Allah Tak Pernah Meninggalkan Kita

Assalamualaikum. Hi semua. Aku menulis ni tidak tahu lah akan disiarkan atau tidak. But at least, ini sahaja medium yang aku rasa aku boleh menulis.

Actually, lama dulu aku selalu juga menulis dekat sini. Dan dulu hobi aku kalau ada waktu free memang menulis sahaja kerjanya.

Cuma sekarang skill menulis aku dah hilang. Awkward sekali ya. Aku menulis casually je la.

Anyways, aku tak ada apa nak cerita sangat pun. Kebelakangan ni rasa sunyi tu betul-betul mencengkam.

So, tahun ni dah nak masuk bulan 6. Separuh tahun ni aku rasa banyak juga drama air mata.

Aku 28 tahun. Sekarang tengah kerja dan almost dah nak habis master’s degree. Dah lepas fasa viva alhamdulillah. But it took me longer than 2 years.

Sekarang ni fikiran aku selalu sangat melayang. Tahu tak, last aku ingat umur aku 22 tahun. What happened to 23, 24, 25, 26 and 27 years old of me? Sedar-sedar dah 28 tahun.

Termenung fikir aku masih aku yang sama. Tak banyak berubah. Masih struggle kerja dalam retail area.

Tahun ke tahun tu, hari ke hari banyak aku habiskan dengan anxious. Anxious dengan master study.

Tesis tak ada progress, dilema nak quit atau nak habiskan, masalah dengan penyelia, most of the time I spent my time alone. Anxious pasal benda yang sama. Dan tiba-tiba dah 28 tahun.

Bila scroll IG pula lagilah terasa. Banyak benda yang aku dah missed out. At this age, kawan-kawan ramai dah berkeluarga dan ada kerjaya sendiri.

Nope, I don’t want to compare life aku dengan orang lain. Maksud aku, I’ve been living my life worrying sampai banyak benda aku dah terlepas.

Masa berlalu macam tu je. Sedangkan hidup kita ni singkat. We only live once, so kenapa nak hidup dalam kerisauan?

Dulu pernah baca buku The Power of Now. Tapi lama-lama dah tak apply pun untuk hidup in present tu.

A few weeks ago, aku rasa hidup aku ni berada dalam titik terendah sekali. Aku tak tahu apa yang aku nak buat.

Yang aku cuma boleh ungkapkan, adulting is hard. Susah sangat. Kenapa macam ni?

Aku duduk atas sejadah lama. Aku doa. I had a very long conversation with Allah. Aku mengamuk kenapa Allah selalu biarkan aku sorang2.

Tapi aku tak pernah ada suicidal thought, tahap aku cuma mengamuk je kenapa Allah tak ambil nyawa aku. Aku penat dah.

The sweetness of Allah ni, Dia hantarkan kawan yang baik untuk aku. I know aku tak patut bersangka buruk dengan Allah.

Tapi aku ni manusia yang mesti ada satu tahap kita akan lose hope. Seolah-olah hilang pengharapan. Lucky me aku jenis cepat sedar bila pertolongan Allah tu sampai.

Untuk orang yang loner macam aku ni, yang tak ada siapa-siapa untuk aku bercakap hari-hari, I only have Allah.

Bila fikir macam mana kalau suatu hari nanti aku hilang rasa kebergantungan kepada Allah tu? Takut sangat. Semoga Allah sentiasa letakkan kita semua di jalan yang lurus.

Tahu tak semalam, aku tak boleh tidur sebab banyak sangat fikir. Tiba-tiba pukul 3 pagi hujan turun dengan lebat.

For me, ketika hujan turun tu aku dapat rasa the existence of Allah. Aku suka hujan. Setiap kali hujan, aku dapat rasa Allah tu dekat.

Walaupun Dia memang sentiasa dekat dengan kita, tapi benda tu kita tak nampak.

Nak cakap baiknya Allah ni, Dia turunkan hujan untuk buatkan aku rasa Allah tengah pujuk aku, “You’re not alone, I’m here.”. You know, the sound of the rain? It healed me.

Kita manusia kadang memang akan rasa lose hope.

Jadi, setiap kali perasaan takut, risau, gelisah dan serabut tu datang, tukar perasaan tu jadi doa. Doa dekat Allah. Cerita apa yang kita rasa tu. Dan seterusnya berserah pada Allah.

Seriously, Allah tu Maha Mendengar. Even kita tak cerita dalam doa pun Dia dah tahu dah. Dia cuma nak kita tadah tangan berharap kepada Dia. Dia cuma nak kita ni cari Dia.

So, itu je aku nak luahkan. Walaupun banyak lagi aku nak cerita.

Oh by the way, sekarang aku tengah serius mencari jodoh. Selama ni aku tak take serius sebab aku rasa aku tak layak untuk sesiapa.

So I just want to focus on me. But, Allah make me believe that, I do deserve to get married too. Everyone deserves lah actually.

After years aku tak pernah fall in love, and tahun ni jugak la di kala aku tengah stress siapkan tesis tu aku angau. Cumanya, aku fall in love dengan kawan sendiri.

Masih one sided sebab aku takut nak approach. Please pray for me and may the dua goes back to you. Kalau tak berjaya, tengah berkira-kira cuba dating apps juga.

Anyways, itu je lah korang. Aku doakan semua orang yang tengah baca ni, kalau korang tengah struggle dan susah hati, I believe everyone does, semoga Allah tunjukkan jalan keluar.

Jangan lupa, turn your fears and worries into dua. Bye!

– QWERT (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *