Amanah Bekerja

Assalamualaikum. Nama aku Amirul (bukan nama sebenar). Aku cuma nak kongsi macam mana aku berubah dari seorang lelaki yang main-main kepada seorang suami yang bertanggungjawab. Aku tahu ramai lelaki yang sama macam aku yang dulu.

Lepas grad, aku terus dah dapat kerja. Lepas few months dapat lah kenaikan jadi 2k sebulan.. aku masih tinggal dengan parents waktu ni. Aku tak ada saving. Half gaji aku bagi mak ayah. Masa aku umur 24, aku kenal dengan isteri aku. Lepas 6 bulan kami nikah & bersanding. Kenapa awal sangat? Sebab waktu ni dah kemaruk sangat. Isteri aku jual mahal, aku takut melepas. Terus jumpa ayah dia kata nak meminang..

Kami tak bercinta macam orang lain. Setakat aku suka kau, kau suka aku je sebelum kahwin. Tak ada nak pergi dating ke apa. Nak dijadikan cerita, kami sewa rumah. Waktu ni lah yang aku agak culture shock.. banyak benda aku tak tahu. Banyak yang aku try hard nak belajar.

Isteri aku dari umur 18 memang dah sewa rumah sendiri, bukan bilik. Tapi rumah 3 bilik.. dia seorang je duduk. Mungkin sebab dia rajin bekerja.. Waktu ni, aku taktahu apa itu deposit 2+1 la 1+1 la.. tenancy agreement bagai.. isteri aku explain and setelkan hal tu. Aku just bagi duit je.. pasal kerja, aku tak pernah nak ambik serius. Kalau sakit sikit MC, kalau takde mood, ambik AL.

Tapi lepas kahwin, isteri aku pantang kalau aku tak pergi kerja. Dia akan push, main psychology dengan aku supaya aku rasa bersalah. Then aku terpaksa pergi walaupun dah lambat… kalau aku cakap aku sakit, dia akan rasa dulu kalau betul panas, dia bagi duduk rumah. Kalau tak panas setakat mengada mengada dia suruh aku pergi jugak. Kadang aku frust asyik kena push je. Dia kata kat aku, apa guna ibadah yang lain, kalau menganiaya orang kat tempat kerja, tak amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

Pada awal nya aku rasa isteri aku ni ‘over’ dan terlampau workaholic. Beberapa bulan lepas kahwin, aku berhenti sebab jauh. Aku cari kerja yang dekat je.. tapi aku agak memilih. So memang tak dapat lah kerja. Isteri aku menangis. Dia kata aku tak pernah rasa apa dia rasa, ikat perut makan sekeping roti sehari sebab nak bayar sewa. Sebab tu aku main-main dalam kerja. Masa ni aku ada la rasa bersalah sikit. Sikit jela. So aku buat kerja part time sementara cari kerja tetap.. aku tak ambik serious sangat sebab kami masih mampu je nak makan.

Lepas aku dapat kerja baru yang dekat, aku selalu tak datang sebab kerja tu penat. Isteri aku macam biasa, dia mengamuk dalam lembut. Takda tengking ke apa.. tapi yela, macam machine gun aku kena serang. Aku rasa dia macam tak faham aku waktu ni. Aku penat tahu tak.. dia tak pernah fikir aku kat tempat kerja panas bahang dengan keadaan puasa lagi… dia takpelah, jaga anak kat rumah je.

Keadaan ni berterusan sampai isteri aku ni meletup. Dia ikat anak aku yang masa ni baru 5 bulan.. gendong kat belakang. Dia keluar jalan kaki pergi cari kerja. Oh ye, masa dia kerja dulu dia naik public transport je. Takde lesen. Dia kata kat aku, kalau nafkah tu tanggungjawab dia, dia dah pergi kerja. Aku duduk je kat rumah. Satu jam aku ikut dia dari belakang pujuk dia balik.. dia betul-betul nekad sampaikan terima kerja cuci pinggan sambil dukung anak. Aku tak sampai hati, aku rasa bersalah sangat. Aku angkat dia masuk kereta, balik. Dia kurus kecik je, aku tinggi. So takde masalah nak angkat.

Aku berhenti kerja yang kedua ni, pastu aku cari kerja lain yang aku suka. Apa yang aku kagum, isteri aku banyak tahu pasal hal ‘dewasa’. Pasal undang-undang, akta pekerja bagai, rumah la… sedangkan aku? Aku baru tahu semua ni. Yela, dulu kerja main-main je. Masih tinggal dgn mak ayah, nak takut apa kalau hilang kerja. Sekarang aku dah 28, takkan nak main-main lagi..

Tak lama aku buat part time, aku dapat kerja yang aku suka. Tapi, sistem tidak adil. Dimana aku terpaksa kerja lebih walaupun sama-sama orang baru. Aku selalu lepaskan marah kat rumah lepas balik kerja. Isteri aku macam biasa, bila aku dah lepaskan kat dia, macam machine gun dia pot pet pot pet nasihatkan aku sambil jaga anak, sambil dukung, sambil masak.. bunyi kuali tu takyah cakap, macam ada perang je kat dapur tu. Ketak ketak ketak je bunyi..

Baru ni aku tak tahan dengan ketidakadilan diorang ni, aku berhenti tanpa notis. Mengamuk isteri aku sampai tak bagi masuk rumah. Dia kata aku masih tak berubah la apa la. Tapi aku rasa dia yang tak faham aku. Aku kena aniaya kat tempat kerja, ada dia faham aku. Lepas beberapa jam, aku dapat masuk rumah. Isteri aku pandang aku lama. Dia persoalkan tindakan aku. Aku taktahu macam mana dia tahu aku tak pergi kerja, tapi aku pergi masjid. Tenangkan fikiran. Naluri isteri ni kuat agaknya… hmm.

Kami duduk di sofa berdepan satu sama lain. Dia pandang aku, aku dah terketar lutut taktahu nak jawab apa. Mula-mula, dia soal ‘kenapa’. Lepas aku explain kat dia, dia tenang. Dia ambilkan aku air.. dia sentiasa jalankan tanggungjawab dia, walaupun aku selalu buat hal. Lepas minum, kami saling pandang lagi. Dia kata, apa perasaan aku, kalau aku penat-penat kerja kat luar, tapi dia tiba-tiba lari rumah tinggalkan anak-anak. Aku mestilah jawab marah.

Dia senyum. Dia tanya lagi, dalam islam kalau sesorang tu bersalah, apa yang sepatutnya buat? Aku jawab, tangkap pesalah tu. Bicarakan kat mahkamah baru jatuhkan hukuman. Dia senyum, Dia tanya lagi.. aku marah kat boss, tapi ada tak aku bincang hal tidak adil ni kat orang atas? Aku jawablah tak.. yela, takkan aku nak lepaskan marah kat boss pulak. Lepastu dia senyum, dia tanya aku faham tak? Aku dah blur, faham apa nya..

Lama dia tinggalkan aku suruh aku fikir.. lama-lama aku baru tersedar kenapa dia tak faham aku. Kenapa dia tak back up aku. Sebab aku pun akan marah kalau isteri aku lari dari tanggungjawab. Betullah apa dia tanya, boss aku salah. Tapi aku hukum boss aku ikut cara aku. Aku tak bincang, aku tak utarakan isu ni kat pihak atasan.

Esoknya, aku jumpa boss aku, aku bincang dgn dia.. rupanya boss aku buat silap tu tanpa sedar. Dia minta maaf kat aku dan janji tak ulang lagi. Balik tu, isteri aku pesan.. tak guna kalau solat tak tinggal, tapi menganiaya orang lain dgn berhenti tiba-tiba. Pastu tak pegang amanah yang orang bagi suruh buat kerja. Berdosa tauu.. masuk neraka. Buat kerja sia-sia.

Hmm deep… semua ayat dia memang deep pun.. walaupun selalu dia ulang ayat budak-budak, (berdosa tauu masuk neraka).

Masa ni baru aku faham, selama ni dia bukan risaukan kami cukup makan ke tak.. tapi dia risau aku buat dosa kat orang lain. Allahu… aku fikir dia suruh aku kerja sebab dia tekankan nafkah anak & isteri sahaja. Rupanya dia risau aku aniaya orang lain. Bukan hal kerja je, hal anak, hal ibu bapa, rumah, semualah dia buat aku deep.

Mulut dia macam machine gun, padu, tapi tak pernah tengking/ marah/ maki. Pernah aku tanya dia tak menyesal ke kahwin dengan lelaki tak matang. Jawapan dia, tak. Sebab dia tahu seseorang takkan matang melainkan dia dah lalui sesuatu dan tahu cara nak atasi. (Perghh ayat dia.. tak padan dengan 21)

Sejak tu no more fake MC, no more ambik AL mengada-mengada, no more main-main. Aku tahu isteri aku try hard jadi suri rumah, aku pun akan cuba selagi boleh untuk jadi seorang yang betul2 amanah… hampir 4 tahun kahwin baru aku berubah.. lama isteri aku hadap. Aku tahu aku tak salah pilih isteri. Dia memang bijak handle situasi, matang sebelum usia. Takde social media melainkan whatsapp.

Tapi aku selalu risau dia fikir dia silap pilih suami. Itu yang membuatkan aku lagi nak berubah. Aku kagum sebelum kahwin dia mampu untuk kerja walaupun demam dah 40°C disebabkan amanah. Betapa besarnya nilai tanggungjawab bagi dia.. aku tak mampu. Demam panas memang aku tinggal kerja tu pergi jumpa doktor dah..

Aku rasa ramai lagi yang macam aku, pasal mindset dalam bekerja, dan aku harap korang tak kahwin dalam keadaan yang masih main-main.. jangan la sia-siakan amanah. Tak kira la isteri, anak, atau perkerjaan apa pun yang diamanahkan..

– Amirul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *