Allah Sedang Menjagaku

Assalamualaikum.. trima kasih sekiranya confession ni disiarkan. Dan kalau tak, admin baca je lah haha;-) saya tak berapa pandai nak karang ayat, so maaf la andai tak faham ke ape.

Dah baca tajuk kan? Tajuk tu berkenaan hidup saya of course, mengenai perasaan hati. Saya berumur 24. Alkisahnya bermula apabila ada kawan yang mula nak menjodohkan saya dengan kawan baiknya. Jadi orang tengah la kononnya. Saya ni dikatakan jenis yang tidak mudah percaya lelaki, dan tekad tak nak bercouple bagai sehingga tamat belajar. Atas pujukan kawan sy tu, sy mula mmpertimbangkan hal itu. Sblum knal, sy buat istikarah sbb sy betul2 buntu (kelakar kan buat istikarah sebab ni), sbb sy taknak terjebak dengan cinta yang sia2.

Hasil istikarah saya? Sy lgsg xdpt ape ptunjuk melalui mimpi, tp sy dpt melalui cara lain. Dipendekkan cerita, kami berkawan rapat kemudiannya dan hanya berjumpa setahun selepas berkenalan sebab saya balik malaysia setahun sekali sehaja. Hati perempuan manakah yang tidak terusik apabila ada lelaki yang datang approach, ambil tahu semua pasal keadaan kita, hari2 bertanya kabar. Hati mana? Perasaan syg tu sudah muncul tanpa sedar. Endingnya,, kami baru clash sebab dia terjatuh hati kat perempuan tempat kerja dia. Hahahaj. Meroyan wei jugak.

Cuma apa yang nak cerita kat sini
1)ALLAH SAYANG SAYA
Sebab Allah jauhkan dia dari saya. Allah jawab doa saya, sy doa nak jodoh yang baik2, dan ternyata dia bukan jodoh saya. Cuma sy agak terkilan, sebab saya gagal jaga hati saya untuk dia yg Allah tetapkan untuk sy, bakal suami saya nanti. In sha Allah lepas ni jaga baik2.

2) DOA IBU MAKBUL
dari awal perkenalan lagi, ibu saya tak berkenan dengan si dia kerana faktor jarak jauh. Ibu kalau boleh nak anak2nya tinggal berdekatan, especially saya yang sudah tentunya anak bongsu. Atas perasaan kasih dan sayang ibu, ibu benarkan jua sebab ibu mana yang tak nak anak dia happy kan? Tapi, sambil benarkan pun, ibu selalu doa kat saya ketika kami ber facetime, “moga su (nama panggilan) berjumpa jodoh dengan yang lain”. Ibu berdoa sambil bergurau, tp tahu dalam gurauan dia terselit sebuah harapan. Harapan saya berjumpa jodoh yang lagi baik. SETIAP kli facetime ibu kata bnda yg sama. Doa ibu kan direct dengan Allah. Sy ni bergurau la jugak dengan ibu “ibuuu, jgn doakan yg mcm tu”. Jadi kt sini kesimpulannya, jaga hati ibu bapa kita baik2. Selalu mintak ibu bapa doakan kita, selalu minta ampun salah kita, sebab doa mereka sangat2 Allah makbulkan. Terima kasih ibu ayah sebab selalu doakan saya.

3) Hubungan JARAK JAUH
Saya amat bersyukur sebab saya dan dia berada jauh, antara dua benua. Allah jaga kami dari melakukan hal2 dating or berjumpa. Dua kali berjumpa, tu pun sekadar bertemu muka. Tapi, memang tak dinafikan LDR ni byk dugaan. Dugaan rindu, dugaan berubah hati. Tak pernah expect langsung dia akan berubah hati sekelip mata sebab tengok effort dia nak mendapatkan saya. (Ya Allah, i am crying while typing this).

4) belajar meMAAFKAN dan redha
Ku didik hati ini supaya bersangka baik, terima ketentuan Allah dengan hati yang lapang. Kami berpisah dengan cara yang baik, sedikit saya tak marahkan dia sebab bukan kehendak dia nak berubah hati. Allah yang memegang hati manusia, Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia. Saya maafkan dia , tapi luka ni saya tak tahu bila akan sembuh. Doakan saya kuat. Dan mungkin saya sudah phobia nak jatuh cinta lagi dlm masa terdekat.

5) NALURI seorg wanita terhadap orang dia syg
Hahaha. Mengarut, saya pun tak percaya hal ni. Tapi bila terkena baru percaya. Allah dh berapa kali jentik perasaan was2, Allah bagi mimpi. Sy nafikan sebab tak nak berprasangka buruk. Dan akhirnya dia mengaku, dia dah terjatuh sayang kt org lain. Haha. Terkadang terkeluar juga ayat utk diri sendiri “cerdik2 pun, bodoh jugak”. Belajar tinggi, tapi rasa bodoh sebab sayangkan orang yg tak tahu menghargai. Tp cepat2 istighfar, semua ni takdir Allah. Belajar redha dan terima.

6)perasaan kt manusia JANGAN melebihi cinta kt Allah
Terkadang, bila Allah rasa kita jauh, Allah jentik kita dengan ujian.. nk kembali kt DIA balik. Mungkin perasaan ni sudah melebihi cintaku terhadapNya, alhamdulillah.. ujian ni mengajar saya bahawa tiada cinta yang lagi agung selain cinta Allah. Allah tarik saya balik sebelum saya hanyut.

Setakat tu jelah kot confession saya. Sekadar luahan hati. Semoga dia berbahgia dengan dia yang baru. Doakan saya tamat pelajaran dengan jayanya dan dipertemukan jodoh dengan orang yang sesuai pada masa dan tempat yang tepat.

Anyway, selalu lah baca doa ni tiap kali selepas solat. Surah Al Furqan ayat 74. Doa utk dapat keluarga yang bahagia, jodoh yng baik2, menjadi pemimpin org2 bertaqwa.

– Cauliflower

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit