Allah Uji Sebab Kita Mampu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/allah-uji-sebab-kita-mampu/).

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih min sebab siarkan cerita aku tempoh hari.

Alhamdulilah aku sekarang dalam fasa berehat. Kesan dari “sakit” aku jadi seorang pelupa. Tapi tak apa, janji aku dah sihat Alhamdulilah dan itupun aku dah syukur.

Sekarang ni aku sangat berhati hati kalau orang bagi makanan. Kadang aku terpaksa tipu cakap puasa dan alergik.

Memang aku rasa berdosa tipu orang tapi aku tak sanggup lagi nak sakit balik. Hikmah dari aku sakit, macam2 doa dan amalan yang aku dapat belajar dan amal. Alhamdulilah.

Mengenai si N. Mari aku cerita dengan lebih detail supaya para pembaca dapat bagi pendapat (terima kasih sudi beri pendapat).

N ni seorang duda anak satu. Dia dah bercerai hampir 13 tahun dan anak dia pun dah tingkatan 2. Beza umur N dan aku 6 tahun. Dia kawin muda waktu tu.

Selepas 5 tahun kahwin, katanya tiada persefahaman dan bercerai atas kerelaan masing-masing. Selepas bercerai, masih lagi berkawan baik atas alasan anak dan tidak bergaduh.

Sebelum dia kenal dengan aku, dia ada bercinta selama 4 tahun tapi putus tengah jalan. Selepas itu dia single sampai jumpa aku.

Sejujurnya, aku agak terkejut bila dia mengaku yang dia seorang duda. Aku selalu doa supaya Allah hadirkan bakal suami yang boleh terima mak ayah dan adik2 aku.

Aku berpegang pada satu ayat “Redha Allah terletak pada redha ibu bapa”.

Walaupun nanti aku dah berkahwin dan syurga aku terletak pada suami tapi aku perlukan redha terutama sekali redha mak.

Bila aku bagitau mak ayah aku status si N, mereka terima tanpa bantahan dan cakap itu kisah lalu orang. Manusia mana yang sempurna dan kalau boleh semua orang nak betulkan silap dia. Itu kata kata ayah.

Aku boleh terima status si N dan anaknya. Bagi aku, anak adalah segalanya dan aku tidak boleh pisahkan anak dan bapa.

Cuma yang menjadi ketakutan aku kalau aku kahwin dengan dia, buatnya ex wife dia mintak rujuk balik macam mana? Ayat tu selalu dalam kepala aku.

Seperti aku tidak percaya dengan takdir Allah. Terukkan aku? Sedangkan aku tahu Allah uji sebab mampu.

Apa yang aku nampak pada N, dia seorang ayah yang baik. Walaupun anak dia tinggal dengan ex wife tapi anak dia manja dengan dia.

Selalu jugak aku tengok dia video call anak dan cara cakap tu sangat lembut. Aku pernah suarakan untuk dia nikah semula dengan ex wife tapi dia tak nak. Katanya lebih sesuai sebagai kawan.

N juga seorang familyman, dia seorang yang rajin bekerja dan sentiasa cari peluang untuk upgrade bisness dia.

Bila dengan N aku rasa selamat, rasa selesa dan N juga seorang yang sangat penyabar. Masa aku kenal N, aku hanya fikir dia kerja kedai runcit.

Tak pernah aku terfikir untuk kawan dengan golongan T20. Bila aku tahu yang dia T20, slowly aku larikan diri tapi dia sempat kejar hahaha.

Aku rasa rendah diri bila tahu taraf dia. Aku tak pandang harta dan rupa bila berkenalan dengan seseorang.

Duit aku boleh cari dan aku tahu penat rasa cari duit. Yang aku nak seorang suami yang bertanggungjawab dan boleh bimbing aku ke syurga.

Kalau diceritakan mengenai N sampai hari raya haji pun tak habis (heheh alaaa gurau je).

Para pembaca sekalian, tolong beri aku pendapat tau. Aku sangat takut nak move forward dengan dunia perkahwinan. Macam mana nak tahu yang dia adalah “jodoh”.

Aku selalu terfikir, orang lain nampak senang je untuk kahwin (padahal semua orang ada kisah dia).

Lagi sekali, aku doakan para pembaca sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan apa yang sulit, dilapangkan dada dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

Terima kasih semua..

– Si Gadis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *