Am I A Loser

Seditkit intro. Aku Wana, Almost 30 series, married. Ada seorang baby.

Aku asal dari keluarga dalam kategori susah. Dari kecil takde makan mewah2, baju mak jahit sendiri jarang sekali beli yang baru. So dari kecil aku diajar untuk hidup tak melebih2 dalam segala hal. Diluntur begini dari kecil, Alhamdulillah bila dah makin dewasa still lagi dengan habit yang sama. Serba sederhana.

Dari kecil aku sebenarnya ada cita2 untuk membantu kedua ibubapa, macam korang jgk kan. Mesti ada impian ini. AKu dari dulu pasang angan2 nak beli sebiji kereta untuk mak ayah, dan sediakan tempat tinggal yang lebih selesa kepada mereka.

Tapi malang sekali, hingga saat ini, aku masih belum mampu nak realisasikan impian tu. Kini usia abah dh 60 lebih, masih bekerja. AKu sedih, aku tak mampu. KAdang2 terpikir jugak, kenapa aku kahwin awal? Aku kawin masa umur 26 tahun, abis degree di usia 24 tahun. Kerja sekejap then kumpul duit buat kawin. Kadang2 aku terpikir, aku macam selfish sebab kawin awal.

Gaji aku sekarang biasa2 je, cukup untuk family kecil aku. Sedikit wang kepada mak ayah kat kampong, tapi tak banyak. Cukup untuk beli makanan/barang basah dan kering sahaja. Bill api, air smua terpaksa abah bayar sendiri. Bayangkan diusia 60 lebih masih bekerja sebagai tukang buat rumah, angkat kayu, bancuh simen, angkat batu bata. Shame on me. AKu taip ni sambil nangis.

Aku sendiri pun kadang2 hujung bulan ikat perut. Aku diberi ujian anak sering kena warded sebab ada jangkitan kuman dalam paru2. Warded hospital kerajaan, just to let you know. Tkt nnt ada yang komen warded swasta le tu sampai habis duit. TAk, hospital kerjaan je, and mereka pun bagus. Bill hospital tak mahal, tapi masih perlu sediakan barangan lain untuk baby seperti minyak angin, alat sedut kahak, sterimar dan lain2 (Anak aku still tak fully recover sampai saat ini, mohon korang doakan kesihatan anak aku yea, tq). Oleh sebab anak aku yang masih belum pun cukup umur setahun tu selalu jatuh sakit, so aku pun kena la amik leave/UL untuk menjaga sendiri. Atas sebab ini, duit makin berkurang.

Impian aku, makin lama makin menjauh. AKu kadang2 menangis setiap kali lepas solat, mengadu pada yang Esa. Selalu nya aku akan berdoa semoga Allah murah kan rezeki aku, suami, dan adik beradik kami bagi sama2 kami dapat membantu satu sama lain. Tapi ada satu ketika, aku tersangat sedih, doa aku pada Allah, semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk abah bekerja. Aku menangis. AKu tak mampu. AKu tak mampu. Maaf kan adik, abah. Mak.

Aku takde tempat nak mengadu selain kpda Allah, aku jarang menagadu pada sesame manusia, takut ada yang keji. AKu cuba untuk ubah hidup keluarga, aku cuba untuk beri kesenangan kat mak abah, tapi masih belum ada rezeki. AKu Cuma risau, jika aku tdk sempat untuk membahagiakan kedua mak abah.
Maaf, aku tak pandai mengarang. Banyak yang terbuku dihati. Tapi tak sanggup rasanya untuk aku teruskan. Air mata makin laju selaju aku menaip confession ini.

Cuma, aku mohon pendapat. Apa lagi cara boleh aku buat uintuk tambah pendapatan keluarga aku. Selain dari kerja tetap, aku ada jugak jual barang online untuk tambah pendapatan. Kadang2 ada sale, kadang2 tak de jugak. Biasa la tu. Dulu sebelum ada anak, aku buat part time jadi cashier hujung minggu. Makna nya aku dalam setahun tidak pernah ada cuti. Skrg dah ada ank, masa hujung minggu kena layan kerenah anak yang semakin bijak membesar. Harap korang boleh bagi pandangan/cadangan.

– Wana bukan nama sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit