Am I A Loser?

Hai gaiss. Thank you admin sebab approve. Korang tengok tajuk mesti dah boleh tahu apa aku nak cerita kan sebab macam klise. Haha. Tapi cerita manusia masing2 berbeza.

Cukuplah aku kenalkan diri aku sebagai Am. Umur 26. Aku bukan laki ye. Aku grad tahun 2016. Dan sekarang ni sku masih lagi sedang mencari kerja. Memanglah dalam masa 2 tahun ni aku tak goyang kaki saja kat rumah. Aku masuk SLIM, kerja guru ganti, jual air tepi jalan pon pernah. Dah habis SLIM pon aku masih tak dapat kerja. Dalam tempoh tu sampailah sekarang im still looking for a job.

Itu common problem graduan sekarang lah kan. Tapi itulah antara benda yang buat aku rasa lose dan hopeless. Lagi2 bila tengok kawan sebaya, even adik aku yang baru grad pon dah dapat kerja.

Hidup aku rasa macam miserable. Apa yang buat aku betul2 rasa looser?

Masa sekolah rendah dlu, aku ni bukan top student pon. Tapi cikgu2 ramai jugak kenal aku sebab aku lah antara yang suka ponteng dan pelajar yang bermasalah. Sampaikan cikgu sendiri bagitahu kawan sekelas, aku ni hantu. Hahaha. (ni kena masuk confession lain).
Jadi pelajar harapan? Jauhh sekali lah.

Tapi bila masuk sekolah menengah, aku sekolah di sekolah agama yang kecik. Pelajarnya cuma 60 orang sahaja satu sekolah tu. Dalam kelas aku, yang tak pandai membaca pon ada lagi. Memang sekolah tu tak dipandang orang. Tapi kat situlah aku mula berubah, walaupon mula2 masuk aku masih memberontak tak nak ke sekolah.

Kat sini, cikgu2 semua kenal sebab aku dapat 9A ujian untuk sekolah agama. Aku jadi pelajar harapan sekolah sebab naikkan nama sekolah yang kerdil. Kat sini, tak kejar rekod straight A, kau dapat beberapa A dalam exam PMR pon dah jadi best student. Aku pon xdapat banyak A pon. (Baca dulu sampai habis ye, jangan judge aku. Hehe)

Form4 dan SPM aku tukar sekolah sebab sekolah tadi cuma sampai form3 je masa tu. Di sekolah baru standard la macam sekolah biasa. Tak kecik dan takdelah besar sampai ribu2 pelajar. Aku form4, abang aku form5 dan adik aku form3.

Kat sekolah ni, kitorang jadi student harapan sekolah dalam exam masing2. Cikgu satu sekolah memang kenal kami. Masa tahun SPM, aku dengan adik aku cuma bawa duit untuk tambang je. Sebab ada sorang cikgu memang akan bayarkan untuk kami. Nota-nota untuk aku ulangkaji pon cikgu bagi free. Mungkin sebab masa tu kitorang tak mampu untuk bayar.

Cikgu semua layan kami dengan baik dan selalu bagi keutamaan. I push to the limit untuk buat yang terbaik. Sampailah aku dapat result SPM, aku betul2 jadi best student sekolah. Matematik yang selalu xlulus pon dapat A. Syukur, walauponn aku tak dapat straight. Satu subjek tersasar.

Sejak itu, aku adik beradik memang cikgu kenal walaupon dah jadi alumni. Aku dengan adik aku juga selalu ke sekolah kalau cuti. Untung cikgu masih ingat. Hehe.

Tapi sekarang ni, aku tak rasa semua tu penting pon. Bila aku rasa pernah jadi best student dulu, aku sangat tak seronok pegang title tu. Sebab?

Aku cuma graduan dan bekas best student yang masih mencari kerja dan terkial2 dengan jalan hidup. Sedangkan kawan2 aku, even yang dulunya xlulus exam, yang kelas belakang, rmaai dah berjaya. Dah ada kereta sendiri, bisnes sendiri. Gaji besar. Takde hutang yang kena bayar. Ada yang jadi cikgu, ustazah, askar dan macam2lah.

Bila pergi sekolah, soalan yang akan cikgu tanya, tentulah pasal kerja. Cikgu tentu saja mengharapkan aku kerja bagus2 sesuai dengan akademik aku. Kalau sekali takpe lagi, tapi bila dah banyak kali jumpa cikgu, dan jawapan aku masih sama, ‘tengah cari kerja’ sedangkan kawan2 yang lain telah maju ke depan, itulah membuatkan aku betul2 looser. Bila keluar dengan kawan, cakap pasal life masing2, aku betul2 rasa malu. Aset, satu pun takde. Yang ada cuma hutang pinjaman. Setahun okey lagi, tapi bila dah masuk tahun ketiga, aku betul2 rasa hopeless.

Bila pergi interview, ada juga penemuduga yang tanya tak pernah dapat kerja ke? Ya lah, dah hampir 3 tahun kot grad. Tapi tengok result, macam gempak. Lagilah aku down. Sampai kadang2 aku rasa depress dan murung. Berkurung saja dalam bilik.

Aku terfikir, aku seorang looser sebab tak dapat buat apa2 untuk orang yang pernah memberi pada aku. Family yang memaksa belajar sampai berjaya, tak dapat aku tolong dari segi kewangan. Cikgu2 yang banyak tolong masa sekolah, aku rasa macam dah hancurkan harapan diorang.

Sekarang ni satu benda yang buat aku bertahan adlaah penulisan. Perkara terbaik dalam hidup aku tahun lepas adalah dapat terbitkan buku dengan penerbit. Ya itu sahaja. Kadang2 bila orang tanya kerja apa sekarang… Nak je aku jawab penulis. (Huhu, boleh ke macam tu). Sekarang ni, aku harap korang dapat bagi satu perkara yang positif untuk aku keluarkan diri dan mindset aku dari kepompong seorang looser. Perasaan lose, buat aku rasa kosong. Tiada arah tujuan hidup.

– Am

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *