Allah Tak Pernah Tinggalkan Kita

Bermula dengan keputusan yang drastik dan tekad daripada aku… Keputusan yang dibuat dengan yakin hanya kerana sokongan ibubapa aku.

Walau keputusan yang aku buat itu, akan melukakan hati dan menyusahkan rakan sekerja aku.

Tapi, kerana aku dah memang tak dapat nak teruskan, tak boleh lagi mengawal emosi aku, aku terpaksa untuk mengabaikan perasaan orang lain.

Dan ya, selepas aku dah dapat berhenti kerja di tempat tu, aku tetap rasa bersalah. Aku takdapat hilangkan rasa bersalah, rasa diri tak berguna.

Fasa itu, fasa yang paling mencabar buat diri aku. Fasa yang paling ‘down’ pernah aku alami. Aku takpasti, samada aku alami ‘depression’ ataupun burn out masatu.

Hampir sebulan sebelum tu lagi juga, masa aku masih lagi bekerja… aku memang dah rasa tak gembira walau dengan apa sahaja yang aku buat.

Sehinggakan kawan aku buatkan surprise untuk birthday aku, aku dah tak rasa apa². Aku hanya mampu mengukir senyuman palsu pada kawan aku.

Selepas sahaja aku berhenti.. 2 minggu aku hanya mampu tidur, makan, solat & baca quran. Aku seakan-akan mayat hidup.

Aku banyak habiskan masa aku hanya dengan tidur. Walau aku tak mahu pun tidur, tapi badan aku terlalu lemah untuk buat apa² pun.

Aku seolah² tak berdaya untuk buat apa² pun selain yang aku nyatakan tadi.

2 minggu duduk di rumah, tak dapat nak bantu keluarga.. Padahal masatu kakak aku nak kawin, adik aku ada kelas online.. Keluarga aku sangat memerlukan aku…

Tapi aku, masih tak berdaya untuk bangkit. Situasi ini menyebabkan aku terus rasa bersalah. Aku terus menghukum diri aku. Aku terus-terusan berasa diri aku tak berguna.

Namun, alhamdulillah atas berkat doa dan sokongan ibubapa aku… Aku berjaya bangkit..

Aku yakin ibubapa tak berhenti doakan aku. Mereka yang menyaksikan sendiri betapa aku tak bahagia dengan kehidupan aku. Betapa lemahnya aku masa tu.

Walau aku bagai mayat hidup sahaja dirumah waktu tu, ibubapa aku tak pernah sekali pun nak marahkan aku. Malah, terus berikan aku kata-kata semangat.

Aku bersyukur, Allah izinkan aku untuk bangkit semula..

Aku mula redha dengan apa yang berlaku dengan jalan hidup aku. Aku mula dapat terima kisah silam aku. Aku dapat buang rasa bersalah aku sedikit demi sedikit.

Aku mula pulih juga bila aku jumpa satu lagu ni, tajuk dia Dalil Cinta, nyanyian Rabitah & Fitri Haris. Bait-bait lirik dalam lagu tu, terasa begitu tepat dengan situasi aku waktu tu.

Lagu tu, sehingga kini.. jadi lagu favourite aku. Aku akan dengar setiap kali aku terasa nak down semula.

Alhamdulillah, aku dapat kerja baru. Allah masih pilih aku.

Walau gaji aku tak sebesar gaji sebelum ni, aku rasa bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Aku ada family yang sentiasa doakan dan support aku. Aku dah boleh terus berbakti pada ibubapa aku.

Ya, bukan mudah aku struggle untuk bangkit, tapi dengan kasih sayang Allah, tak ada perkara yang mustahil.

Aku harap cerita aku ini, sedikit sebanyak membantu siapa saja yang mungkin alami perkara yang lebih kurang sama dengan aku.

Ingat kawan².. “Allah takkan uji hambaNya dengan sesuatu diluar kemampuan kita”, “Allah uji kerana Allah sayang”.

Ukhwah fillah,

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *