Hi korang. Terima kasih diatas komen2 yang kalian berikan. Saya kebiasaanya merupakan seorang yang sangat positif Namun, ada kala nya saya perlu meluahkan isi hati untuk menenangkan diri sendiri. Dan saya sangat jarang berkongsi masalah peribadi dengan orang terdekat walaupun dengan suami sendiri. Ada benda yang saya kongsi, dan ada yang tidak, contoh masalah keluarga sendiri. Sebab sudah terbiasa hidup susah dari kecil dan tak nak orang simpati dengan diri sendiri. Dari segi mata orang2 terdekat, saya merupakan seorang yang kuat dari segi emosi. Dan seorang yang pantas dalam menyelesaikan masalah. . Dan, saya membaca setiap komen dengan hati yang terbuka. Setiap orang berhak untuk memberi pandangan masing2. Akan saya cuba membaiki kesilapan saya.
Main point saya adalah, untuk membantu kedua mak abah saya dekat kampong. Dengan impian agar mereka tidak perlu bekerja lagi pada usia yang sudah senja. Mungkin kerana terlalu ingin mengejar impian untuk memberi mereka tempat tinggal yang selesa, dan sebagainya, ia memberi tekanan kepada saya kerana masih tidak mampu merealisasikan nya. Mungkin ini punca ada yang cakap saya tak reti bersyukur. Maafkan saya. Dengan teguran itu, akan saya cuba baiki kelemahan dan muhasabah diri.
Tidak dinafikan, ini masalah yang ramai orang hadapi, ada yang lagi susah dari ini. Ya, saya akui. Cuma, saya berkongsi untuk menenangkan hati yang sedih. Dan, ya. Saya lebih tenang sekarang. Ada yang bertanya mana suami wana? Kenapa semua wana yang kena tanggung? Suami Wana ade je sis, saya tak include cerita dia semalam sebab nak focus kepada main point saya. Ekonomi rumah tangga saya masih belum kukuh, lebih2 lagi baru saja pindah rumah sebab lebih dekat dengan pengasuh dan setelah ditolak tambah, dalam jangka masa panjang ia lebih menjimat kan dari segi masa, tenaga dan kewangan. Rumah baru pindah ni, korang faham2 la. Banyak juga nak kena beli barang kelengkapan. Kami merangkak perlahan2 untuk selesai kan semua . Beli apa yang penting je dulu
Kenapa nak pindah? Kalau dah susah2 xpayah la pindah dlu.. kalau ini yang bermain di fikiran korang, saya tolong jawab kan. Jarak ke rumah pengasuh dari rumah saya adalah 2x ganda jarak rumah saya ke office. Solution nya sama ada saya perlu pindah, atau perlu tukar pengasuh. Rezeki saya, pengasuh yang jaga anak saya sekarang, tersangat lah OK. Nak cari pengasuh pun satu isu, jumpa yang ok Alhamdulillah. Jadi, demi kebaikan anak, kami terpaksa pindah. Jika sebelum pindah, saya kebiasaanya akan tiba kt rumah pada jam 8 malam. Jam 7 jika bulan Ramadhan. Cuba korang bayangkan macam mana saya nak siapkan juadah berbuka , dengan anak yang fully BF. Sampai je kat rumah, belum tentu saya boleh terus masak. Anak lapar, kena kenyangkan dia dulu. Macam2 yang perlu saya hadapi, dan tak perlu saya ceritakan semua. Sekadar cukup untuk korang faham sebab saya pindah je.
Adik beradik saya semua perempuan, dan semua sudah berkahwin. Hanya dua dari kami yang bekerja. Yang lain suri rumah yang tiada pendapatan. Jadi hanya saya dengan kakak lagi sorang tu je yang hulur ke kampong tiap2 bulan. Dulu sebelum kahwin semua kakak2 saya berkerja. Masa tu je hidup mak abah senang sikit. Kami masing2 hulur. Dulu pun sebelum kahwin, saya amik sedikit je dari gaji untuk kegunaan sendiri, yang lain semua saya bagi mak abah. Cuma sekarang. Keadaan sedikit tegang ditambah ekonomi yang boleh dikatakan agak tenat. Nak mengeluh pun bukan boleh selesaikan masalah juga, ye tak. Usaha kena lebih. Setiap apa yang kita lakukan, pasti ada kos lepas sendiri. Contoh ada yang suggest buat grab/uber. Ya, suami saya part time grab. Dan kos lepas nya, kurang masa bersama saya dan anak kami yang kecil. Suami amik keputusan untuk buat grab pada waktu malam hanya selepas anak tidur. Dan kos lepasnya adalah kurang waktu rehat, pukul 6 pagi perlu bersiap2 untuk ke tempat kerja. Macam tu la sekarang. Dan syukur, ada kereta untuk buat grab. Saya just ceritakan, tak berniat untuk mengeluh. FYI only.
Ada banyak lagi suggestions lain yang agak menarik. Terima kasih untuk itu. Amat bermakna bagi saya. Akan saya usahakannya. Tidak diakui, Allah menguji setimpal dengan kemampuan kita. Ya, itu yang selalu saya cakap pada diri sendiri setiap kali ditimpa musibah. Allah uji orang yang dia sayang. Alhamdulillah.. Mungkin ada silap saya dimana2 yang belum saya baiki. Insya Allah akan saya baiki diri kearah yang lebih baik. Saya setuju dengan satu pendapat, mungkin Allah tak bagi kau kemewahan sebab jika kau mewah nanti takut lupa diri. Masya Allah, saya amat takut akan dugaan itu. Saya tak kejar kemewahan, hanya berusaha untuk sedikit rezeki agar dapat dikongsi dengan orang yang saya sayang. Saya ada kenal orang sebegini, yang dulu saat mereka susah, ikatan antara keluarga sangat lah utuh, kini mereka hidup mewah, tapi sayang. Mereka semakin berpisah. Saya amat takut sekiranya diuji dengan perkara2 begini. Semoga Allah pelihara kita sentiasa.
– Wana bukan nama sebenar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submi
t