Allah Sayang Aku

Luahan ini boleh di ambil iktibar untuk semua pihak. Ya, aku budak naif. Budak kampung yang boleh dikatakan culture shock bila aku mula bekerja di KL.

Tapi, not really culture shock sebab aku bukan terikut kawan-kawan yang clubbing, pakaian terdedah or what so ever orang bandar selalu buat.

Aku teruskan kisah aku. Jadikan iktibar. Ambil dari sudut positive

Aku Julia. Aku ke kuala lumpur (KL) pada usia 19/20 tahun untuk berkerja. Aku tinggal bersama keluarga kakak aku.

Aku cuma gadis kampung. Naif. Jiwa remaja macam-macam imaginasi positive dan negetive. Tapi aku bisa abaikan.

Aku tidak pernah bercinta, tidak pernah berkawan serius kerana aku sangat rendah diri dengan Size badan aku. Aku tidaklah obesiti. Dengan ketinggian 161cm, 60kg. Aku rasa rendah diri dan sedar keadaan diri.

Aku bermula dengan kerja kilang di Keramat. Biasalah kalau kita ada minat pada mana mana lelaki. Tapi aku cuma curi curi pandang sahaja sebab aku malu.

Pernah terfikir untuk berkawan tapi aku malu dan rasa tidak sesuai untuk berkawan. Otak aku berfikir, apa aku nak pakai nanti jika dia ajak keluar aka dating.

Aku bertudung. Pakaian aku cuma baju kurung & seluar tract & Tshirt. Selipar or sandal sahaja yang aku pakai. Aku rasa malu. So, aku cuma pandang dari jauh.

Disebabkan aku memang seorang yang rendah diri, aku tidak ramai kawan. Sejak bersekolah, aku cuma ada 2 3 orang sahaja kawan baik. Sebab aku tidak pandai bergaul dalam kumpulan besar.

Disebabkan ini juga, aku tidak ramai kawan di KL. Aku cuma ada 2 orang kawan baik di kilang.

Dalam tempoh aku berkerja, aku mengambil lesen kenderaan untuk kemudahan aku untuk bergerak. Aku berdaftar dengan satu kelas memandu di Keramat juga. Aku di jemput oleh owner kelas memandu untuk proses mendaftar. Abang Rizan nama dia. Good looking.

Sebenarnya aku mudah tertarik pada lelaki berumur. Then, aku di kenalkan pada driving instructor lain kerana jadual abang Rizan penuh.

So aku just ok.

Di sini bermula lah detik dalam hidup aku.

Instructor baru itu aku kenalkan sebagai abang C. Berstatus suami orang. Rupa tiada. Berduit, jauh sekali kerana dia just makan gaji. Tiada kenderaan sendiri. Tapi, dia sangat ngam dengan jiwa aku. Boleh kata aku sekepala dengan dia.

Aku mula rapat dan rapat dengan dia. Aku jenis bila dah ngam dengan orang tu, dia lah dunia aku. Aku dah mula belajar menipu kakak aku.

Aku ponteng kerja untuk kali pertama. Aku bekerja shift malam. Tapi sebenarnya aku lepak di office abang C. Honestly memang aku sayang dia.

Aku sudah tidak hiraukan status suami orang, tidak berduit. Mata aku gelap dengan cinta pada aku tapi maybe nafsu pada dia. Pada malam aku ponteng kerja, malam itu lah aku hilang segalanya.

Aku buta dengan nafsu. Aku buta. Macam macam helah aku kaburkan mata kakak & abang ipar aku.

Aku berpindah ke rumah baru yang disewa bilik. Aku bertukar keje ke bidang hotel.

Walaupun orang orang di hotel sangat open minded, aku tidak terikut dengan mereka sebab aku ada abang C dan aku tidak boleh ngam dengan kepala mereka. Aku masih hidup dengan angan aku bersama abang.

Honestly, aku sayang dia teramat. Aku hidup seperti suami isteri. Walaupun housemate aku pernah berkata aku bebas dalam rumah tu, tapi aku tak pernah bawa abang ke bilik.

Aku bukan kaki tido hotel. Aku sanggup cuma bermalam di dalam kereta Or office abang. Aku sanggup as long aku dengan dia.

Nak di jadikan cerita, housemate aku bergaduh dengan suami dia sehingga naik kaki tangan. Housemate aku terpaksa cerita perkara sebenar kerana aku terjaga dari tidur semasa mereka bergaduh.

Aku temanakan dia ke balai polis ampang untuk report dan dia ceritakan, sebenarnya lelaki itu cuma boyfriend sahaja.

Aku terdiam. 2nd housemate, kakak 1st housemate juga membawa geng geng negro ke rumah untuk lepak.

Hah… Mulai hari itu, aku mula bawa abang ke bilik. Boleh dikatakan kerap. Sehingga aku pernah masak makan bersama berkali. Pakaian abang memang di tinggalkan di bilik aku. Tujuan, senang abang tak perlu bawa pakaian dia bila bermalam dengan aku.

Rupanya, lagak aku di perhatikan orang di apartment itu. Aku pernah dapat surat layang di bakul motosikal. Surat tu menyatakan untuk aku berhenti aktiviti aku. Aku sudah lupa kandungan surat tu sebenarnya. Tapi, aku abaikan.

Biasa lah, pergaduhan mesti ada.. Aku cuba dapatkan perhati. Dia. Aku minum ubat batuk sebotong. Aku lepak di tepi bangunan gelap. Cuma nak 100% perhatian dia.

Aku kecewa dan sakit hati sebab dia lebihkan perempuan lain. Mesti pelik kan, perempuan lain ni isteri dia ke? Bukan. Itu awek dia! Aku tidak tahu apa aku pandang dia sangat. Cuma sebab aku rasa aku sangat 1 kepala dengan dia, aku terima dia seadanya.

Dia tiada rupa dan tidak berharta. Dia berumur 23 tahun tua dari aku. Dia beristeri. Anaknya ada yang sebaya aku. Dia ada sorang skandal yang belajar di upsi, D nama dia.

Hidup macam aku. Hidup bebas macam isteri tapi terselindung dengan gaya naif. TAPI, mata aku buta dalam cinta aku. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Sepenuh hati aku.

Mungkin pada dia, aku cuma tempat lepaskan nafsu dia. Tak kan dia nak tolak jika dia boleh dapat anak dara.

Tapi aku buta mata, buta kan hati, butakan minda. Tahap cinta aku, aku cakapkan pada dia aku sanggup jika cuma menjadi isteri dia untuk 3 hari. Aku tak kisah janji aku bergelar isteri dia. Aku cakap aku teringin. Nak ada anak dengan dia. Macam-macam aku berangan.

Suatu hari, hati aku was-was. Terdetik mungkin aku mengandung. Period aku memang tidak tetap dan aku bukan jenis yang taking care pasal body aku.

Tapi, that day, instinct aku cakap macam aku mengandung. Aku ke farmasi mencari urine test. Hahhh… Double line!! Aku memang tak guna safety apa apa waktu bersama.

Aku terduduk. Memang aku nak anak dengan dia, tapi bukan keadaan macam ni. Kahwin? Not now in rushing time. Aku ajak dia gugurkan, tapi dia TAK ADA Duit. Aku sanggup keluarkan duit. Aku dah ke klinik di setapak.

Doc dah beri harga, aku dah memang nak gugurkan tapi hati takut. Aku lengah-lengahkan, kandungan mencecah 4 bulan semasa scan. Doc cakap, kena cepat untuk gugurkan, sebab bahaya.

At the end, tak jadi gugur sebab aku pun takut sebenarnya. Tapi hati aku tersentak dan terasa dia dengan mudahnya decide untuk serahkan anak aku pada pasangan Indonesia yang tiada anak.

Pujuknya, semua kos ditanggung dah pasangan itu akan uruskan semua. Tapi, NO. Aku tak setuju sebab itu nak aku.

Aku nekad untuk tinggalkan keluarga aku di kampung. Aku tak mahu malukan mereka. Aku pulang ke kampung pada raya puasa.

Hati aku sudah tetap, itu pertemuan aku yang terakhir dengan keluarga aku. Tidak siapa tahu perancangan aku. Aku merencana sendiri. Aku nekad, aku akan hidup sendiri dengan anak aku.

Hati seorang emak, emak aku dapat detect perut aku. Aku di tahan di rumah. Handphone & purse aku dirampas. Aku tetap diterima walaupun aku dah buat onar.

Mak aku tebalkan muka. Uruskan urusan aku. Aku hampir hilang nyawa waktu melahirkan. 2 pain darah di masukkan selepas pembedahan mengejut.

Anak aku lahir masa kandungan 7 bulan. Aku sangka aku akan kehilangan anak aku. Jam 3 pagi, aku tumpah darah. Berketul ketul darah membuak.

Aku dikejarkan ke hospital dengan ambulan. Di hospital, sekali lagi darah memancut keluar. Aku di sorong ke operation room. Aku cuma sedar 2 jam kemudian.

Anak aku di NICU. Aku berumah di hospital sehingga raya haji. Aku beraya di hospital. Tujuan, aku dapat elakkan tetamu di hari raya. Dan aku juga dapat bersama anak aku.

Aku di turkan pertemuan dengan JKM oleh pihak hospital. Untuk urusan anak angkat dan kaunseling. Aku tidak tahu sehingga aku dibawa jumpa mereka.

Setelah di terangkan. Tiada rasa malu dengan keadaan aku lahirkan tanpa bapa. Aku tetap dengan pendirian. Anak aku. Aku akan jaga. Orang nak anak angkat, beranak sendiri. JKM cuma menurut dan emak menerima tanggungjawab untuk aku dan anak aku.

Ya, memang kawan abang pernah nasihatkan aku dari hati ke hati semasa aku menunggu abang. Dia cakap, tinggalkan abang. Umur aku sangat muda. Jangan hancurkan hidup.

Abang Ayom, terima kasih nasihat abang Ayom tapi aku tak mampu untuk berpatah balik. Aku dah hanyut jauh dengan abang C.

Kini, 13 tahun telah berlalu. Aku telah bersuami selepas setahun aku melahirkan. Dia dan keluarganya terima aku seadanya.

Aku kini mempunyai 4 orang anak. Allah kirimkan suami aku untuk menjaga aku dan anak aku. Aku berdoa pada Allah, aku tak akan berkahwin. Tapi jika jodoh aku bersama bekas penangih or pencuri…

Aku terima seadanya asalkan dia memang sudah tinggalkan dunia dia. Pada aku, sekali kita buat silap, kita tidak akan ulang semula.

Ya, suami aku bekas penagih di kampung tapi itu dulu. Dia pernah sakit nazak dan sihat kembali. Aku yakin Tuhan dengar doa aku. Dan aku yakin dengan diri dia.

Alhamdulillah, aku bahagia.

Kepada orang di luar sana, jika anda berhadapan dengan situasi remaja melahirkan anak tidak sah taraf, jangan kecam, jangan hina. Teruskan terima seadanya.

Kita bukan mendorong atau menggalakkan, tapi kita membimbing neraka pulang ke jalan yang benar. Mungkin ada remaja yang sama macam aku, aku tidak liar. Aku tidak bergaul bebas dengan ramai lelaki. Tapi aku hanyut dalam cinta buta aku.

Kepada remaja dia luar sana, bangkitlah dari kesilapan. Andai ditakdirkan anda bertemu jodoh, sayang dan setialah dengan pasangan.

Bukan senang orang nak terima kita yang pernah rosak. Ada anak tidak berbapa. Kita tahu diri kita. Aku tahu diri aku. Aku hanyut dalam cinta yang palsu.

Buat suamiku, terima kasih untuk segalanya.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *