Am I A Psychopath?

Assalamualaikum. Saya tidak tahu macam mana harus saya mulakan konfesi ini, saya takut untuk meluahkan apa yang berselirat difikiran saya kebelakangan ini.

Bimbang akan dikecam seandainya tersalah menyusun kata. Tapi percayalah saya cuma ingin jalan keluar daripada masalah ini agar tiada hati yang terluka, bukan kecaman dari kalian yang mungkin akan menambahkan lagi kekusutan dihati ini.

Masalah Bermula bila saya beberapa bulan mengajar di sebuah sekolah.Bekerja sementara sebelum dapat kerja yang sesuai dengan kualifikasi saya.Tiga bulan awal saya berkerja disana, semuanya baik-baik sahaja.

Semuanya bermula apabila tiga bulan selepas itu saya mula terjatuh hati dekat seorang ayah kepada anak murid saya sendiri. Entah dimana silapnya, padahal selama ini agak ‘taboo’untuk saya memandang mana -mana lelaki sama ada single atau married.

Tapi saya sedar semuanya berpunca dari diri saya yang tidak menjaga mata. Tapi seingat saya saya hanya terpandang dia sekali je, itu pon ‘ter ‘ bukan on purpose pon.Entah macam mana perasaan halus ini boleh bersarang dilubuk hati.

Berbalik kepada cerita, Semakin hari saya semakin obses untuk melihat ayah murid tersebut. Tapi perasaan saya tidaklah obvious. Tiada seorang pom teman sekerja saya yang perasan gelagat saya.ia jiga disebakan saya selalu bertindak bertentangan dengan perasaan sebenar saya apabila berdepan dengan lelaki itu.

Contohnya, saya selalu tertunggu2 lelaki itu datang hantar anaknya tapi sebaik sahaja dia sampai depan pintu saya cepat pegi ketempat lain dengan tujuan utk mengelak. Itu kerana saya akan jadi panik, seram sejuk dan berdebar tiap kali berdepan dengan dia. Tidak pasti perasaan apa sebenarnya yang terbit dihati saya yang pastinya ia kian bercambah.

Disebabkan perasaan suka saya terhadap lelaki itu, saya treat anak dia differently sekarang ni . Anak dia jenis tak dominant dalam kelas dan bukan juga jenis suka menangis atau bergaduh macam budak-budak lain. Jadi,saya tidak terlalu bagi perhatian dekat anak dia sebelum ni . Sy lebih fokuskan dekat budak-budak bermasalah.

Tetapi, lepas je wujud perasaan pelik ni dekat ayah dia, saya banyak lebihkan perhatian saya pada dia. Ajak dia buat latihan dekat tepi saya, bila time nap saya usap kepala dia, gaya macam seorang mak tengah dodoikan anak. Saya jadi obeses dengan semua benda yang berkaitan dgn lelaki itu.

Sudah penat saya cuba rasionalkan diri bahawa perasaan yang bersarang dekat hati saya Sekarang ni bukanlah satu perasaan yang suci since lelaki itu dah ada keluarga pon, dan anak dia itu adalah anak murid saya. Saya juga pernah jumpa isteri dia sewaktu report card day,isterinya sangat cantik dan baik.

Mengenangkan kebaikan isterinya, saya betul-betul rasa bersalah walaupun perasaan ini hanya tersekat pada hati saya sahaja, I mean saya tak pernah terfikir mahu menganggu gugat kebahagiaan mereka. Kadang-kadang saya terfikir, beginikah punca wujudnya orang ketiga? Dan adakah saya sedang memainkan watak tersebut sekarang?

Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi yang kedua, tambahan pula isteri dia baik. Dan saya pastinya kejam seandainya mengkhianati kebaikannya (saya rahsiakan kebaikan dia, cukuplah pembaca tahu isterinya memang baik dengan saya ).

Disebabkan saya maklum betapa sakitnya hati wanita bila diduakan, jadi saya selalu terfikir alangkah bagusnya kalau isteri dia meninggal (akibat kemalangan atau apa-apa jelah) and I’m gonna take over her ‘duty’. So, bila saya take over lepas dia meninggal sekurang-kurangnya saya takkan rasa bersalah jika dijodohkan dengan suami nya. Sebab dia sudah tak ada lagi.

Saya tahu semua yang saya imaginasikan memang mengarut. Oleh sebab itu, panjangkanlah confession ini sampai kepada psychiatrist ke, psychologist ke,therapist ke atau sape2 yang qualified utk menterjemahkan perasaan sebenar saya ni agar perangai ‘pelik’saya ini ada jalan keluar nya.

Saya tak mahu lagi dibisikkan dengan bisikan jahat, bimbang iman senipis kulit bawah ini akan semakin nipis dan menghilang.

Sekian…

Saya harap sangat tiada yang bagi komen negative, sebab saya memang tahu perasaan ini salah jika tidak dicegah. Tetapi percayalah, saya sedang struggle utk membunag perasaan ini meskipun sangat sukar.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *