Allah Uji Allah Sayang

Terima kasih kepada IIUM. Terima kasih kepada pembaca/pengemar IIUM.

Aku aliff berumur 20tahun terdetik di hati untuk bercerita meluahkan rasa yang terbuku setelah sekian lama.

Ramai pelajar lepasan SPM sekarang sedang berpusu-pusu untuk mendapatkan pin UPU untuk diisi bagi meluluskan mereka untuk mengorak langkah ke hadapan.Semoga adik-adik cermerlang di dunia dan akhirat.

Pada ketika ini juga,aku teringat wahai pembaca.Tamat sahaja SPM aku mengisi UPU.Keluar sahaja keputusan UPU.Alhamdulillah tuhan memberi khabar gembira.Aku lulus untuk mendapat tempat sebagai pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM) kampus bintulu,Sarawak.Dalam pada ketika itu ,Hati gembira. Ouhh yaa 5A SPM aku .

Pada masa itu jika boleh aku pendekkan cerita.Aku khabarkan berita gembira ini pada ayah aku.Ayah cakap jangan pergi kerana memerlukan dana yang banyak untuk tampung pembelajaran aku di sarawak.Antara yang menjadi alasan utama adalah kos penerbangan(flight).

Aku diamkan diri.Redha dan pasrah sebenarnya.(Tak kan lah F6 dan lain2 tak dapat?)ya dapat. Tapi itu bukan tujuan utama untuk aku bercerita di sini.

Ayah dan mak aku sudah berpisah.Umur aku 11tahun ketika itu.Ya aku ada adik beradik.Tak selesa untuk aku kongsikan kehidupan aku pada mata masyarkat.Jika dibicarakan pada perkataan “cerai” aku yakin apa yang bakal pembaca bayangkan.Itu bukanlah sesuatu yang indah bukan?

Setelah tamat SPM macam-macam perkerjaan yang aku lakuan.Menjadi jaga(sekuriti),cashier,perkerja kilang,warung tepi jalan,dan bermacam.Aku tak punya kenderaan untuk berkerja jauh dari kediaman.

Sebenarnya pembaca,aku nak sambung belajar.Aku teringin sangat untuk merasa suasana berada di kediaman universiti.Bertungkus lumus siapkan tesis dan menjalankan kerja-kerja sebagai pelajar universiti.(Itulah yang apa aku impiankan ketika berada di bangku sekolah)

Jika aku sambung belajar.Siapa mau tanggung kos pembelajaran aku? .(Cakap ada mak ayah) Ya.Aku ulang semula mak ayah aku bercerai . Mereka tidak ambil tahu langsung tenang aku.Bukan sahaja tentang aku ,tentang adik-adik aku.

Sewa rumah aku yang tangung .Bil elektrk,air.Aku berterima kasih pada tuhan kerana memberikan aku seorang abang.Abanglah yang akan bersama-sama dengan aku untuk menyara keluarga.Duit sekolah adik-adik dan makan minum hari-hari.

Dalam keluarga aku,akulah paling pandai masak.Bila berkaitan dengan makan minum adik-adik akan cari aku.Bila lapar saja muka aku dulu yang di cari.Aku gembira dengan semua itu.Aku gembira masakkan untuk adik-adik aku.Kadang kala aku sedih juga adik-adik cakap “dah lama tak makan ayam” haha . sedih sebagai seorang abang kerana tak dapat bekalkan makanan yang enak pada adk-adik.Aku faham perasaan si kecil.Kerana aku pernah kecil .

Pembaca,aku sentiasa ingat pada kata-kata guru kaunseling aku ketika aku berada di zaman sekolah. “Alif jika kamu senangkan urusan orang,Allah akan mudahkan urusan kamu”

Aku cuma takut pada masa depan aku.Adakah aku akan senang atau terus hidup susah dan bergantung pada gaji bulanan.Kerja yang tidak tetap,gaji yang cukup-cukup makan.”hanya pembelajaran boleh mengubah dunia”

Pembaca,jangan kamu marah pada ayah dan mak aku ya.Mungkin ini ujian tuhan pada aku dan keluarga.Allah sayang sebab itu aku dipilih untuk diuji.Jika aku rasa aku susah,aku salah.Diluar sana lagi banyak yang susah dari aku.Aku bersyukur.

Kalaulah dahulu aku belajar betul-betul dapat 10A+ mesti dapat bantuan dari pelbagai pihak terutamanya kerajaan.Malangnya aku hanya mampu 5A . Salah aku .

Jika pembaca mempunyai sebarang info berkaitan bantuan pembelaran .Kongsilah bersama. Aku akan baca komen kamu semua.Terima kasih yang mendoakan aku.Allah akan mudahkan urusan kamu kelak .Amin

– alif

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit