Allah Sayang Aku Ke?

Hai, assalamualaikum. Saya sebenarnya tertanya tanya kenapa saya diuji seperti ini. Banyak gila ujian!!

1. Saya ada banyak penyakit dan itu agak memalukan kerana rakan rakan saya dan keluarga saya juga sudah tahu tentang penyakit ini.

Jujur kalau boleh saya nak mati je, haha. Mata saya berair je bila nampak orang bahagia dan boleh bergaul dengan banyak orang.

Penyakit pertama yang saya dapat pada tahun 2017 (form 1) penyakit kedua dan ketiga tahun 2019 (form 3) dan itu berlanjutan sehingga ke hari ini 2022.

Kalau boleh kan, saya nak hidup tenang dan boleh jadi macam orang lain. Berat gila ujian ni sampai saya dah penat nak hidup.

Semua benda saya tak dapat buat sebab keyakinan diri tu dah hilang. Saya sangat malu nak cari kerja dan bergaul dengan orang.

Saya sampai depression tauu . Saya jarang gila sekolah masa tu sebab dah malu gila dan berkurung dalam bilik. Saya jadi seorang yang sangat pemarah dan tidak boleh ditegurr.

Saya ingat lagi masa saya ikut kakak saya berubat (dia kena buatan orang). Ustaz tu cakap kat saya. Saya akan mendapatkan penyakit yang susah gila nak hilang dan boleh membuatkan saya gila. Masa tu saya nangis gilaa

Tapi saya sekarang dah tak percaya sebab kita taktau masa depan kitaa. Insyaallah tak akan berlaku, Aamiin.

2. Didunia percintaan.

Saya bersyukur gila dapat pengalaman bercinta. Saya sangat salute dengan seorang lelaki yang sangat setia walaupun dah tau penyakit saya. Berjumpa pada tahun 2017.

Tapi sekarang dah lain yaa jodoh saya dah tak tahan lama haha. Bila nampak orang bercinta, saya jealous gila.

Ujian ni takla seberapa sebab dah malas dah nak bercinta kalau boleh taknak kawin sampai tua

3. Persahabatan.

Mesti korang ada kawan yang toxic tapi still layan kau baik baik. Aik macam mana tu.

Dia jenis suka buruk burukkan kau kat lelaki tapi bila kau ada masalah, dia terpaksa nak dengar masalah kau dan pandai pujuk kau.

Semua kawan aku macam ni haha termasuklah cousin aku dari kecil.

Aku sedih gila bila dorang layan aku secara terpaksa. Saya jenis setia kawan dan alhamdulillah tak pernah buruk burukan dorang walaupun hati ni dah banyak kali terasa kat dorang.

Kau bayangkan, kau dah baik gila tapi still diburuk burukkan.

(INI AKU YANG DULU)

ALLAH SAYANG AKU KE ?

(AKU YANG SEKARANG)

Ya dia sayang aku.

Walaupun aku rasa macam nak mati cepat, aku masih ada kelebihan.

(AKU NAK NANGISS )

1. Alhamdulillah family aku baik gila sampai keperluan aku tak pernah putus. Mak Ayah aku sayang gila kat aku. Adik beradik aku selalu ada dengan aku . Walaupun aku sekarang dah 18 tahun, aku masih ditanggung.

Aku selalu pikir tentang penyakit aku dan bila aku google penyakit penyakit yang ada kat dunia ni, Ya Allah lagi banyak orang yang lebih menderita daripada aku.

Aku cuma pikir tentang diri sendiri dan tak pikir perasaan orang lain.

Aku cuma perlu bertahan dan bersyukur dengan ujian ni.

2. Tak bercinta ni membuatkan aku dapat dekat keluarga aku dan dijauhi daripada berzina. Ya Allah aku sangat bersyukur.

3. Aku sedar akan perbuatan orang orang jahat yang ada kat sekeliling aku yang membuatkan aku sedar bahawa hati manusia ni bermacam macam jenis.

Dan aku bersyukur dapat ujian ni sebab aku dapat tengok warna sebenar dorang dan dapat lebih berhati hati lagi dan Alhamdulillah hidup aku jadi tenang bila manusia jahat tu aku dah hindari.

4. Rupa paras.

Ya Allah aku sangat bersyukur sebab walaupun aku banyak gila penyakit, Allah masih berikan aku kelebihan dan aku sangat bersyukur mendapatkan keindahan ini.

Walaupun penyakit ni sangat sukar untuk hilang, aku masih ada harapan untuk hidup dengan adanya wajah ini dan juga mendapatkan keluarga yang baik baik.

Mesti kau tertanya tanya apa sebenarnya yang aku nak sampaikan.

Apa yang aku nak sampaikan ialah, aku dulu tak sedar bahawa setiap kekurangan pasti ada kelebihan dan sekarang aku dah nampak semua tu.

Walaupun aku ada banyak gila kekurangan, aku masih ada tangan, kaki, hidung, mata dan sebagainya dan itu membuatkan aku bersyukur.

Aku selalu pikir ujian aku tetapi masih banyak lagi ujian yang lagi beratt.

Bila ada masalah nangis saja dan lepaskan dengan teriakk sekencang kencangnya. Kita jalani sajalah ujian ni bestii

Allah sangat sayang pada aku tanpa ujian ni, mungkin aku seorang manusia yang lupa keluarga, terlebih pergaulan, berzina dan lain lain.

Yang penting keluarga nombor satu <3.

Dan kepada yang sedang baca ni, Aku harap kau jaga kesihatan dan jangan sampai jadi macam aku (ada banyak penyakit) Dan sentiasa lah bersyukur !!

– Seorang perempuan yang mempunyai banyak masalah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *