Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
Jangan push diri kita okay. Buat ikut kemampuan. Saya juga masih belajar.
Maaf kalau ada kekurangan. Betulkan saya kalau saya ada salah. Maaf juga kalau ejaan tak betul ke apa ya.
1. Solat tahajud.
(kalau tak mampu bangun pukul 3am, buat saja sebelum subuh. Bangun awal sikit) berdoa dan bercerita semua dekat Allah. Allah maha mendengar.
2. Solat taubat.
(kalau boleh, buat lepas isyak atau bangun pagi sebelum subuh).
3. Solat witir.
(lepas solat isyak pun boleh buat tapi kalau bangun pagi dah tak payah solat witir. Boleh terus tahajud, taubat & hajat).
4. Baca al-quran.
(biasanya lepas solat maghrib sampai masuk waktu isyak).
5. Setiap perbuatan dimulakan dengan zikir, selawat & istighfar.
Tukar tukar bacaan tu (contohnya: tengah cuci baju baca zikir, tengah sidai baju baca selawat pula, tengah lipat baju baca istighfar pula.
6. Baca terjemahan.
(sekarang kan boleh download dekat handphone saja) cuba baca terjemahan. Sebab semua maksud indah-indah. Hayati betul-betul. Mesti best.
Boleh juga specific kan surah apa yang kita nak baca. Contohnya, harini baca terjemahan untuk surah maryam. Esok surah yusuf dan seterusnya pula.
7. Hafal terjemahan zikir, selawat & istighfar.
Subhanalllah : Maha suci Allah
Alhamdulillah : Segala puji bagi Allah
LaillahailAllah : Tiada tuhan selain Allah
Astaghfirullah hal azim : Aku mohon keampunan daripadamu Allah yang maha agung.
Allahumma solli ala saidina muhammad wa ala alihi saidina muhammad : Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
8. Setiap hari baca surah Al-Waqiah
(tak kisah bila-bila).
9. Setiap malam baca surah Al-Mulk.
(sebelum tidur baca. Sebab benda terakhir kita buat sebelum tidur mesti tengok handphone).
10. Selalu selawat, istighfar & zikir.
(masa pagi2 bersiap nak pergi kerja boleh buka dekat youtube. Sambil2 tengah makeup tu. Insha Allah nanti kita pun ikut sama).
Buat ibu2, masa tidurkan anak tu, mesti kita akan baca zikir & selawat kan.
11. Hafal maksud Al- fatihah, An-nas, Al-falaq, Al-ikhlas & surah2 pendek yang lain). Sikit sikit pun takpe hafal tu. Mana yang kita mampu lah.
12. Sedekah.
(Insha Allah semua orang suka bersedekah kan) (family kita, tahfiz, anak yatim, Bersamamu & Palestin) andai kata kita tak mampu, sedekah dengan doa pun boleh. Insha Allah.
13. Masa solat baca maksud sekali.
(yang simple & kita mampu saja).
i) Sami Allah huliman hamidah :
Allah yang maha mendengar.
ii) Subhana robbiyal azimi wabihamdih :
Maha suci Allah, Allah yang maha agung.
iii) Subhana Robbiyal A’la :
Maha suci Allah, Allah yang maha tinggi.
14. Selalu dengar ceramah.
(boleh buka dekat youtube ceramah yang bermanfaat . Kalau rajin, kita catit lah setiap yang kita dengar tu. Sedia kan buku khas untuk kita catit).
15. Masa ambil wudhuk selalu doa :
i) Berkumur-kumur : Ya Allah lindungi mulut aku daripada mengeluarkan perkataan yang tidak baik & selalu berzikir kepadamu.
ii) Basuh muka : Ya Allah tetapkan wajahku dlm disyurgamu, berikan Nur cahaya pada wajahku dan lembutkan hati orang yang melihat wajahku. jauhkan mereka dari api kebencian terhadapku.
iii) Basuh tangan : (kanan) Ya Allah permudahkan buku amalanku di sebelah kanan. (kiri) dan jauhkan buku amalanku disebelah kiri.
iv) Basuh kepala : Ya Allah, jauhkan rambutku daripada di sambar oleh api neraka dan kau berikanlah keringatku mengalir semasa sakaratul maut.
v) Basuh telinga : Ya Allah kau jauhkan lah telingaku daripada mendengar perkara yang tidak baik, yang risaw, resah gelisah,takut dan sebagainya dan kau berilah aku mendengar perkara yang baik dan menggembirakan hati)
vi) Basuh kaki :
(kanan) Ya Allah kau permudahkan lah kakiku melangkah ke titian siratmu, semoga sampai ke telaga kausar dan dapat berjumpa dgnMu, nabi Muhammad, para nabi, para sahabat, para solihin, para syuhada, orang2 alim, keluargaku, sahabat2ku dan semua umat islam.
(kiri) Ya Allah jauhkan kakiku melangkah ke nerakamu, tempat haram, hina dina, tempat zina, tempat maksiat & tempat kotor dan tempat tidak baik.
(insha Allah sempat saja baca doa2 ni masa ambil wudhuk tu).
16. Baca al-mathurat. (ni bila2 free lah). Kalau boleh, masa nak mula kan kerja tu boleh baca. Lepas subuh pun boleh. Asalkan waktu tu masih pagi.
17. Solat awal waktu (sebaik-baiknya). Kita cuba okay.
18. Dengar azan sungguh-sungguh. Mana tahu nanti dah tak dapat dengar azan.
19. Selalu mendoakan kebaikan untuk orang. (insha Allah akan dipermudahkan urusan).
20. Sentiasa berdoa. Jangan pernah berhenti doa. Kalau cakap perkara perkara yang baik pun dah dikira doa.
21. Bagi yang bekerja, (office & lain lain) masa tengah buat kerja tu, pakai earphone dengar tazkirah. Best saja. Ini boleh kurangkan kita dari bosan jugak. Tapi boleh saja nak dengar lagu. Selari kan lah. Hehe.
22. Tips untuk doa : kalau kita ada masalah besar, kalau boleh jangan doa macam ni “wahai Allah, aku ada masalah besar”.
Tapi doa lah seperti ini “wahai masalah, aku ada Allah yang maha besar. (subhanAllah saya suka sgt dengan ayat ni). Cuba kita tukar ayat doa kita ya.
23. Bagi yang pergi kerja naik kereta, naik train atau jalan kaki, kita boleh amalkan macam2 doa.
Contohnya, lalu dekat traffic light kita boleh baca doa2 nabi. Contohnya doa nabi musa, nabi yunus, nabi daud dan doa nabi lain.
Masa tengah lalu dekat bank cimb ni, kita boleh zikir, masa lalu dekat depan hospital ni, kita boleh selawat. So kita boleh pelbagai kan bacaan kita. Insha Allah hati kita akan tenang.
24. Selalu berlapang dada.
Selalu baca doa nabi musa . Jangan ada langsung sikap tak puas hati dengan orang lain. Banyak banyak kan istighfar.
25. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Kita jadi baik pun atas doa doa dari mereka. Insha Allah.
26. Jaga hubungan dengan orang sekeliling kita. Jangan pernah nak ambil tahu pasal orang lain. Sebab kadang2 ianya boleh mendatangkan fitnah.
Okay sampai sini saja tips dari saya. Kalau ada yang lain, anda boleh share. Insha Allah kita boleh sama2 improve.
Buat sesuatu kerana Allah. Insha Allah bahagia. Datanglah sebanyak mana pun masalah. Allah tetap akan beri bantuan & jalan keluar. Lillahi taala, saya tak ada niat lain melainkan untuk kongsi tips rasa bahagia ini.
– Mai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit