Assalamualaikum.. Saya tak pernah berkongsi apa-apa sebelum ni dekat page ni. Cuma sebelum habis Ramadhan, diharap sedikit perkongsian ini dapat menambah amalan seharian kita dan InsyaaAllah menjadi pahala jariah saya. Aminn.. Semoga bermanfaat ;)
Amalan-amalan ni boleh jadi untuk kita baca selepas solat dan masa lapang kita. Masa tengah main handphone pun boleh baca. Kalau tak boleh amalkan yang panjang, mulakan dengan yang pendek-pendek dulu. Tapi cuba istiqamah.
1. Bila kita dalam keadaan bangun dari rukuk, kita akan baca “sami’ Allahulimanhamidah, Robbana walakalhamdu” kan? Lepas ni, sambung dengan baca, “Hamdan kathiron toyyiban Mubarakan fihi”. Lepas tu baru sujud. Bila baca yang ni, lebih 30 malaikat akan berebut rebut untuk dapat peluang tulis pahala amalan orang ni paling awal.
Dahsyatkan bila malaikat berebut nak tulis amalan kita? Ada kisah Rasulullah s.a.w. jadi imam solat, dan ada seorang makmum lelaki baca ayat ni. Nak tahu apa Rasulullah cakap lepas tu? Cari sambungan kisah ni kat Youtube ya? :)
2. Lepas solat, terutama solat subuh dan maghrib, lepas tahiyat Akhir, jangan cepat cepat nak alihkan lipatan kaki tahiyat akhir tu. Dan sebelum berkata apa-apa, baca dulu “lailahailla Allahu Wahdahula Syarikalah, lahulmulkuwalahul Hamduyuhyiwayumit, wahuwaala kullisyain qadir” 10 kali, sambung dengan baca “Allahumma ajirna minannar” 10x. Lepas dari tu, nak silang kaki sebab lenguh kaki, nak cepat cepat bangun pun boleh. Banyak fadilat dia. Tapi jangan tinggal yang atas tu tau?
3. Setiap pagi dan petang, jangan lupa baca Sayyidul Istighfar. Yang “Allahumma anta robbila ila ha illa anta”, dan ada sambungan lagi. Mula mula memang macam susah sikit nak hafal, kena baca sambil tengok ayat, tapi lamalama akan biasa. Allah sendiri akan ingatkan kita “ehh, pagi ni tak baca lagi”. Jangan lupa ;)
4. Lepas baca Sayyidul Istighfar, sambung dengan “lailaha illallah Muhammad Rasulullah, fi kulli lamhatin wanafasin Adadama wasi’ahu ilmullah.” Baca paling kurang 3 kali.
Sekali membacanya menyamai 72000 kali membaca La ilaha illallah kerana hitungan turun naik nafas manusia setiap hari adalah 24000 kali, manakala kerdipan mata sebanyak 48000 kali. ;)
5. Lepas baca no 4, sambung dengan “Allahumma a’inni ala dzikrika wasyukrika wahusni ibadatik”.
6. Sebelum keluar rumah jangan lupa baca “Bismillahi tawakkaltu Allallah, lahawla wala quwwata illabillahil aliyyiladzim” ayat kursi dan Surah Al-ikhlas. InsyaaAllah kita akan terpelihara dari segala benda yang tak baik. kita akan terasa macam dilindungi.
Setakat tu ja hari ni, nanti kita kongsi lagi amalan amalan lain. Cuba amalkan ya..
Boleh cari buku Amalan Orang Soleh oleh Ustaz Muhadir Haji Joll dan Amalan Mengangkat Darjat dari Ustaz Jafri.
Terima kasih admin. Moga bermanfaat untuk semua. Doakan amalan amalan kita yang sedikit ini diterima Allah dan kita dapat samasama masuk syurga Firdaus tanpa hisab, dan dapat duduk dalam syurga dengan Rasulullah S.A.W. Aminn..
Selamat Hari Raya ;)
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit