Terima kasih admin jika confession ku ini diterima. Assalamualaikum semua. Nama ku Cadbury, semestinya nama samaran.. Sesungguhnya aku mengidam makan coklat sekarang ni.
Maaf jika penulisan ku agak celaru, aku tidak pandai mengarang. Maaf juga jika ada tidak berpuas hati terhadap nukilan ku, kerna ini adalah isi hatiku.
Dari tajuk pasti semua boleh meneka. Ya, ini berkenaan along ku. Aku ada beberapa adik beradik perempuan dan along ku adalah seorang abang yang culas.
Mungkin bagi semua kisah ku ini hanya la ringan dan tidak perlu diambil berat tetapi bagi sesiapa yang mempunyai abang seperti ku mungkin masih segar di otak bertapa culas nya along.
Sedikit tentang along. Along middle aged man. Punyai kerjaya yang sangat bagus. Kerja yang hebat gaji mencecah puluhan ribu sebulan. Mempunyai isteri dan anak. Senang cerita rezeki along dalam kehidupan sangat mudah dan melimpah ruah.
Tapi sayang, along seorang yang sangat kedekut. Along tidak pernah memberi kami adik beradik duit belanja. Tidak pernah tolong kami. Tidak pernah mengambil tahu hal kami. Jika ada adik beradik yang susah, along hanya melihat dan mendengar.
Along rajin bercerita punyai banyak aset serta duit yang banyak. Selalu suka menunjuk dengan kehebatan yang along ada tapi sayang sikit pun kami tidak bangga dengan itu. Along tak pernah ambil tahu tentang kami adik beradik.
Jika bersembang berkumpul adik beradik along pasti akan menunjuk sikap yang berlebih-lebih. Jadi kami seperti janggal untuk bersembang dengan along.
Ibu ayah ku ajar kami dengan sempurna. Jadi tidak perlu persoal tentang ibu bapa ku. Bagi ku ibu bapa tidak salah kerana yang salah adalah diri kita sendiri yang mencorak kehidupan ini.
Along dengan ibu bapa ku baik-baik sahaja tetapi tidak juga dilonggokkan harta nya pada mereka.
Masih segar dalam otak ku ketika kecil along mempersenda badanku yang gemuk dan kepandaian ku yang rendah. Tetapi apa yang along dapat sekarang semua anaknya tidak pandai dan gemuk. Balasan Tuhan mungkin.
Dulu waktu remaja, ramai kawan ku akan bercerita perihal keluarga terutama jika mereka mempunyai abang.
Masing-masing akan bercerita bertapa baik nya abang kerana rajin menolong adik beradik nya. Kemana sahaja akan dibeli buah tangan untuk adik beradik. Boleh bercerita masalah dengan abang mereka.
Aku hanya tersenyum sambil berbisik dalam hati, bertapa beruntung nya mereka. Aku ada abang tapi umpama orang asing.
Jangan risau, kami adik beradik tidak pernah mengemis dengan along. Sebab bagi kami, along sudah dewasa dan patut tahu tentang human sense jadi tidak perlu diajar tentang sifat pemurah dan penyayang.
Kami tidak pandai juga meminta duit pada ibu bapa. Memang kami adik beradik sangat malu untuk meminta duit.
Sehingga lah aku berkahwin suami ku bertanya, ‘kenapa along macam itu?’ Bukan kah dia seorang lelaki dan abang, sepatutnya dia harus tolong adik beradik nya. Aku sedar dengan pertanyaan suami ku cuma aku tidak tahu apa harus di jawab.
Kami suami isteri busines kecil-kecilan. Suami ku pandai dalam memasak. Sampai suatu hari, along meminta suami ku untuk bersama-sama berniaga menjual makanan,
Umpama meminta tolong atau ‘menggunakan kepandaian’ suami ku untuk berniaga tetapi aku menentang sekeras nya, bagi ku dia tidak pernah menolong kami jadi buat apa perlu kita tolong along.
Along berkahwin dengan pilihan hati. Ketika awal perkenalan antara kami sekeluarga Kaklong mengatakan dia mampu mengubah along. Boleh buat along dan kami adik beradik rapat tapi sesudah kahwin along masih sama.
Tiada perubahan malah ketika ada perbincangan keluarga, kaklong boleh pula cakap pasal harta along. Kaklong berkeras yang along perlu bahagikan harta nya supaya tidak terjadi apa-apa pada kaklong di masa hadapan.
Mungkin kaklong rambang mata sebab tahu gaji along puluhan ribu.
Aku yang mendengar menepis dengan lantang mengatakan yang kami adik beradik bukan jenis ambil harta along. Kami masing-masing sudah berkerjaya. Along yang mendengar hanya tersenyum sinis.
Saat pkp 2021 ini, kami adik beradik masih boleh hidup dengan seadanya. Kami tidak meminta-minta dengan along. Masih berkongsi antara kami adik beradik bersama ibu ayah. Selalu juga video call bersama-sama tanpa along sekeluarga. Kami sudah terbiasa.
Jadi jika kau adalah seorang abang sila jaga adikmu. Sila ambil tahu perihal adik beradik mu.
Ya betul, jika kau sudah berkahwin isteri dan anak mu adalah syurga yang perlu di jaga tetapi dalam islam ibu bapa dan adik beradik juga adalah tiket untuk kau ke syurga.
Bukan kah semua ini akan disoal kelak?
Moga kita semua dilindungi Nya.
Aku hanya rindu pada seorang abang.
– Cadbury (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit