Along

Hai Assalamu’alaikum guys. Saja harini aku nk buat luahan kat sini. Aku Along. Menginjak ke 30-an dan masih single. Aku anak pertama dari 6 adik beradik. 2 perempuan, 4 lelaki. Mak Abah masih ada. Kami bermastautin di utara tanah air.

Ni kisah pasal keluarga aku. Jemput membaca ya…

Sedari kecik memang aku dah terbiasa hidup berdikari. Memasak, jaga adik2, kemas rumah tu dah termasuk dalam rutin harian. Kebanyakannnya aku buat selepas balik sekolah.

Mak Abah bekerja shift di kilang, aku pula masih kanak2 jadi takda siapa nk didik kami untuk bersama-sama buat kerja rumah tu.

Tiada yang memantau kerja sekolah mahupun aktiviti harian kami. Makanya kebanyakan perkara di bahu aku. Kalau mak abah kerja pagi kadang2 mak masak siap2 lauk, kalau tak sempat mak tinggalkan duit beli lauk mana tau aku tak larat masak.

Sikit ja duit tu kadang aku nak beli lauk pon fikir banyak kali. Adik2 lelaki kuat makan mana cukup beli lauk 2 ketul ja makanya aku pilih beli ikan dan sayur balik masak sendiri. Seronok tau masak2 ni.

Keluarga aku pulak jenis tak kisah bab makanan. Masak la apa pon pasti dihabiskan. Lagi galak aku memasak. Haha.

Membesar dengan keadaan yang terlalu berdikari buatkan aku jadi tak kisah. Semua benda aku rasa boleh buat sendiri. Maka Mak Abah pon memang percayakan aku. Nak apa, buat apa, pi mana aku cuma bagitau saja pasti lepas. Jarang sangat aku kena marah kalau buat silap ka apa.

Berbeza ya situasi dengan adik2 aku. Mungkin tanggungjawab mereka tak seberat aku maka mereka kurang berkomunikasi dengan mak abah. Kepercayaan mak abah dekat mereka pon tak sebanyak aku. Apa mereka mau kebanyakan kurang dipenuhi.

Sama pon keadaan kewangan keluarga yang biasa2 tak mengizinkan kami berseronok macam org lain. Maka di sini wujud la situasi mak abah lebih sayangkan Along. Apa aku buat semua betul susah nk cari salah aku.

Maka aku membesar dengan kurang kesedaran untuk meminta maaf. Sampai ke besar aku tak reti minta maaf dengan orang tuaku apatah lagi dekat adik2.

Ada salah aku diam ja. Nak tebus rasa bersalah aku masak la apa2/ belikan apa2 untuk tawan hati mereka. Aku jenis berjimat sebab tu aku mampu belanja mereka.

Habis spm aku sambung belajar. Habis belajar aku berkerja. Jauh dari keluarga. Mak abah juga bekerja masih shift. Kesian adik2 tiada yang menjaga mereka betul2.

Sebelum ni aku ada boleh la hal rumah aku uruskan sikit2. Sedari kecil kan mereka tak biasa buat kerja2 rumah. Tunggang terbalik jadinya.

Maka bila rumah tak teratur ditambah penat bekerja maka mak abah cepat tertekan. Adik2 aku selalu kena marah. Dah la nk buat apa2 pon kadang mak abah tak bagi, kena marah lagi. Mereka jadi sering memberontak dan suka buat hal sendiri.

Aku pula hanyut dengan duniaku yang terlalu berdikari. Ditambah pula dengan kurang cerdik mana la aku nak ‘aware’ pasal benda2 ni. Maka hubungan kami adik beradik tak berapa mesra. Ditambah kesibukan bekerja lagi jarang aku bertanya khabar di rumah.

Fast forward bila aku dah bekerja kira2 umur 23 masa tu, aku berkenalan dengan sorang kakak ni. Dia ni jenis ‘gamble’. Hidup sangat simple macam tiada masalah. Dia disenangi ramai. Rezeki dia pon mencurah-curah. Tempiasnya juga kena pada aku sebab aku kan kawan dia. Hihi.

Pendek cerita kami sama2 menyewa rumah. Jadi la dia housemate ku. Dari sini ku kenal dia lebih dekat. Dia seorang yang sangat menjaga ibunya.

Walaupun berjauhan hari2 dia telefon bertanya khabar. Kadang tu borak2 kosong ja tapi suara mak dia kan gembira bila si anak menelefon. Barangkali kesunyian anak2 semua dah besar tinggal berjauhan suami pula sudah tiada. Maka kakak ni la yang menggembirakan hari2 dia.

Dari sini kan terdetik di hati aku ‘seronoknya ada mak?’ Allah.. Sedih sangat rasa. Mak abah adik2 aku masih ada tapi aku yang kurang peduli sama mereka. Terfikir-fikir mau telefon mak abah tapi mau cakap apa ?

Aku tak biasa. Nahh sikit2 aku cuba Whatsapp mak cuma tanya “buat apa mak ? Kerja ka ?” Bila mak balas aku gembira tau. Mak pula rajin bercerita macam2 pasal kerja, pasal adik2, aktiviti seharian maka perbualan kami berlarutan hingga jadi kebiasaan aku ber-Whatsapp mak hari2.

Kadang2 call sampai berjam. Haha. Seronok okayy. Sikit2 juga la aku belajar untuk meminta maaf bila buat salah. Bila balik ke kampung aku belajar bersalam peluk cium pipi mereka. Akward tapi buat ja la. Bukan org lain mak bapa sendiri juga. Mereka syurga.

Hubungan sama mak abah sikit2 dapat diperbaiki. Maka aku terdetik pula nk rapat sama adik2. Aku sayang mereka cuma aku tak pandai nak bersuara.

Maka sikit2 aku cuba dekati mereka. Aku mulakan dengan mengemas bilik masing2. Sekali sekali balik bercuti aku tolong kemas bilik, susun barang2 buang apa yang tidak patut.

Abah aku jenis sayang nk buang barang semua dilonggok ke bilik anak2 bertambah semak jadinya. Tu jugak la punca kami semua malas nak duduk rumah lama2. Rimas.

Apa pon aku kan anak ‘kesayangan’ maka bila aku yang buang barang2 tu susah untuk abah aku marah. Haha. Nahh lapang la sikit bilik tu.

Aku gilir2 juga mengemas bilik yang aku kongsi dengan adik perempuanku. Aku nak mereka rasa selesa tinggal di rumah. Bila ada duit kan sikit2 aku belikan barang2 bilik mcm self adhesive vinyl floor untuk kemaskan lantai bilik. Takda la sejuk sangat kaki tu memijak simen ja.

Then aku belikan drawer untuk mereka simpan barang2, alaaa drawer plastik 5 tingkat cap dolphin tu ja. Tukar bantal sama sarung tilam biar tidur lena. Betulkan lampu bilik yang rosak.

Lama tau bilik tu bergelap tiada yang peduli. Nahh kau sekarang dah terang baru rasa macam bilik tidur manusia.

Satu hari adik laki ku bagitau “Along, 17 tahun adik hidup ni baru rasa macam ada bilik sendiri..” sedih rasa. Tapi tu la siapa suruh kau tak kemas bilik. Dah besar panjang tapi tak juga rajin. Kena bebel. Haha. Tapi amazing juga la dia tak protes, dengar aja bebelanku.

Begitu juga adik perempuanku. Makin rajin berada di rumah. Sikit2 kami belajar bersembang. Sama juga mak abah. Sekarang kami semua dh boleh bergurau-gurau. Adik2 pon selalu juga Whastapp aku bertanya khabar, kadang2 borak kosong ja.

Alhamdulillah di atas rezeki yang Dia bagi. Aku dapat kerja yang fleksibel, gaji tak tinggi pon seribu lebih ja tapi aku tak pernah rasa tak cukup. Kadang aku hairan mana datang duit ni. Aku boleh balik ke kampung selalu. Kadang2 bawa keluarga jalan2..

Seumur hidup tak pernah kami pergi bercuti jalan2 santai2 keluarga. Tapi banyak dah Allah mudahkan.

Mak Abah masih kerja shift tapi selalu dapat cuti sama2, kerja aku pula fleksibel jadi cuti aku boleh susun ikut cuti mereka. Dah banyak kali kami bercuti sama2, cuti sekolah bawa adik2 berjalan. Syukur nikmat.

Panjangnya aku bercerita. Terima kasih sudi membaca. Apa2 pon semua yang berlaku bukan dalam sekelip mata ya kawan2. Ambil masa bertahun juga untuk diperbetulkan. Tak mudah untuk aku rendahkan ego terutama part nak minta maaf dan ucap terima kasih.

Bukan aku nk jadi juara di mata mak abah, cuma aku nak adik2 aku rasa mereka ada keluarga. Mana yang mak abah tak mampu bagi waktu kami kecil2 dulu aku cuba usahakan pada waktu sekarang.

Semoga terus dilembutkan hati adik2 ku untuk rapat dengan mak abah. Mereka kunci syurga. Redha mereka yang akan memudahkan perjalanan hidup kita. In Shaa Allah.

Sekian coretan dari kakak sulong yang garang2 sayang.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *