosan tapi aku tetap dengan kitaran yang sama. Aku rasa kosong. Aku tahu aku perlu ulangkaji untuk final exam tapi aku tak mula untuk ulangkaji dan buat nota. Gila kan. Ya aku pun rasa seperti orang gila. Solat aku selalu dihujung waktu. Subuh selalu ditinggal. Aku selalu rasa masa tidak mencukupi. Aku tahu ust aku dah pesan, jika kita beri masa yang kita ada untuk Allah, Allah akan beri kita masa untuk urus diri kita. Sebab itu aku rasa aku selalu tiada masa. Masa aku habis dengan sia-sia.

Setiap hari aku persoal diri sendiri bila aku mahu berubah tapi biasanya soalan itu terbiar sepi. Kerana aku akan leka kembali dengan perkara sia-sia tadi. Sehinggalah maghrib tadi. Aku qada’ kembali subuh aku pagi tadi yang aku tinggal. Aku buat keputusan untuk mengerjakan solat taubat yang dah lama aku tak buat. Tapi aku pelik. Aku tak rasa apa-apa. Aku sedih sebab aku tak rasa apa-apa. Aku takut Allah tinggalkan aku sebab bila aku solat taubat yang dua rakaat itu pun aku lupa aku dah rakaat ke berapa. Aku tak boleh khusyuk dalam solat. Aku tak boleh hayati yang solat aku kerjakan itu adalah untuk Allah. Aku berdiri membaca al fatihah tapi fikiran aku melayang. Aku cuba baca alfatihah dengan hayati maknanya sekali supaya aku boleh fokus, aku cuba juga bila ruku’ dan sujud. Setakat makna yang aku ingat, aku cuba. Aku cuba hadirkan rasa bersalah aku pada Allah sebab aku samba lewa ja dengan solat aku. Aku nak aku menangis masa minta maaf dengan Allah. Aku nak rasa yang aku sebenarnya dekat dengan Allah. Aku taknak Allah tinggalkan aku. Tiap kali aku fikir yang Allah biarkan aku dalam sia-sia sebab Allah nak tinggalkan aku, aku sebak gila weh, aku boleh lagi bila orang tinggalkan aku walaupun mulanya aku memang akan sedih tapi aku tak boleh weh bila fikir Allah dah taknak aku. Siapa lagi yang akan tolong aku, dengar aku bila aku rasa takde siapa ada dengan aku? Bila aku rasa takde siapa yang boleh faham aku, aku tahu aku cuma ada pilihan untuk berpaut pada Allah. Kalau Allah dah buang aku, aku nak pergi mana lagi? Tiada tempat layak untuk aku pergi. Aku sedih. Sedih sangat-sangat. Aku perlukan Allah dalam hidup aku. Aku taknak Allah jauhkan diri aku dengan dia, aku tak kuat.

Selesai taubat dua rakaat, aku bangun untuk ambil quran di atas meja. Entah berapa hari sudah aku tinggalkan aku pun tak kira. Aku mula dengan bacaan surah Waqiah. Dengan niat moga Allah bantu aku, bantu aku untuk tidak jauh dari dia, bantu aku sebab aku rasa aku takde duit dah tinggal RM20 je dalam bank. Dekat purse aku ada duit syiling ja. Oh ya, bila aku minta dekat Allah jangan jauhkan aku dari Dia aku mesti teringat doa aku dulu. Kalau aku jauh dari Allah, aku minta Allah tarik aku balik. Mungkin hari ini Allah tarik aku balik supaya ingat dekat Dia balik kan? Allah baik kan? Baik gila do, aku banyak dosa tapi Dia masih sayangkan aku. Aku ni ja yang bodoh balik balik masuk longkang kotor, pastu dengan kotor-kotor ni aku minta Dia terima aku. Aku malu, tapi aku boleh buat apa lagi? Aku taknak Allah tinggalkan aku. Dengan segala rahmat kasih dia bagi pada aku, aku ni siapa nak menidakkan hak Allah sebagai Tuhan? Aku bukan siapa-siapa, aku hina tapi aku masih berharap Allah pandang aku dengan kasih. Aku nak masuk syurga. Aku cuma ada Allah. Aku cuma ada Allah. Allah ja yang boleh bantu aku. Aku tahu itu.

Ayat kelapan surah Waqiah, yang bermaksud ‘yaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu’ (yang mendapat buku catatan amal mereka dari tangan kanan) — air mata aku mengalir. Aku harap aku layak untuk dapat buku catatan amal dari tangan kanan. Aku harap sangat. Walaupun aku tahu aku banyak dosa, walaupun aku malu nak meminta, aku harap aku boleh dapat. Aku harap aku masih ada kesempatan untuk dapat peluang untuk terima buku catatan aku dari tangan kanan. Aku nak pengakhiran yang baik untuk aku ya Allah.

Ayat kesebelas buat air mata aku makin deras. Bacaan aku kedengaran seperti menahan nangis mulanya sudah terhenti seketika—bertukar sedu tangis. Aku menangis, aku nak jadi antara orang-orang yang dekat dengan Allah. Aku pun nak masuk syurga. Ayat 13 kata segolongan besar dari golongan yang dahulu yang masuk syurga (golongan dahulu ini merujuk kepada seluruh umat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad) akan masuk syurga. Dan golongan kecil dari golongan kemudian (umat Nabi Muhammad iaitu kita semua) masuk syurga. Aku menangis, aku harap sangat aku tergolong dalam golongan kecil itu. Tapi kalau kira dari zaman Rasulullah sampai sekarang, kuota kecil itu dah penuh kah? Kalau begitu aku macamana? Aku pun nak masuk syurga. Sedih aku memikir, sudahlah belum tentu layak, kuota pula sudah penuh. Aku sedih.

Ayat seterusnya Allah teruskan bercerita tentang janji-janji yang Allah akan beri kepada penghuni-penghuni syurga. Sebab turunnya ayat 27-29, dulu penduduk Thaif diizinkan menguasai sebuah lembah yang subur, indah sekaligus bersarang madu oleh Rasulullah. Ketika dorang semua ni dengar tentang syurga ini serba mengagumkan, dorang pun beranganlah dapat miliki lembah yang di syurga seperti lembah yang mereka miliki itu. Maka turunlah tiga ayat tersebut yang melukiskan kehidupan disyurga. Cerita pasal buah, sungai, bidadari, perawan semua.

Sampailah dekat ayat yang ke 39-40, yang bermaksud ‘dan segolongan besar dari dahulu,13’ ,dan segolongan besar pula dari orang yang kemudian,14’. Aku pelik kenapa tengah cerita pasal syurga tiba-tiba cakap pasal golongan ini lagi walaupun dah cakap waktu awal surah. Pastu bila baca asbabun nuzul dua ayat ini, lagilah aku meleleh-leleh balik nangis. Rupanya ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum muslimin yang waktu ayat 11-14 turun, mereka berasa sedih dan cemas. Akulah yang sedih tadi bila baca segolongan kecil ja dari umat Muhammad yang boleh masuk syurga, aku terharu weh. Rasa macam kena pujuk oleh Allah. Baikkan Allah? Baik sangat weh. Maka nikmat yang mana kau dustakan? Ya Allah, aku sangat tersentuh. Maksudnya kita ada peluang weh, Allah dah janji segolongan besar, aku harap aku tergolong dalam golongan besar itu. Amin amin amin.

Allah baikkan? Aku sebenarnya rindu dengan Allah rupanya. Kosong yang aku rasa itu rupanya Allah kosongkan supaya aku cari dia balik rupanya. Baikkan Allah dengan kita?

Aku rasa aku penat nak taip lagi. Aku penat menangis sampai pening, dada aku rasa berat, nafas aku rasa pendek. Tapi aku taip juga sebab mana tahu apa yang aku tulis ini dapat bagi sesuatu dekat orang yang baca ni, mana tahu effort aku ini Allah redha dan terima untuk beratkan timbangan kanan aku nanti. Doakan lah aku. Doakan family dengan kawan-kawan aku. Doakan semoga kita semua dapat masuk syurga Allah nanti. Doakan supaya bila kita terjauh dari Allah, dia tarik kita balik. Doakan semoga kita semua sentiasa dalam jagaan Allah. Aku stop sampai sini dulu. Kepada admin, kalau awak post benda ni, tuliskan dekat kapsyen supaya bukak sekali tafsir quran surah waqiah. Oh ya, aku nak minta maaf juga kalau aku ada salah dalam tulisan aku ini. Boleh tegur aku baik-baik dekat ruangan komen. Aku sedia terima teguran berhikmah. Ada rezeki Allah izinkan nanti, aku kongsi lagi cerita.

– Amira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *