Untuk part I, (https://iiumc.com/allah-uji-sebab-sayang-3/).
Assalamualaikum. Terima kasih admin approve post aku yang lepas. Aku baca komen korang. Macam-macam ye. Tapi kebanyakan positif alhamdulillah. Aku harap B pun baca sama sebab dia selalu jugak share content dari sini kat FB dia.
Apa yang aku tulis tu aku dah cuba ringkasan sahaja.
Tapi ada yang tanya kenapa B tinggalkan PP? Aku cerita sikit lah pasal PP. PP ni berjambang nipis, tinggi dari B, badan biasa-biasa, ada rupa, kulit sawo matang dan memang melayan B ni cukup baik.
Sebab ditinggalkan bukan sekadar PP ni tipu status dia pada awal-awal je puncanya tapi sebab mak PP sebenarnya tak restu hubungan PP dengan B. Salah satu sebabnya, B ni asal di selatan tanah air. PP pulak dari negeri pantai timur.
Ada ketidaksefahaman kat situ(aku taknak ulas yang ni) PP dah cuba selesaikan tapi tak berjaya. Lepastu ada lagi isu-isu lain yang muncul yang buatkan diorang gaduh selalu. B rasakan terlampau banyak PP tak jujur dan dia taknak ada lagi ada benda-benda lain muncul lepas tu.
Keputusan untuk putus tunang tu tak mudah dia nak buat tapi dia cakap rela dia menangis sekarang dari makan hati nanti. Dia taknak hubungan PP dengan mak dia jadi renggang cuma sebab ni. Dan, itulah keputusannya. Pertunangan tu diputuskan.
Sampai sekarang PP masih cuba nasib. Dia masih sayang B tapi B sekadar hormat perasaan PP. B dah takde perasaan pada PP. Itulah B yang aku kenal. Tegas dengan keputusannya. PP bagitau dia menyesal sebab lepas putus tunang dengan B dia takde ambik tindakan untuk pujuk B pun.
Dia biar B layan perasaan dia sampai B boleh move on dengan sendiri dan boleh kenal Apis. PP ingat B akan cari dia balik. Ini lah masalah kebanyakan lelaki kan? Lambat bertindak. Take everything for granted.
Tapi nasi dah jadi bubur. Aku harap PP pun boleh move on sama sebab dah 2 tahun dah pun benda ni jadi.
Bagi cerita Apis pulak. Aku masa tau dia dengan Apis ni tak berapa berkenan pun masa mula-mula tengok gambar Apis tu. Okay, bukan nak cakap pasal rupa tapi entahlah ada rasa tak best. Tambahan pulak dia pun Offshore. Aku takut benda sama jadi lagi. Lagipun entahlah aku rasa dia tak sesuai dengan B.
Macam aku cerita pada previous post, B ni cantik, berkulit cerah, tinggi orangnya (165cm). Apis? Berkulit gelap, rendah dari B dan rupa biasa-biasa sahaja (boleh je nak cakap tak handsome tapi terasa pulak b nanti. haha-ok gurau handsome tu subjektif) tapi dia layan B baik, dia pandai ambik hati B dan nampak dia care, sayang kat B.
Dan dari cara B cerita pasal Apis aku nampak dia memang happy dengan Apis. Takde yang buruk pun pasal Apis yang dia cerita.
Aku nampak dia dah ceria balik macam dulu. Semangat kerja, semangat dalam aktiviti dia yang dia buat sebelum ni (dia selalu terlibat bantu NGO dalam aktiviti kebajikan), lebih berseri-seri dari sebelum ni. Penangan bercinta dan bahagia lah katakan.
Aku pun seronok lah dia dah banyak cakap balik macam dulu. Bercerita pasal Apis takde yang buruk pun yang keluar dari mulut dia sebab dia pun selalu cerita yang baik-baik je pasal orang.
Masa kejadian hampir jadi, adalah dalam 2 minggu straight dia tak datang cari aku kat office pun jumpa sekejap-sekejap tambahan aku sendiri pun busy dengan kerja dan thesis aku memandangkan aku ni masih student part time.
Aku perasan status whatsapp dia kadang-kadang sedih, bila aku tanya dia cakap dia okay cuma dia suka ayat dalam quote tu. Itulah B yang aku kenal semua okay walaupun tak okay. Tu yang dia pernah kena marah dengan Apis dulu. Dia eksiden tak bagitau Apis masa tu pulak Apis atas laut.
Bila Apis tanya jawapan dia semua dia okay je padahal kereta terbabas dah. Dan itulah Apis yang dulu. Sangat risau kan B. Itu jugak yang ubah persepsi aku kat Apis. Yang buat aku rasa Apis ni betul-betul boleh sayang and jaga kawan aku. Tapi tu lah… Macam komen yang aku baca, Apis cetan. Haha…
Ada juga yang tanya kat komen Apis ada buat apa-apa pada B ke? Aku yakin takde. Dari zaman dia bercinta dengan PP dulu, kalau dating mesti dia bawak adik dia/housemate dia.
Lagi pun aku nampak Apis tu hormat je B tak pernah lebih-lebih lagi. Aku jugak yakin B tau dan berpegang pada batas-batas agama (selama aku berkawan dengan dia aku tau dia tau jaga diri dan tak buat benda-benda yang tak sepatutnya). InsyaAllah.
Kejadian Apis tinggalkan kawan aku, B.
Apis ada minta B selesaikan urusan rasmi dia sebelum Apis tinggalkan B. Ya B tolong selesaikan sebab B pun kerja dalam lane tu. Sampai selesai B tolong walaupun nak selesaikan benda tu kena turun naik office berkaitan dan B sendiri busy dengan kerja-kerja dia.
Bila dah selesai, Apis tinggalkan B. Aku bila tau benda ni rasa nak marah sangat-sangat. B ada tinggalkan memo kerja seminggu pada staff dia- no telefon dan urusan yang kena selesaikan. Sebab aku pernah partner dengan B untuk certain project, aku check dengan staff untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh (meeting, attend client, documentation).
Bila aku check semua memo jadi sakit hati bila tau ada urusan Apis yang sepatutnya B tak payah susah-susah buat kan pun. Sebabkan nak tau siapa Apis ni, dari maklumat urusan rasmi yang ni lah kitorang korek semua pasal Apis (No IC je pun). Kalau ada yang tak kisah kawan korang berhadapan dengan pasangan yang macam ni takpe. Aku kisah.
Hari Apis tinggalkan B- Bila tau B kat hospital sebab eksiden aku terus ke hospital. Risau takut tak payah cakap la nak tercabut jantung ni rasanya.
Masa sampai aku nampak mak ayah, family dia and kawan-kawan dia ada kat emergency. Aku jumpa sepupu dia berbual sama. Sepupu dia cerita dia eksiden masa otw balik dari hantar makanan untuk atok dia kat hospital. Hilang kawalan dan terbabas jatuh ke bawah.
Sepanjang B warded, tak putus kawan-kawan B, orang yang dia kenal datang melawat baik masa dia sedar dan tak sedar. Ada je yang datang. Aku tunggu B dari hari pertama dia warded walaupun tak boleh masuk dalam ICU tu. Habis kerja aku mesti ke hospital.
Dan sejak hari ke 3 tak salah aku, PP turun laut dari (Terengganu) terus ke hospital. Dan hari-hari jugak PP ada. Dia habiskan cuti dia tunggu B kat hospital. Apis? Dia bercuti! Siap ke Indon dengan perempuan lain yang aku dengar ex tunang dia Seronok hidup kau eh pis?
Dia tak peduli langsung keadaan B. Jangankan melawat. Tanya khabar pun takde walaupun tau B eksiden lepas tau Apis tinggalkan dia. Kawan aku fight and survive. Hari B sedar dan buka mata adalah hari paling melegakan semua orang. (Aku takde harap Apis datang tengok B, aku cuma cerita macam macam mana B ditinggalkan).
Mana aku tau Apis gi Indon? Boleh tersama flight dengan kawan kitorang. Dah la kawan tu orang yang paling tak setuju Apis dengan B.
Untuk confirmation, kitorang mintak pulak kawan yang kerja dengan syarikat penerbangan trace betul ke tidak takut salah orang. Jadi, lepas check ye betul sama destinasi dengan kawan kitorang. Pergi berdua. Bila Allah nak tunjuk, kau soroklah hujung dunia mana pun orang tau juga.
Lepas keluar wad B memang senyap dan tak jumpa sape-sape. Baru berapa minggu B tak datang rumah, mak ayah aku pun mula dah banyak kali tanya B taknak datang rumah ke?
Mak ayah aku suka dia datang sebab da jenis friendly, adik-adik aku pun suka sebab diorang ada cikgu yang sabar tolong ajarkan buat kerja sekolah. Mak ayah aku pulak suka berbual. Mak aku bekas kaunselor, ayah aku penceramah bebas.
B pula suka bertanya dan mintak pendapat, kadang-kadang berbual macam aku rasa B ni macam adik-beradik aku sendiri. Pernah dulu mak ayah aku cakap rasa kurang meriah pulak bila B takde join majlis kita. Nasib la aku takde abang yang single lagi kalau tak confirm B ni jadi calon menantu mak ayah aku (haha… okay gurau2).
Macam aku cerita awal tadi, B ni akan bercerita bila dia bersedia. Lepas sebulan B keluar wad, ayah aku ada anjurkan majlis ilmu dekat rumah. Mak ayah aku macam biasa suruh ajak B. Alhamdulillah B datang.
Aku nampak dia tenang tapi mata dia sedih. Dia tetap usaha gigih buat macam biasa. Tolong kat dapur, join jemaah, tazkirah, join tahlil semua. Bila dah selesai kitorang lepak dalam bilik. Masa ni lah dia mula bercerita. Masa ni jugak lah dia menangis semahunya. Aku tak tahu berapa lama dia tahan air mata tu.
Dia menangis teresak-esak sambil bercerita. “Apis pilih untuk tinggalkan aku. Lillahhitaala aku cuba terima macam mana aku terima dia muncul dalam hidup aku dulu”. Dia peluk aku, kuat. Basah bahu aku dengan air mata dia malam tu.
Itulah sekali dia menangis dengan bersungguh-sungguh depan aku sebab Apis. Aku jadi speechless tengok keadaan dia. “Allah tengah uji kau B. Insyaallah kau kuat”. Ini je yang mampu aku cakap masa tu selebihnya aku peluk dan menangis sama-sama dia.
Malam tu juga kami sama-sama bangun solat tahajud, taubat dan baca Al Quran sampai subuh. Aku nak B tau dia tak sorang-sorang dengan keadaan dia macam tu. Tangisan dia masih jelas kat telinga aku. Mengharap bantuan kekuatan dari Allah mungkin.
Lepas dari hari tu, masa terus berjalan. B kembali ke office. Dia fokus pada kerja dia dalam keadaan dia macam tu pun. Perubahan kat ofice dia jadi lebih tegas dan kurang bercakap. Tapi performance mantap. Makin laju dia bekerja dan tak pandang belakang dah walau pun muka dia jelas kesedihan.
Usaha dia dari tahun lepas Allah balas tahun ni. Semua berhasil. Sebenarnya tahun lepas lagi dia mampu nak beli tapi sebab fikir nak kahwin dia hold dulu. Dah tak jadi kahwin keluar la kereta idaman. Tahun ni aku nampak dia all out kejar cita-cita dia. Allah akan mudahkan jalan kau B insyaAllah.
Dan yang terkini,
B datang rumah aku 2 minggu lepas macam biasa santai-santai je. Tapi tak sangka pulak PKP dan dia tak boleh rentas negeri. Dia pun stay je kat sini. Dan sepanjang 2 minggu ni lah aku nampak sebenarnya dia masih mencari kekuatan untuk dia teruskan hari-hari dia.
Dia bangun setiap hari sepertiga malam. Hari-hari jugak lah aku nampak dia solat, berdoa sambil menangis dan baca Al Quran. Dia sedang berusaha untuk kuat dan terus kuat. Dia ada cakap dia tak marah dengan apa yang Apis buat. Dia tak berdendam dan tak lagi mengharap macam dulu.
Cuma aku faham kadang-kadang rindu tu masih ada. Sampai sekarang, tak ada satu pun cerita buruk pasal Apis yang keluar dari mulut dia tapi kitorang yang cari tau sendiri. Semua pasal Apis yang baik2 je. Kata B, ‘Apis bahagian cerita terindah yang Allah pernah aturkan untuk aku cuma, tak lama. Aku yang leka dengan sifat dunia. Bukan salah dia pun.’
Yang betulnya, dia cuba bertahan untuk hilangkan rindu. Pernah beberapa kali terlepas dari mulut dia. ‘Apis dah sampai mana agaknya ni biasa lepas Isyak dia gerak’, ‘Apis itu, Apis ini’, ‘eh macam Apis’. Benda dah biasa kan.
Pis, B ingat lagi jadual kau, dia masih ingat kau. Kadang aku saje tanya balik apa dia cakap/tanya konon tak dengar. Tapi jawapan dia mesti tak sama macamlah aku tak dengar hehe.
Entah apa yang B tengah rasa sekarang mungkin aku tak faham. Dia tengah battle dengan perasaan dia. Dia sedang berusaha untuk move on mungkin?Semoga kesedihan dia cepat berlalu. Aku rindukan B yang ceria dan banyak cakap macam dulu bukan B yang buat-buat ceria macam sekarang.
Ada antara kawan-kawan kami yang cakap, B ada rupa, ada kerja nak risau apa nanti kejap dapat la pengganti. Hati B ni dah totally hancur dah dengan apa yang Apis buat. B dicari sampai jatuh sayang, kemudian Apis menghilang.
Aku rasa tak mudah untuk B memulakan relationship dalam waktu terdekat. Dia dalam healing process yang aku sendiri pun tak tau berapa lama dia akan ambil masa.
Bagi yang komen menuduh B meterialistik sebab kenal dengan lelaki offshore sebagai pasangan,untuk pengetahuan kerja b adalah terkait rapat dengan industri diorang, jadi tak mustahil dalam industri ni juga yang B kenal.
Lagi pun B sendiri ada career yang stabil sekarang tak salah kalau betul pun dia memilih dari golongan orang yang stabil untuk menjadi pasangannya. B pernah cakap kat aku, jadi pasangan offshore bukan senang. Ditinggalkan berminggu-minggu. Tak ada masa untuk pasangan, hadapi hidup di darat sendirian dulu sebelum pasangan balik ke darat.
Ini yang dihadapi B dengan sabar. Tak pernah terlintas mencari lain walau ada je yang berkirim salam, mencuba nasib maklum sahajalah kerja B memerlukan dia berjumpa dengan orang.
Setia tu mahal nilainya. Kaya mana pun seseorang, takkan mampu membeli kesetiaan seseorang. Cuma, bahagian B setia dia diberi pada insan yang mungkin ada gaji yang mahal (seperti yang orang selalu cakapkan) tapi punya nilai diri yang murah.
Ada yang komen B akan bersyukur kehilangan Apis sekarang. Ya, aku pun rasa perkara yang sama. Macam aku tulis previous post, B tak rugi pun kehilangan Apis. Cuma untuk dia betul-betul rasa macam ni perlukan masa.
Doa aku untuk kau B, semoga kau diberi ketengan jiwa, semoga kau dipertemukan dengan jodoh yang akan sayang kau, setia dengan kau dan hargai kau sampai hujung nyawa. Semoga kau sentiasa diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup dan semoga semua urusan kau dipermudahkan.
Semoga kau dimurahkan lagi rezeki macam laut tak bertepian. Aku sayang kau B. Tengok keadaan kau macam sekarang buat aku sedih. Aku harap sangat kau kembali jadi B yang aku kenal dulu. B yang ceria, B yang suka kacau orang, B yang potpet bercerita.
Dugaan B mungkin tak sehebat Puan-puan yang dah berkahwin dan ada anak-anak. Cuma aku mengharapkan apa yang aku share tentang perkara yang terjadi depan aku ni dijadikan pengajaran buat pembaca yang berada atau akan diuji perkara yang sama. Sakit melihat orang yang dekat dengan kita terluka dan bersedih walaupun dia cuba sembunyikan.
Aku yakin B kuat dalam menghadapi dugaan ni dan dah ready untuk move on dah pun(macam dia cakap move on tu bukan untuk melupakan tapi untuk sedar tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan. Orang yang kita sayang tak semestinya jadi milik kita).
Aku harap kesedihan dia hilang. Aku yakin Allah bantu dia. Aku sebagai kawan boleh dengar apa je yang dia cerita tapi tak mungkin aku mampu nak bawak sedih dia tu hilang macam tu je. Aku mohon jasa baik baik pembaca, sama-sama kita doakan B dan wanita-wanita lain yang senasib supaya Allah hilangkan kesedihan dan kedukaan kat hati diorang.
Semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dan akan menjaga diorang, setia dengan diorang sehingga hujung usia. Betul komen-komen reader, usaha dan letak pengharapan kita pada Allah. Berdoa dan bertawakal lah. Allah membolak balikkan hati manusia semoga hati-hati kita sentiasa tetap dengan kebaikan.
Akhir sekali, terima kasih untuk semua komen-komen positif dan manis dibaca. Semoga doa yang baik-baik, kata-kata yang baik-baik semua berbalik pada korang balik. Maafkan aku andai tulisan aku ini ada melukakan hati mana-mana pihak. Yang buruk tentunya dari aku sendiri dan yang baik dari Allah SWT.
– Kawan B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit