Allah Uji Sebab Kita Mampu III

Untuk part I, (https://iiumc.com/allah-uji-sebab-kita-mampu/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/allah-uji-sebab-kita-mampu-ii/).

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lagi sekali aku nak meluah perasaan. Allah sedang uji aku. Aku kembali sakit semula tapi kali ini lagi teruk. Aku selalu terbayang dan rindu akan orang yang aku syak dia santau aku.

Iyea, bunyi macam alaaaaah syak saja pun tapi entah kenapa aku jadi rindu dan sayang dia walaupun umur dia lagi 3 tahun nak pencen.

Badan aku jadi sakit-sakit terutama sekali pinggang. Selalu aku sakit kepala dan shaking satu badan. Bila aku mengaji, rasa gelisah dan sakit tapi aku lawan. Semoga aku kuat ya Allah.

Terima kasih juga untuk komen-komen dan suggest tempat untuk berubat. Terima kasih baik dengan aku walaupun tak kenal.

Berat dugaan kali ini. Ya Allah bantu lah hambamu. N pula sekarang ni sakit kerana penyantau aku turut santau dia.

Bila aku pergi berubat, ustaz bagitau memang orang yang santau aku bertekad. Kalau dia tak dapat, orang lain pun sama.

Tapi dia lupa, dia juga hamba Allah dan tiada apa pun yang boleh lawan kekuasaan Allah swt.

Sekarang ni N berubat di kampung. Dah 2 bulan lebih aku tak jumpa N sejak aku cuti. N juga semakin jauhkan diri dan aku terima kerana aku punca dia sakit.

Inilah jalan terbaik walaupun aku korban perasaan. Aku sudah semakin jarang call dan mesej N. Kalau aku call pun tak berangkat dan bila aku mesej tak reply. Endingnya aku akan menangis di sejadah mengadu dengan Allah.

Aku rindu N yang dulu, yang ada time aku susah dan sakit tapi sekarang ni tinggal memori.

Aku dapat rasakan hubungan aku dengan N akan jumpa titik penghujung. Sakitnya perasaan aku kala ini. Dan sesungguhnya aku redha akan semua ujian Allah beri.

Hijab mata aku dah terbuka dan selalu nampak benda yang aku tak mahu nampak pun. Memandangkan aku dah semakin terbiasa, aku jadi semakin berani dan aku biarkan sahaja bila ada cubaan untuk menganggu ku.

Alhamdulilah sekarang ini aku semakin menjaga solat ku. Ada amalan yang dulu aku tidak buat sekarang dah slowly buat. Kalau dulu lepas solat terus berdoa sekarang ni aku selit dengan zikir-zikir. Hikmah Allah uji aku kan?

Sebenarnya bila aku sakit, aku nampak siapa kawan dan siapa lawan. Kawan baik pun belum tentu tanya khabar aku apatah lagi datang jumpa.

Tapi tak apalah, semua ada kehidupan masing-masing dan siapa aku nak menghukum orang.

Bos aku juga sangat memahami bila aku minta cuti dan minta aku berehat secukupnya. Orang kata rezeki tak semestinya duit kan?

Dikelilingi orang yang baik-baik juga rezeki.

Aku rasa ini adalah luahan terakhir aku. Tolong doakan aku sembuh dan sihat seperti biasa ya. Sekurangnya kalau tiada bertemu jodoh di dunia, semoga ada jodoh di akhirat.

Semoga aku sihat selalu boleh bantu keluarga. Aku ada sediakan hibah untuk keluarga ku jika terjadi apa-apa. Aku risau bila aku meninggal nanti, keluarga aku susah. Aku belum puas berbakti dengan orang tua.

Buat pembaca sekalian, jika terdetik dalam hati untuk aniaya orang seperti sihir dan santau.

Aku mohon janganlah terlibat dengan benda syirik. Janganlah ikutkan hati. Sesungguhnya perbuatan syirik dan menduakan Allah itu dosa besar.

Buat N, sekiranya tiada jodoh antara kita, aku doakan supaya Allah kurniakan seorang isteri yang solehah, yang ada masa susah dan senang, yang boleh terima anak seadanya dan semoga N sentiasa dalam rahmat Allah.

Akhir kata, aku maafkan orang yang santau aku dan semoga dia dapat hidayah sebelum meninggal dunia.

Semoga pembaca dimurahkan rezeki seperti air zam-zam yang tidak pernah putus. Semoga kalian bahagia dengan keluarga didunia dan akhirat.

– Si gadis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *