Allah Uji Sebab Kita Mampu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin kerana telah siarkan kisah ku. Aku sekadar ingin bercerita tak lebih dari itu. Aku seorang gadis yang nak masuk 30 an.

Masih belum berkahwin dan anak sulong dari 6 orang adik beradik. Zaman sekolah tiada langsung istilah bercinta dan istilah bercinta ni memang tiada dalam kamus hidup selagi belum habis belajar.

Lepas habis SPM aku kerja partime dekat Pahang biasalah orang susah nk cari duit poket masuk IPTA. Aku dapat tawaran diploma dekat Johor dan bermula hidup ku sebagai anak perantau.

Bila dah habis study, aku dapat kerja di Penang selama 3 bulan kemudian hijrah ke Kuala Lumpur selepas dapat tawaran dari agensi kerajaan. Sedar tak sedar dah 11 tahun merantau. Hidup sendiri dekat negeri orang.

Alhamdulilah aku dapat kerja dalam bidang sama dengan belajar. Masa waktu belajar, aku memang usaha sungguh untuk dapat pointer yang cantik.

Kebanyakan masa yang ada time belajar dulu memang aku gunakan 100% untuk belajar. Waktu weekend orang lain semua sibuk keluar pergi pekan tapi aku sibuk study dengan buat assignment.

Memang tiada life langsung bak kata diorang tapi aku tak peduli pun, sebab mindset aku nak dapat pointer cantik nanti dah habis belajar boleh kerja tolong mak ayah adik-adik.

Alhamdulilah Allah makbul doa untuk dapat kerja yang baik dan boleh tolong mak ayah. Duit gaji aku memang separuh untuk tolong mak ayah dan Alhamdulilah aku lega bila tiap bulan dapat membantu.

Masuk tahun ke 5 kerja barulah aku beli kereta untuk ke tempat kerja memandangkan tempat kerja yang baru tiada kemudahan pengangkutan awam. Aku pentingkan family dulu baru lah diri sendiri. Struggle is real.

Masa merantau aku memang sorang diri. Ada mak sedara bapa sedara tapi biasalah anak orang susah (senyum pahit).

Aku pernah sesat naik LRT, naik bas time hujan lebat, berlari naik bas sampai jatuh lutut luka dan semua tu jadikan aku seorang berdikari. Tak ada duit tak pernah mintak dengan family dekat kampung. Semuanya pendam sendiri.

Allah maha pengasih, dia bagi senang dalam bidang kerjaya tapi Allah uji aku dengan jodoh. Oh lupa nak bagitau, aku ni tak cantik tapi manis tu ada. Berat 85 tinggi 164, kulit kuning langsat dan pakai speck.

Aku seorang yang ceria, mudah mesra dengan orang dan paling penting diorang cakap gelak aku gred A. (hahah kalau gelak malam-malam orang lari).

Aku sebenarnya belum berfikir pasal jodoh tapi memandangkan umur dah nak masuk 30 an sudah tentu mak dengan ayah selalu tanya.

Sebelum ni aku ada bercinta dengan seseorang sampai nak masuk 4 tahun tapi LDR. Dia dekat perak aku dekat KL. Sepanjang 4 tahun bercinta, boleh kira berapa kali saja jumpa dan selebihnya hanya call atau mesej.

Dia cinta pertama aku tapi aku kecewa sebab selama 4 tahun belum pernah sekali pun dia nak jumpa mak ayah aku.

Alasan yang selalu dia bagi “buzy” dan setiap kali itulah kami gaduh. Akhirnya aku undur diri sebab aku tak nampak hala tuju walaupun aku sayang dia.

Selepas break, tipu kalau aku cakap tiada orang yang nak berkenalan tapi itulah, aku serik. Bagi aku, baik aku kerja dan niaga. Boleh bagi duit dekat family.

Masa aku umur 27 tahun, aku pindah tempat kerja baru dan naik pangkat. Alhamdulilah. Tapi Allah beri aku ujian dan semestinya setiap ujian Allah tahu aku mampu. Aku di santau oleh rakan sekerja lelaki sebab dia suka aku dan nak jadikan aku isteri.

Rupanya dah masuk 2 tahun aku kene santau tapi aku sendiri tak tahu yang aku sakit. Aku cuma pergi klinik bila rasa tak sedap badan, berdebar, migrain dan anxiety. Aku cuma kearah moden. Tak pernah terfikir untuk dapat penyakit daripada perbuatan syirik.

Dia buat aku sampai tak boleh kahwin dan tak berminat untuk kahwin. Sampai lah satu tahap aku kenal dengan seseorang dan diajak berkahwin. Bila aku bersetuju untuk kahwin, mula lah datang gangguan. Aku pernah pengsan dan meracau dekat pejabat.

Sebulan cuti berubat sebab aku memang jadi mental, badan sakit, otak kosong dan paling teruk aku rasa macam nak mati. Aku jadi murung, tak nak bercakap, tak nak jumpa orang dan mula berkhayal dengan dunia sendiri.

Cara santau melalui makanan dan dia calit minyak dagu dekat kereta. Hidup aku tersiksa setiap kali malam tak boleh tidur. Hanya sejam dua saja tidur kemudian bangun pergi kerja macam biasa.

Setiap kali aku nak berkawan dengan seseorang mesti tak jadi, aku panas hati tengok orang dan orang yang suka aku tu automatik terus hilang rasa nak kawan.

Sekarang dah sihat sikit Alhamdulilah dan masih lagi dalam proses berubat. Lelaki yang ajak aku berkahwin aku namakan dia N.

N ni seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia pun anak sulong dan selalu tunaikan hajat mak ayah dia walaupun dia asal dari keluarga yang berada. Jauh beza dengan keluarga aku yang memang asal kampung dan bersederhana. Ibarat langit dengan bumi.

Aku penah suarakan yang aku takut nak berkawan dengan dia sebab dia orang berada dan kami tidak sekufu. Tetapi jawapan dia, dia terima aku seadanya.

N juga bawak aku ke Hospital bila aku sakit dan selalu tanya khabar aku melalui bestfriend aku dekat tempat kerja bila aku buat peragai tak nak jawab call atau mesej sebab aku jadi benci dekat dia.

Oh ya, bestfriend aku dah kahwin dan ada anak 1 orang. Masa aku pengsan dia menangis sambil call ambulance dan teman aku di emergency. Dia seorang sahabat yang baik. (beb, terima kasih ada dengan aku waktu susah dan senang).

Sampai sekarang N masih ada dengan aku walaupun dia tahu aku sakit dan dalam proses berubat. Dia tetap sabar dan layan aku macam biasa walaupun aku layan dia teruk waktu emosi aku tak stabil. Doakan aku sihat semula seperti sediakala tau.

Aku nak kerja dan kahwin macam orang lain juga dan paling penting aku nak bagi duit dekat mak ayah aku setiap bulan macam biasa sebab bila berubat ni banyak pakai duit. Aku kadang kesian bila terpaksa bagi sikit tidak seperti dulu sebab bajet aku pun lari.

Doakan aku murah rezeki dan aku pun doa dekat para pembaca sekalian supaya Allah panjangkan umur dengan kebaikan, dimurahkan rezeki dengan keberkatan dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

– Si gadis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *