Am I Forever Alone?

Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan.

Terlebih dahulu, aku meminta maaf sekiranya confession aku susah difahami memandangkan aku jarang menulis panjang- panjang dalam Bahasa Melayu.

Aku ingin bercerita tentang kisah aku yang mungkin ‘forever alone’.

Nama aku Nur, pelajar degree universiti awam. Aku nak cakap yang aku tak ramai kawan. Normal ke aku ni?

Aku simpan nombor kawan-kawan aku dalam phone. Bila aku tengok status whatsapp dan media sosial mereka, masing- masing post gambar reunion, gambar dengan kawan-kawan, sambut birthday sama-sama.

Aku terdetik wow, bestnya hidup dia, dikelilingi kawan. Aku tak pernah rasa sebegitu.

Aku ada schoolmates tapi tak adalah serapat itu. Last kami jumpa pon dalam 2 atau 3 tahun lepas. Tak adanya nak pergi outing, keluar sama-sama.

Oh by the way, aku tak ada kawan lelaki. Yang mesej dengan aku hanyalah untuk bertanyakan tentang assignment. Itu pun jarang dan kala terdesak sangat2.

Sekarang yang mesej dengan aku, kawan –kawan satu universiti untuk bertanyakan tentang assignment. Kalau korang nak cakap aku forever alone. Ya, ada betulnya jugak.

Aku hidup hanya dikelilingi keluarga. Kalau aku bersama dengan kawan-kawan aku, kebasaanya aku disisihkan.

Ini semua disebabkan aku tidak melayan drama korea, KPOP, dan seangkatan dengannya. Jadi bila mereka bersembang, aku akan senyap dan memerhati.

Aku juga tak ramai kawan disebabkan tiada topik untuk mereka bercerita dengan aku.

Yelah, kalau jumpa dengan orang lain, bolehlah mereka bertukar tukar cerita pasal artis koreake. Kalu jumpa aku, macam krik, krik, krik jerrr.

Disebabkan aku bukan jenis post gambar di media sosial, aku semakn dilupakan, orang cakap tak dengar khabar.

Kadang pernah satu haritu aku jadi murung tengok kehidupan kawan-kawan aku yang lain. Mereka post gambar selfie sama-sama.

Aku macam dilupakan. Tambah pulak, aku ni takdelah secantik mereka. Tapi aku tak salahkan mereka. Betullah orang cakap, hidup dikelilingi kawan yang baik tu adalah satu rezeki jugak.

Pernah satu haritu aku menangis sebab rasa sedih terlalu sunyi. Tambah pulak musim PKP ni.

Bila semua tinggal di rumah, kawan-kawan aku kerap berjumpa sesama mereka. Aku? masih kesunyian. Kadang aku rasa macam aku ni manusia tak berguna.

Ok sambung balik. Selepas aku menangis tu, aku pergi solat Zohor. Aku belek jer Al-Quran, aku terbukak surah A-Tawbah, (9:40). Ayat tu adalah La tahzan innallah ha ma’ana. Masa tu jugak aku sedar keb*d*han aku.

Kenapa aku menangis disebabkan manusia. Padahal Allah ada dimana- mana aku berada. Aku boleh cakap yang ada sesetengah classmates @ schoolmates aku tahu kisah hidup aku.

Ada sesetengah mereka yang tahu kejayaan, kelemahan dan kekurangan aku. Tapi tak semua yang tahu semua tentang aku. Even keluarga aku sendiri tak tahu the real me. At the end of the day, hanya Allah sahaja yang tahu segala-galanya.

Masa tu aku tertanya-tanya, kenapa kena bersedih kalau kita tidak punya ramai kawan. Aku cuba untuk bersangka baik dengan Allah.

Mungkin aku tak ada rezeki untuk hidup dikelilingi kawan-kawan yang sering bergurau, bertanyakan khabar tentang aku. Mungkin dengan kehidupan aku macam ni, maka berkuranglah dosa mengumpat aku.

Aku tak bemaksud yang kalau ada ramai kawan ni, terus mengumpat. Tak. Tapi tahu tahulah kan, bila jumpa kawan-kawan ni. macam-macam nak bercerita sampai termasuk sekali kisah orang lain. Aku juga tak ada kawan lelaki.

Mungkin itu satu cara Allah selamatkan aku dari doza zina, couple dan seumpama dengannya. Aku terbuka hati untuk bersangka baik dengan Allah.

Lepastu aku nekad untuk tidak lagi melihat status sahabat yang aku follow atau status whatsapp. Haritu jugak aku unfollow akaun Instagram hampir semua kawan-kawan satu sekolah atau sesiapa yang pernah kenal aku.

Aku unfollow sebab aku taknak bandingkan hidup aku dengan mereka. Kadang-kadang, kita kena kurangkan buat perbandingan kehidupan kita dengan orang lain. Barulah kita kurang rasa sedih.

Bukan nak cakap perbandingan ni tak bagus. dari segi akademik, aku suka banding diri aku dengan kawan-kawan untuk menaikkan lagi semangat aku menuntut ilmu.

Tapi biasanya, tabiat bandingkan diri dengan orang lain ni akan berakhir dengan kesedihan. Sebab tu, kurangkan banding diri kita dengan orang lain.

Allah itu Maha Adil. Kalau kita beriman dan bertakwa, kita semua istimewa dipandanganNya. Betul tak pembaca, apa yang aku rasa ni? Mohon respond dengan kata-kata semangat :)

Bila aku dah stop follow mereka, aku rasa hidup aku lagi bahagia. Rasa macam buat apa nak tahu hidup orang lain. Buat apa nak puaskan hati semua orang.

Kita hidup kat dunia ni untuk meraih redha Allah, bukan redha manusia. Walaupun aku tak ramai kawan, sekurang-kurangnya aku bersyukur sebab aku masih ada mak ayah dan keluarga tercinta aku.

Sekian sahaja coretan hidup aku. Aku mintak maaf sebab confession ni terlalu bosan dan tak ade point. Aku minta maaf sebab ambik masa korang untuk baca confession ni.

Tapi aku nak tanya pembaca semua, normal ke kalau kita ni kurang kawan, hidup tak ramai kawan?

– NUR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *