Allah Tarik Cahaya Wajah Orang Tak Solat

Assalamualaikum Wbt. Semoga rahmat Allah sentiasa di sisi Tuan admin dan buat seluruh pembaca yg mulia hati.

Ancaman bagi mereka yang tidak solat!!

Versi lembut :

Wahai sekalian insan mulia, janganlah tinggalkan solat. Memang benar, susah untuk mendapatkan kemanisan dalam solat. Tetapi caranya bukanlah meninggalkan solat. Memang sukar untuk meninggalkan dosa maksiat, tapi tinggalkan solat bukanlah jalan keluarnya.

Ingatlah duhai insan, segelap apa pun masa lalumu, tetaplah solat. Usahakanlah mencukupkan kewajipan solat lima waktumu. InsyaAllah sedikit demi sedikit Allah akan pulihkan hatimu daripada dosa. Tunaikanlah dengan penuh rasa kehampaan, InsyaAllah Allah akan bersihkan kejijikan nafsu syahwatmu! Bangkitlah untuk solat meskipun dirimu terasa malu kepada Allah atas dosa yang lalu, InsyaAllah Allah akan meluruskan masa hadapanmu kelak. Sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Versi keras :

Sungguhlah rumah yang sepi dengan nama Allah akan menjadi suram kelam dan menyesakkan dada! Ingatlah engkau ada di atas muka bumi ini insan istimewa yang Allah kurniakan pandangan matanya dapat melihat dan mengenal wajah orang yang tidak solat! Rumah orang yang tidak solat Allah akan tarik ketenangan, apatah lagi wajah orang yang tidak solat!

Jangan engkau bersenang lenang melakukan maksiat di luar rumah tanpa segan dan silu. Engkau mengumpat! Engkau lihat benda yang haram! Engkau layan nafsu syahwat! Engkau layan perempuan! Engkau layan lelaki! Engkau bercakap perkataan lucah! Engkau tak solat!!!

Kemudian, engkau balik ke rumah dengan keadaan dosa yang ikut di sisi. Bawa dan pikul dosa masuk ke dalam rumah. Makin bertambahlah gelap di rumahmu. Menjadi tidak berkat.

Jangan engkau main2 dgn keberkatan ini. Ia boleh menyesakkan dada dan menggelapkan hati. Rumahmu tiada seri. Tiada aura positif. Tiada nama2 Allah. Maka celakalah!!!! Pasti segala nafsu terbengkalai. Tamak haloba. Engkau lawan mak ayah! Engkau lebihkan perempuan atau lelaki di luar daripada mak ayah! Dosa maksiat yang jijik tidak lagi terasa jijik. Malah ia akan terasa enak dan lazat. Lazat itu membinasakan dirimu, isterimu, anak2mu dan seluruh keturunanmu.

Janganlah berlazat lazat dengan nafsu yang tidak baik. Nafsu seperti singa. Semakin diberi makan, semakin ia akan lapar! Maka tolaklah nafsu sedikit demi sedikit dengan solat. InsyaAllah hidupmu akan lebih terubat dan selamat. Allag akan jamin dan menjaga seluruh keturunanmu. InsyaAllah.

Solatlah, jangan tinggal. Kita masih boleh tidur lena dalam keadaan tidak solat sebab kita ‘yakin’ esok kita masih hidup. Jangan tunggu berubah dulu baru nak solat, tapi solatlah untuk berubah. Semua orang ada cahaya di lubuk hatinya, tunggu untuk dinyalakan sahaja. InsyaAllah. Doakan diriku juga.

“Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Ibrahim 14: 40)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

– Hamba

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *