Along… Kenapa Begini?

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Nama saya Zu, anak ketiga dari empat adik beradik. Saya seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga jadi kebanyakan kerja rumah, saya yang buat memandangkan mak ibu tunggal. Ayah meninggal sebab sakit jantung waktu saya umur 9 tahun, sekarang saya sedang sambung belajar di sebuah pusat pengajian awam. Tapi, bukan itu yang saya nak kongsikan di sini. Memandangkan raya dah dekat, saya nak kongsi pasal kakak ipar saya. Kalau dia baca ni, semoga hati akak lembut dan boleh terima. Zu tak tahu nak cakap macam mana so Zu guna medium yang ada untuk kebaikan kita bersama (Kakak ipar saya pembaca tegar IIUM confession. Dia selalu share post)

Jadi, abang sulung saya baru saja mendirikan rumah tangga awal 2017. Berkenalan dengan kakak ipar saya hanya dalam tempoh lima bulan. Betul kan, sesebuah pertemuan perlukan syarat tempoh saling kenal untuk saling mengasihi dan memahami?

Kes kakak ipar saya ni, mula mula kahwin, Alhamdulillah, mak sangat gembira dapat menantu yang murah dengan senyuman dan sopan berbudi walaupun kalau dia balik, jarang dia berasapkan dapur. Itu saya tak kisah sangat sebab di awal perkahwinan mereka, saya masih lagi adapt dengan situasi baru di mana saya perlu berhadapan dengan seorang lagi perempuan.

Kalau sebelum ni, sayalah satu satunya perempuan dalam keluarga kecil selain mak. Sebelum ni pun kalau abang abang balik, saya lah buat air, sayalah buatkan kek, even maggi kari dua minit tu pun nak saya buat. Yang paling bestnya, along saya yang dah kawin tu pun kalau nak kopi ke apa, still request kat saya, ya walaupun isteri dia sedang duduk bersenang. Saya cuma anggap dia nak bermanja dengan saya. Lagipun dia abang saya jadi saya tak kisah langsung tapi bila penat tu, memang saya berasap jugak la. Harus tarik muka.

Lepas beberapa bulan kahwin, kakak ipar saya ni mula tunjuk perangai yang tak berapa enak didengar, tak berapa elok dilihat. Sejak tu, dia dah pandai marah marah along saya depan khalayak. Ya, even depan mak, saya dan adik beradik lain, even depan jiran jiran. Untuk pengetahuan semua, along saya merupakan seorang yang tersangatlah tegas. Kalau saya buat silap, memang dia main peranan habis. Saya banyak kali menangis kena marah dengan dia. Even saya accident pun, dia marah saya walaupun bukan salah saya.

Tahap tegas dia tu sampai saya tak dibenarkan langsung bonceng motor lepas kemalangan untuk kali pertama yang sudah terang lagi bersuluh bukan salah saya. Tapi lepas kahwin, saya tak faham kenapa dia boleh jadi selemah tu. Saya sedih tengok dia kena marah dengan kakak ipar saya tu depan orang. Dia hanya diam terkebil kebil. Kadang kalau nak cover malu, dia buat gelak gelak tapi kami ni faham sangat macam mana tercabarnya along. Kami yang membesar dengan dia. Dia memang pantang orang cari pasal, dia akan attack balik. Tapi sekarang, dia macam orang bo*oh yang kena marah dengan bini. Mana along yang tegas dulu?

Mak saya ni pulak, seorang yang agak sensitif lagi lagi lepas ayah meninggal. Bila menantu dia marah anak dia depan depan dia, dia hanya mampu terdiam dan menahan sedih. Mak makan hati. Adik beradik lain mungkin tak tahu tapi saya ni, satu satunya kawan yang dia ada, yang dia boleh luahkan semuanya pada saya. Dia curahkan air mata dia dalam pelukan saya. Adik beradik lain tak pernah tahu.

Mak selalu menangis pada saya, sedih dengan nasib along. Mak selalu berkira-kira sendiri; berapa lama lagi along akan bertahan. Bertahan dari mahligai yang sepatutnya menjanjikan kebahagiaan tetapi sebaliknya yang along dapat. Bila dah lama kahwin, mereka masih lagi macam tu. Mak pernah pergi rumah along atas permintaan along sendiri. Katanya, dia rindu sangat pada mak. Maklumlah, kami di selatan Malaysia, dia pula di Kangar. Mak hanya menurut. Dia ambil mak, bawak ke Perlis.

Bermulalah episod duka mak harus melihat setiap hari adegan yang boleh mengguriskan hati tua mak. Isteri along makin lama makin berubah sikapnya. Along pun… Hanya banyak berdiam. Seolah olah dia tu isteri yang terkebil kebil apabila dimarahi oleh suaminya hanya kerana satu perkara kecil yang sangat tidak kena dek akal along akan ditengking sedemikian rupa.

Kakak ipar saya orang berada. Sedangkan keluarga kami biasa biasa saja. Ayah bekas tentera. Ibu pula guru yang telah bersara. Itulah sumber untuk membesarkan kami adik beradik. Saya selalu perasan, akak ipar saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak makan masakan yang dimasak di rumah. Tak tahulah kalau tak kena di tekak dia. Setiap kali lapar, along layan dia, belikan nasi bungkus. Malam makan luar even balik rumah mak. Mak tak pernah cakap dia terasa tapi jauh di sudut hati dia, saya cukup faham.

Bila abang dalam perjalanan balik, mak akan suruh saya keluar awal awal untuk bungkuskan makanan untuk mereka. Tak tahu kenapa, tapi hati perempuan saya sangat terguris. Along yang dulunya telur dadar sekalipun, sayalah yang masakkan, air, saya yang bancuhkan. Tapi sekarang, lebih senang untuk makan di luar. Apalah ertinya pulang ke rumah kalau makannya di luar?

Untuk akak, Zu minta maaf. Zu harap lepas ni akak bantu la juga Zu di dapur. Tolong potong potong sayur pun jadilah. Janganlah asyik mengadap henfon ya. Zu pun tahu penat. Kalau Zu balik rumah, bukannya Zu balik tangan kosong. Assignment tak pernah menjauh dari seorang yang bernama pelajar, wahai akak.

..dan mohon akak janganlah suka lepaskan marah pada along di depan khalayak, di depan mak juga. Jangan bahasakan diri aku kau dengan along… Tolonglah..Mak terseksa, hanya Zu yang tahu. Hormatlah dia sebagai seorang suami; di mana dia merupan pintu syurga buat akak. Kalau kalau akak masih lagi terniat untuk lakukannya juga lepas ini, bererti akak akan melukakan dua hati ; suami dan ibu mentua.

Zu? Zu juga. Zu sedih tengok along. Tolonglah akak, hormati along sebagai suami. Ya, pendidikan akak lebih tinggi dari along. Keluarga kita juga tidak sekufu. Tidak terbanding harta kami jika dibandingkan dengan kekayaan yang keluarga akak miliki. Satu akak harus ingat, hormat seorang isteri terhadap suaminya itu, tidak memerlukan wang yang banyak. Kerana, menghormati suami itu suatu kewajipan. Jadi, siapalah akak untuk menafikan kewajipan tersebut? Walhal Asiah yang bersuamikan Firauan pun hormatnya pada suami tidak terkata.

Zu harap akak fikir sematang-matangya.

Wassalam..

– Zulaikha S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *