Assalamualaikum. Nama aku Calendula.
Tiba-tiba rasa nak hantar confession lepas baca confession yang terasa hati dengan Allah tu, (https://iiumc.com/berkecil-hati-dengan-allah/).
Maaf kalau ada yang terasa hati dengan penulisan aku dan semoga dipermudahkan urusan anda semua.
Sebenarnya banyak nikmat Allah bagi dekat kita berbanding apa yang kita tak dapat. Kita selalu ingat yang rezeki kita sempit dan merasakan rezeki itu hanya duit.
Rezeki bukan hanya duit. Masih bernafas itu rezeki. Tenang itu rezeki. Kerja itu rezeki. Dapat makan tu rezeki. Masih boleh buang air besar dan air kecil tu rezeki.
Suami yang baik rezeki. Anak itu rezeki. Kaki tangan kita pun rezeki. Sihat itu rezeki.
Baikkan Allah? Kalau ditulis mungkin esok pun tak habis.
Fitrah hidup ini tak semua kita nak kita boleh dapat. Kita manusia melihat sesuatu dengan pengetahuan terhad. Sedangkan Allah mengetahui segalanya.
Kita merengek. Mengadu pada Allah nak duit banyak nak kaya. Kecewa tak dapat lalu kita bersangka buruk pada Allah. Padahal ada sebab Allah tak bagi lagi.
Kenapa aku gunakan ayat tak bagi lagi? Sebab doa itu makbul selagi mana kita tidak meminta sesuatu yang haram.
Allah makbulkan doa kita dengan tiga cara:
1. Dimakbul sesuai dengan permintaan kita
2. Dimakbul dengan cara lain. Contoh kita minta kaya tapi Allah gantikan dengan nikmat kesihatan; dan
3. Disimpan sebagai ganjaran di akhirat. Inilah yang paling baik.
Redha dan bersyukurlah dengan Allah. Allah itu Maha Baik. Dia sayangkan kita lebih dari sesiapapun didunia ini. Allah tak akan menginginkan keburukan untuk kita. Setiap takdir Allah itu baik.
Tapi kita manusia yang selalu menerimanya sebagai sesuatu yang buruk. Kita rasa Allah tak sayang kita. Kita bandingkan hidup kita dengan orang lain. Padahal kita tak tahu apa masalah dan beban orang tu.
Nabi pesan lihat orang yang dibawah kita, bukan yang diatas.
Kalau kita merasakan doa kita belum dimakbulkan, teruskan berdoa.
Sebenarnya, kita dapat berdoa tu pun dari Allah. Allah yang mendetikkan hati kita nak berdoa. Bahkan kita berdoa sebab Allah nak makbulkan la tu. Boleh tengok ceramah Habib Zainal Abidin.
Jangan ada sifat tergesa-gesa dalam berdoa. Teruskan. Allah akan makbulkan selagi mana kita memerlukan doa yang kita minta tu.
Aku bagi contoh pengalaman aku. Dulu aku pernah tengok post Aurora Borealis dekat Facebook. Lepas tu aku berdoa “Ya Allah, kurniakan aku rezeki untuk pergi Europe dan tengok Aurora.”
Aku tak dapat terus pergi tengok Aurora esoknya. 3 tahun lepas tu baru dapat pergi tengok mengikut perancangan dan takdir Allah.
Contoh kedua, aku doa naik gaji paling kurang RM5,000. Aku tak dapat terus esok naik gaji RM5,000. Setahun lepas tu baru gaji aku naik RM5,800. Alhamdulillah.
Kalau masih rasa Allah tak makbulkan doa kita, ingat balik apa yang Allah dah makbulkan sebelum ni (barangkali kita dah lupa). Recall balik berapa puluh ribu masalah yang Allah dah selesaikan dalam hidup kita.
Kenapa dengan sebab dengan satu doa/masalah yang belum selesai kita berputus asa dengan rahmat Allah.
Akhir kata, bersyukur dan bersangka baiklah dengan Allah. Redha dengan apa yang Allah kurniakan.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu…”
Assalamualaikum. Terima kasih sudi membaca sehingga habis.
– Calendula (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit