Allah Sebaik Perancang

Sebelum aku mula cerita, let me start with some introduction of myself. Umur aku awal 30-an, telah 6 tahun berkahwin, and blessed with a son and Alhamdulillah a good husband. Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Cerita ni berlaku masa aku zaman single dulu. Zaman-zaman belajar di U, zaman kulit muka tak sekata, jerawat tumbuh sesuka hati, zaman berbracer (description ni tiada kaitan dengan cerita. saje je nak bagitahu). Waktu ni, aku ada seorang boyfriend (aku gelarkan dia M), yang kitorang kenal dan berkawan sejak Tingkatan 3. Kami sekelas sejak sekolah rendah, dan tetap berkawan bila aku masuk asrama time sekolah menengah. Apetah lagi rumah parents masing-masing dalam satu kawasan. Time belajar memang tak beberapa seriuslah kami bercinta. Tapi memang dah jatuh kategori bercinta. (Kalau yang belum aqil baligh baca cerita aku ni, ni kakak nak bagitahu yang bercinta-bercouple sebelum kahwin ni adalah salah. Jangan tiru). Mak bapak aku tahu, mak bapak dia pun tahu yang kami berkawan. Tapi, mak dia tak suka aku. Tak suka sebab aku dulu time sekolah mcm jantan sikit. Dengan hitam legamnya sebab aktif dalam sukan, pergi sekolah naik basikal, dengan aku memang tak ramai kawan perempuan, so aku tak tau kewujudan Fair & Lovely. Selain dia kata aku ni kasar, pemalas, kurang ajar, dan semualah benda negatif yang ada time tu. (some of these are not right, aku tak pernah jumpa mak dia face to face pon. mana dia tahu pasal aku, aku pon tak tahu). Tapi aku dengan M tetap berkawan and eventually our relationship getting more serious, and of course, tougher.

Selepas masing-masing tamat Ijazah pertama, si M ni posting di Kepulauan Borneo. Dia doktor. Aku pulak, since kos aku 3 tahun je, aku sambung Master. Camtulah konon-kononnya perancangan kitorang. Lepas dia habis belajar, aku habis Master, kitorang plan nak kahwin. Gituuuuhhhhhh… Little did I know, lepas dia dah kerja tu, and aku ada lagi 2-3 semester lagi nak habis, dia ada perempuan lain kat sana. Walaupun time tu aku bukan bini dia pon, tapi sebenarnya perempuan ni kalau pasangan dia buat perangai, u can tell. So, waktu tu aku pon redhalah si M ni ada perempuan lain. Alasan yang diberi adalah, his mom will never approve me. So he’s not going to persuade his mom anymore and try his luck with other girl. So okay. Dipersilakan. Walaupun aku having quite a hard time to cope with this, aku jalani hidup aku macam biasa, trying hard to complete my Master. Time tu memang teruk jugaklah aku sampai kena ambik ubat tidur untuk tidur. Tapi untuk merayu-rayu kat dia untuk balik semula kat aku, memang bukan prinsip akulah.

So time aku dah ala-ala nak move on, which aku rasa ambik masa almost setahun jugak, suddenly si M ni yang aku dengar months before dah break up with the girl, contact aku semula. He said he was sorry and he wanted me back. Cliche much? Yes. Aku pon yang memang single time tu, and said: Okay. Tapi,aku suruh dia ikut syarat-syarat akulah kan, like meet my parents, say sorry to them and tell them his plan. And aku taknak lama-lama dah. Aku suruh dia masuk meminang, bla bla bla. Memang dia datang jumpa parents aku, menangis-nangis cakap dia mintak maaf tinggalkan aku dulu, and memang dia datang dengan sebentuk cincin belah rotan time tu. Aku pun surprise time ni, tapi of course happy sebab dia sedang memenuhi syarat-syarat yang aku kenakan. But my parents send him home, and suruh dia datang with his parents. Barulah proper dan beradat. He said, he will. Tapi dia perlukan masa untuk pujuk mak dia. Memang dia berterus terang dengan parents aku yang mak dia tak suka aku. Mak bapak aku sebenarnya tak bagi dah aku nak berbaik-baik semula. Yelah, dah orang tak suka kat anak dia kan, sebagai mak bapak surely they don’t feel happy about this. Tapi looking at this M’s effort, my parents pun takdelah nak keras sangat. And this M guy memang pandai ambil hati orang tua. Oh, time ni aku dah pun berjaya complete my Master. Alhamdulillah, wp halfway memang rasa give up like why am I doing this at the first place, huh? Tapi ni mungkin boleh cerita lain kali bawah tajuk: Perjalanan Masterku yang berliku. kahkahkah. Apekah siap dah fikir tajuk?

Dipendekkan cerita, sementara bagi masa dia nak pujuk mak dia ni, kitorg kembali bercinta semula secara serius. (Ok, sebenarnya aku geli betul nak taip perkataan bercinta tu. Tapi tak tahu nak ganti dengan words apa. haha) Walaupun long distance, kerap jugak dia balik semenanjung untuk berjumpa dan aku pun kerap ke tempat dia. (Lagi sekali adik-adik. This is wrong! Walaupun aku tak buat benda-benda yang tak sepatutnya, still, this is wrong!). Tapi, dia still jugak tak berjaya pujuk mak dia. Worse, kan umah parents kitorang dalam kawasan yang sama, mak dia ni dok cakap bukan-bukan pasal aku, pasal family aku. Adududududu. Bad-mouthing me is fine, but not my family, especially not my parents. Walaupun time ni memang dah serius like dia dah mula mencari rumah, aku pun dah mula nak cari kerja kat tempat dia… just suddenly in one night, semuanya berubah.

In that one particular night, lepas kitorg berborak melalui telefon konon-konon melepas rindu, not long after we ended up the phone, tiba-tiba aku rasa macam: WHAT AM I DOING? APA SEMUA NI? KENAPA I PUT ON SO MUCH EFFORT SEDANGKAN MAK DIA TAK TERIMA AKU LAGI. In fact, M tak pernah pun bawak aku pergi jumpa mak dia, untuk kenal-kenal. Wp mmg aku dengar cerita mak dia ni sangat garang, but aku rasa, kau dah besar kot. Takkan mak kau nak marah rotan-rotan kau pakai hanger ke getah paip ke. Rupanya, mak dia kata (ni aku tahu dari cerita kawan baik dia la. Tahu pun lepas aku dah kahwin) : kalau dia bawak balik aku, for whatever reason, his mom is going to disown him. Boleh eh camtu? Huhuhu. Tapi ni bukan pointnya. Point utama perenggan ni adalah pada malam yang aku maksudkan ni, memang aku rasa macam: I am going to stop all these, I am not going to fight this anymore. And just like that, the next day tu aku cakap kat mak aku, aku dah takde apa-apa dengan si M. I told my mom, we were not meant to be. Aku ignore all of his msg, phone call, ape-apelah. Nekad betul aku time tu. Only to know, exactly 1 month after kenekadan aku kengkonon melepaskan dia tu, tiba-tiba he announced his engagement di Facebook. Rupa-rupanya, dia ada perempuan lain pun all this while. Haram jad betul si M ni. So aku pun back to square one depressed balik, nangis-nangis semualah. Kau refer balik perenggan aku ambik ubat tido semua tu. Lebih kurang sakitnya. Walaupun sebenarnya aku dah tinggalkan dia dulu. But the fact that he was cheating on me tu, awhhhh it hurts, man!

Not long after his engagement, he got married. Waktu ni, aku dah bekerja, and kerja aku pulak time tu memerlukan aku travel to many places for research purposes. So my coping mechanism waktu ni was better than the first time. Walaupun kawan-kawan dah kurang, I pretty much enjoyed my work. Sampailah aku rasa aku okay untuk being single forever and not married. So, at the age of 28, i was single and enjoying my life to the max.

Sampailah one sweet day, aku dok baca ada seorang artis ni dia adopt anak angkat. Hahahah. Alah kau pun sure baca pasal gosip artis kan. Tak yah tipu! So i told my mom i want to adopt one. Mak aku punyalah terkejut habis aku kena marah. Dia marah bukan apa, takut memang aku dah tak nak kahwin like betul-betul tutup pintu hati camtu. Sedangkan, aku cuma rasa selesa je dengan keadaan waktu tu. Hehe seriuslah, rumah aku dah ada sebijik walaupun tak besar, boring pulak duduk sorang-sorang. Dahlah aku tak minat nak bela kucing ke ikan laga ke hamster ke. And memang aku suka budak. So that was my decision. Mungkin makbulnya doa seorang mak, hari aku nak pergi JKM nak tanya prosedur dan sebagainya, hari tu aku ambik cuti, but still had to go to my office. Settle kerja, aku rushing to JKM la kan sbb aku dah set appointment nak jumpa officer kat situ, sekali time nak reverse kereta, aku terlanggar kereta kelisa siapa tah matilanak! Keluarlah seorang lelaki yang hensem dari kereta kelisa tu, and tenang je. Rilek je dia wp kereta dia kena langgar oleh aku. He knew i was rushing, so he said: Kita settle lepas awak dah selesai. So we exchanged numbers, and off we went.

Malam tu, laki hensem tadi telefon aku. Wp sepatutnya aku yang call la kan, sebab aku yang langgar. Tapi aku tak cuak pun time dia call, instead, aku rasa bahagia. Kahkahkah geli siot. Dia kata, dia tak kesah pun pasal kereta tu, dia cuma nak tahu, aku okay ke lepas insiden tu. Kotlah masih terkejut ke, luka ke lebam ke. Eh sweet pulak kau ni apahal. Ni aku kata dalam hati je lah. Sekali boleh pulak kitorang dok berborak sampai ke benda2 lain selain pasal insiden tu. Aku pujilah kelakian lelaki hensem ni. Berani dan mungkin jugak dah jodoh. Allah buka hati dan permudahkan semuanya. Again, aku percaya ni berkat doa mak bapak aku jugak ni. A week after, he asked me out (urusan kereta dah selesai. He claimed nothing). 2 weeks after the outing, he met my parents & the next day bawak aku pi jumpa parents dia. Sebulan kemudian, mak dia telefon mak aku, merisik through phone. 2 months after, we got engaged. 6 months after we got married. 1 year after, we had a baby boy.

And my ex, baru-baru ni aku dengar dia dah cerai dengan wife dia. Atas masalah apa aku tak tahu. Isteri dia (now ex) dengarnya tak beberapa ngam dengan mak dia jugak, sampailah mak dia pernah cakap: kalaulah mak kasi kau kawin dengan Paris Hilton (aku), mesti tak jadi camni. Mak dengar sekarang si Paris tu makin cantik, cerah berseri, sopan santun, lemah gemalai. Aishhh menyesal mak! (Ok, aku tambah part makin cantik…sampai menyesal tu. hehehehehe) Alalalala makcik, jangan cemtuh. Mak mertua aku baik sangatttt Alhamdulillah. Mana aku tahu cerita ni? Through jiran mak aku, yg satu kelas mengaji dengan mak si M ni. Ex aku pon ada jugak contact2 aku kat FB lately ni, cuma korang jangan risau. Aku isteri solehah insya Allah. Layan laki aku jehhh, laki lain aku tak pandang. Kan dah kata laki aku hensem. (Eh, biarlah nak puji laki sendiri)

Dah, panjang pulak cerita aku. Nak bagitahu, kita merancang, Allah jua merancang. Maka perancangan siapakah yang lebih baik? Kalau memang bukan berjodoh, berapa belas tahun berkawan pun, kau tetap tak bersama. Tapi, kalau dah jumpa yang betul-betul, eh, tetiba kau dah jadi mak. Gituuuuuu nak cerita.
So bersangka baiklah kepada Allah walaupun mungkin sekarang ni kita rasa mcm kenapa, kenapa, kenapa. InsyaAllah, yang terbaik tu Allah akan reveal. Perjalanan aku masih jauh, masih banyak nak kena tempuh. Tapi pengalaman yang sedikit tapi mendidik ni, aku akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih Ya Allah, kerana perancanganMu yang indah ini. Dan aku rasa, yang satu malam tetiba aku rasa nak back-off tu, mesti berkat doa daripada mak bapak aku. Kalau ada yang nak aku tulis pengalaman time ‘sakit’ dicurangi dan how i get through it, boleh cakap kat komen. InsyaAllah aku boleh share. Tujuan aku satu je, supaya kalau ada antara korang yg tgh mengalami, dan rasa macam2 suara jahat suruh buat bukan-bukan.. korang tahu how to face it. InsyaAllah dengan bantuan dan izinNya jua.

Dan lagi satu hikmah dan betapa baiknya perancangan Allah, kan aku cakap si M ni tak pernah bawak aku jumpa parents dia kan? Just imagine, kalaulah dia bawak aku jumpa mak bapak dia, dahla rumah parents kitorang taklah jauh mana, pastu tak jadi pulak aku dengan si M ni, kotlah sekarang ni jumpa kat mana-mana.. eh mesti aku malukan. Begitulah. Syukur ya Allah..

Dah, tu je cerita aku. Gi sambung buat kerja.

Nota kaki: aku tak jadi amik anak angkat sebab proses dia lagi panjang dari proses aku nak kahwin tu. Aku dah kahwin pun, still tak settle2 proses ambik anak angkat. Dan sekarang aku tengah mengandung anak kedua and going to pop out soon! Doakan yang baik-baik.

Sekian.

Paris Hilton ke?

– Paris Hilton

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit