Part I, (https://iiumc.com/amanah/).
Hai! Assalamualaikum lagi sekali dan maaf kerana posting sebelum ini agak syok sendiri dan tidak formal/serius. Jadinya, aku ingin membetulkan kesilapan aku bagi memudahkan pembaca membaca tanpa kebingungan.
Selepas arwah nenek aku meninggal, yang memandikan jenazah arwah nenek tetap ke – empat2 anak nenek diikuti dari yang sulung sampai la bongsu iaitu Ahcai, Bedah, Ciketum dan mak aku. Ahcai sahaja yang lelaki. Bedah, Ciketum dan mak aku anak perempuan.
Selesai pengembumian, Ciketum terus inform Ahcai dan berkata “Aku nak bincang pasal wasiat mak” dan Ahcai masa tu rasa Ciketum sangat tidak menghormati pemergian mak sendiri, ibaratnya tanah masih merah engkau sudah nak bercakap pasal harta.
Benda ini juga berlaku semasa aku darjah 3. Waktu itu arwah atok aku baru sahaja meninggal tapi belum ditanam. Biasalah aku masa tu kanak – kanak lagi, tak faham kesedihan yang dilalui. Aku ingat Ciketum nak jalan – jalan, aku pun ikut naik kereta dia. Dalam kereta tu ade Ciketum, Juli (anak pertama Ciketum), aku dan lagi seorang aku tak ingat.
Tiba – tiba Ciketum berenti dan berbicara dengan Juli, “Eh, kenapa tanah tu Atok letak nama dia haa?” dan Juli ada reply sesuatu tapi aku tak ingat. Apa yang aku ingat masa tu setiap kali ada tahlil, aku dapat jumpa semua budak – budak utk main. Tapi selepas aku dewasa, baru aku faham. Aku cerita jugak kejadian ini kepada mak aku, respon mak aku tak terkejut pun sebab dia tau Ciketum tu macam mana.
Okay seminggu selepas pemergian nenek aku, mereka berkumpul dirumah pusaka nenek aku. Mak aku ingatkan nak bukak wasiat, sebab pada mak aku cepat selesai, ringanlah bebanan arwah. Rupa – rupanya, Ciketum membuat sesi luahan perasaan. Dia nak bagitau yang arwah nenek terkilan dengan Ahcai, Bedah dan mak aku. Banyak yang dah keluar telinga kiri aku dari apa yang mak aku cerita, tapi yang aku tak suka bila Ciketum menyatakan yang arwah nenek aku rasa dia takkan dapat doa dari anak – anak dia bila dia mati.
Yang ini aku agak tak suka, kerana orang cepat menilai. Aku dulu pun begitu, setiap kali hari raya aku mesti tanya mak aku, ” Mak, tak pergi kubur atok ke?” Mak aku akan reply dengan nada bersahaja, “Tak pergi kubur pun tak apa, janji kita kirimkan doa untuk dia setiap hari pun cukup” begitulah mak aku, banyak dia ikut cara ayah aku. Jadi aku rasa Ciketum ni sangat la rasa diri dia yang terbaik dalam segala hal, dan mungkin doa itu hanya sampai dari dia sahaja. Takkan kau tengah bersedekah pun nak selfie kan? Tapi itulah realiti. Nak dipuji, nak disanjung orang haruslah kau gembar – gemburkan dan viralkan setiap inci kebaikan yang kau dah buat.
Perbincangan pertama membazirkan masa mak aku sebab mak aku rasa lebih baik mak aku istirehat dari bergaduh. Menunggu panggilan ke – 2, mak aku bertegas. Jika berjumpa di tempat yang tak sepatutnya, mak aku takkan datang. So selepas beberapa minggu, barulah mak aku dapat panggilan dan mereka semua berjumpa di pusat pembukaan wasiat. Jika diikutkan, wasiat utk anak – anak. Tapi semasa hari itu ada Juli dan Raihan (anak Ciketum) dan tak terkejut bagi mak apabila wasiat dibuka memang ada nama Juli dan Raihan.
Masa pembukaan wasiat itu, tiada satu pun bahagian utk Ahcai, Bedah dan mak aku. Tapi semuanya milik Ciketum dan ada sedikit nama Juli dan Raihan. Tapi aku agak pelik sebab, diakhir wasiat itu ada tulis “Jika tidak setuju wasiat boleh difaraidkan” makan Ahcai, Bedah dan mak aku minta untuk menfaraidkan wasiat itu. Kalau dah nama dalam wasiat itu semua nama kau, dan tiba2 kene faraid mestilah panas hati Ciketum. Berlakulah misi dan visi Ciketum untuk mengkucar – kacirkan Ahcai, Bedah dan mak aku.
Ahcai memang tak sehaluan dengan Ciketum, sebab laki Ciketum kita panggil Remy lah senang. Sebab Remy ni suka menyakitkan hati Ahcai, lidah Remy memang tajam dari pisau. Dan setiap bait – bait kata Remy banyak menyakiti hati Ahcai dan selalunya nenek aku. Walaupun kesenangan yang Remy kecapi itu sebenarnya dari usaha dan penat lelah Ahcai dan nenek aku, tapi Remy langsung tak pernah sedar.
Mak aku pernah cakap, perniagaan nenek tu sebenarnya banyak hasil dari Ahcai. Tapi disebabkan Ahcai sakit, Ciketum la amik alih. Mak aku pulak seperti biskut, sekejap datang tolong dan kadang2 tak datang sebab uruskan keluarga, nak persiapkan anak dan ayah aku. Kalau ada masa lapang, mak aku akan datang tolong serba serbi. Memang akan nampak macam Ciketum yang banyak membantu, tapi tersirat setiap agenda yang dia buat. Ciketum pernah cuba untuk berniaga sendiri, tapi tak laku kerana dia bukan orang yang dikenali pun. She and Remy can’t stand up alone at that time. Tapi masa tu dia berlagak nak bagitau dia hebat dan dia boleh, but end up melutut merayu dekat nenek aku untuk berniaga bersama balik.
Selepas wasiat telah difaraid, dan masih dalam proses. Ciketum mengganggu kehidupan seharian Bedah. Sebab Bedah ni senang dijentik dan senang diperbodohkan ataupun dikudakan. Ciketum tak pernah ganggu mak aku. Aku rasa aku tau sebabnya, kalau Ciketum ganggu pun mak aku takkan layan. Mak aku banyak lagi kerja nak buat, nak masak dan kemas rumah dan menonton televisyen seperti manusia normal.
Ciketum memerlukan Bedah untuk merialisasikan impian Ciketum. Kalau Ciketum tak kacau Bedah. Ciketum seorang diri, dan kalau otak Bedah dioperasi oleh Ciketum. Ciketum akan ada Bedah untuk memudahkan Ciketum menjatuhkan Ahcai sebagai pewaris kuat. Semasa perbalahan ni, setiap malam yang akan tidur nyenyak hanya mak aku. Bedah dan Ahcai pulak setiap kali datang rumah mak aku, dieorg meluahkan perasaan tak dapat tidur dengan nyenyak, hati rasa tak tenteram. Macam mana nak tenteram kalau harta nak dekat sejuta tak settle – settle lagi. Mak aku hanya dapat nasihat Bedah dan Ahcai untuk tunggu sehingga proses selesai.
Ciketum pulak masih dalam misi dan visinya, tapi Bedah pun dah masuk dalam perangkap Ciketum. Macam mana dulu kami satu family kesiankan Bedah kene saman berpuluh ribu dengan Ciketum, menangis – nangis Bedah. Menangis Bedah dekat rumah mak aku, tapi dia lupa agaknya macam mana dia menangis. Tapi sekarang Bedah buat neutral, tapi tetap tak dapat nak sembunyikan ke-neutral-an benda tu dari mak aku. Mak aku tau apa yang Bedah lalui, tapi mak aku kesian Bedah tak ambil pengajaran.
Bedah (PR Singapura) , bayangkan semasa urusan makamah dia nak kena ulang – alik. Kepenatan yang dia lalui, duit yang dilaburkan begitu sahaja, kesudahan yang tidak mendatangkan hasil yang baik. Ciketum takde pun tolong dia time tu, takde pulak dia menangis dekat rumah Ciketum. Tapi Bedah tak mengambil pengajaran. Macam mak aku pulak, pernah Ciketum dan Remy kucar – kacirkan hubungan mak aku dengan Bedah. Lepas dari peristiwa tu, terus mak aku berhati – hati dengan Ciketum. Bukan berhati – hati sebab apa, cuma nak menjaga hubungan dengan adik – beradik.
Sekarang Bedah pulak nak meng – apikan mak aku. Siap cakap dekat mak aku, “Oh, betulah cakap Ciketum. Duit semua orang nak, tapi berbincang taknak” masa tu mak aku tanya Bedah balik “Duit apa yang aku dapat sekarang ni?” Bila harta mengaburi jiwa dan mata, macam – macam keluar dari mulut Bedah. Tapi semua itu aku tak rasa dari Bedah, ibaratnya kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tiada Ciketum masakan Bedah bergoyang. Kan? Setahu aku masa arwah nenek baru meninggal, yang beria redha memang Bedah. Tapi sekarang tidak lagi.
Dekat atas aku ada cerita yang Ciketum dan arwah nenek berniaga kan? Tapi hasilnya ada dia kongsikan kepada Ahcai, Bedah dan mak aku? Tiada ya tuan/puan. Mungkin banyak sedekah amal jariah yang dibuat oleh Ciketum.
Yang mana sebelum ini komen di Amanah Part 1, ada yang cakap suruh je mak serahkan pada Ciketum. Tapi pembahagian mengikut faraid pun still belum selesai lagi. Banyak lagi drama yang bakal berlangsung, yang mungkin mak aku tak jangka terjadi.
Sebenarnya jika susah buat wasiat, sepatutnya hibahkan sahaja sebelum arwah nenek aku meninggal. Bila sudah dihibahkan, tiada pun yang boleh ganggu. Tapi mungkin mereka kurang mendalami wasiat dan hibah, jadi benda ini jadi berlarutan lamanya nak selesai.
Hopefully pembahagian wasiat ini dapat berakhir dengan baik. Semoga yang baik itu datang dari Allah. Dan semoga yang baik juga doa dari kalian.
– Dinda 2
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit