Assalamualaikum, aku Hazel. Aku nak share apa amalan yang kita semua boleh buat untuk tambah saham di akhirat sepanjang PKP ni
1) Tahajjud
Aku rasa sangat2 bersyukur sepanjang PKP ni sebab boleh buat tahajjud.
Bukan aku tak buat sebelum ni tapi sebab biasanya berkejar nak pergi kerja pastu balik kerja masak lagi dan buat kerja2 rumah.
Jadi penat sangat dan jarang terbangun awal sebelum subuh untuk buat tahajjud. Tapi bila PKP ni, aku cuba untuk jadikan rutin.
Kita semua pun boleh buat. Buat permulaan boleh buat solat 2 rakaat je dulu lepastu berdoa banyak2. Sebab waktu tahajjud ni DOA SANGAT MAKBUL. Apa saje permintaan kita submit je kat Allah.
Minta dipermudahkan urusan, minta dilancarkan rezeki kita, minta dijauhkan dari virus corona dan minta virus corona ni lenyap dari muka bumi ni.
2) Solat Dhuha
Yang ni pun aku cuba jadikan rutin. Aku buat solat dhuha ni sbb aku nak rezeki aku lancar. Lagi2 dengan PKP ni. Ramai yang terjejas ekonomi.
Solat dhuha ni umpama kau sedekah tulang 4 kerat kau. Dan tanda kau bersyukur. Bila dah hari2 buat rasa sayang sangat nak tinggal.
3) Solat Hajat
Yang ni pun boleh buat. Bila ada hajat yang kita nak, selain berdoa lepas tahajjud boleh la buat jugak solat hajat ni. Niatkan apa je permintaan kita supaya terkabul
4) Sedekah
Ramai yang terjejas ekonomi sekarang lagi2 peniaga kecik. Apa kata kita cuba bantu mereka dengan membeli barang jualan mereka.
Kesian bila baca dalam fb or ig, ada yang tak ada duit nak beli susu anak, takde duit nak makan.
Terkadang aku terfikir, aku ni dok risau cukup ke duit sampai gaji nanti sedangkan ada orang lain dok risau apa nak bagi anak2 makan untuk hari tu.
Kalau kita nampak orang susah, cepat2 la kita bantu. Kita tak tahu apa kesusahan dia pada hari tu
Tapi sebaiknya kita tanya dulu sedara dan keluarga terdekat kita. Bantu mereka dulu.
5) Baca Al-Quran
Ni pun kita boleh amalkan. Baca sehari satu muka pun ok sangat dah. Boleh la kita practice baca surah2 yang jarang kita baca.
Sambil2 boleh niat sedekah pada insan yang dah pergi dulu. Moga2 ada pahala buat mereka di alam sana
Rasanya setakat ni je aku share dulu. Aku doakan kita semua dijauhkan dari virus corona dan diberikan kelimpahan rezeki yang melimpah ruah.
Semoga apa yang aku tulis, ada yang amalkan dan menjadi saham akhirat aku. Sebab aku pun tak tahu bila ajal aku datang.
Terkadang rasa ajal tu dekat sangat dengan aku. Cukup ke aku sedekah selama ni? Amalan apa yang akan bantu aku dalam kubur nanti?
– Hazel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit