Allah Takdirkan Diriku Tak Layak Bercinta & Dicintai

Aku lelaki yang cari diri sendiri ingin meluahkan rasa hatiku ketika sedang mendengar lagu “a falling love without love” walaupun dah pukul 1:00 am yang sepatutnya aku kena bangun awal untuk bekerja esok.

Betapa bosannya hidupku.

Disebabkan bosan dengan kehidupanku dan cari diriku sendiri yang belum aku jumpa.

Aku menulis cerita-ceritaku yang merasakan diriku ini dah ditakdirkan Allah untuk tak layak bercinta dan dicintai.

Kebanyakan takdir cintaku hanya menjaga hati para perempuan yang sakit. Walaupun dari 1st love aku sendiri. Aku hanya orang ketiga dalam hidup mereka.

Aku cari, berkenalan, berjumpa dan simpan kesedihan mereka dalam hatiku sehinggalah mereka pergi.

Mereka lebih menyerah diri pada predator dari orang yang menoreh dan memotong separuh hati mereka untuk mencantumkan hati mereka balik supaya pulih dari kesakitan.

Dalam hatiku hanya gelas dan kaca yang pecah ku kutip dari hati para perempuan untuk mengosongkan hati mereka yang terluka.

Bukan hati mereka sahaja aku kosongkan tapi separuh hatiku sudah ku potong dan menutup lubang yang terbuka.

Tak kira berapa kali aku couple 6 bulan atau setahun atau 2 tahun paling lama. Aku hanya orang ketiga yang memulihkan hati mereka.

Mereka sedih aku dengar.

Mereka menangis aku lapkan air mata mereka.

Mereka cerita tentang ex mereka walaupun ia kedengaran bosan seperti orang yang tak move on aku dengar.

Mereka gaduh dengan ex mereka aku dijadikan sandaran untuk tempat melepaskan marah.

Cita-cita, impian dan masa depanku tiada seorang perempuan akan dengar.

Sekarang ada perempuan baru muncul cerita benda yang sama ex dia, sakit dia dan penipuan yang dialaminya.

Adakah perempuan di dunia ini ingin mendengar apa yang aku inginkan?

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Maaf agak cringe sedikit, tergelak saya baca hahahaha.

    Mungkin you terlalu open arms kot dekat orang lain especially perempuan. So maybe you salah faham biasalah orang tengah baru break ni dia akan cari orang untuk luahkan kesedihan dia, lumrah manusia. Mungkin you ingat orang datang dekat you sebab nak approach you. Maybe lepas ni jangan cepat membuka ruang tu, cari dulu orang yang betul2 you nak.

    Kita cari pasangan bukan time terdesak tapi time ketenangan, inshaAllah jumpa yang terbaik. I doakan you jumpa orang yang boleh mengisi kekosongan hidup you.

  2. Dik, jgn gusarkan akan cinta makhluk.. cinta makhluk hnya sementara.. carilah cinta yg kekal abadi, cinta Allah yang hakiki. Apa kata, dekatkan diri pd Tuhan, ngadu segala masalah pd Tuhan, Yang Maha Mendengar.. hati akan tenang.. & mohon banyak2 agar ditemukan insan yg ikhlas utk menerima diri seadanya. Perbaiki diri, jd the very best version of you, cari jalan utk sentiasa perbaiki diri, one fine day, Allah akan dtgkan insan yg tepat, pd masa yang tepat utk anda. Percayalah…

  3. Umur berapa? Kalau over 30, jom berkenalan. Aku single. Setakat ni aku xde lagi jumpa lelaki yg ok. Tele: sheisfr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *