Amanah Itu Berat

Salam & hai semua. Memandangkan sekarang dah cuti sekolah dan zon kepada bakal bakal cikgu yang berjaya mendapat penjawatan secara one-off oleh KPM haritu,

Maka ramai cikgu sekolah aku (sekolah swasta pasir berdengung uganda yanana) hehehe dapat tawaran ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yang pertamanya aku ucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan mana mana bakal guru yang akan berkhidmat di tempat baru.

Jadi aku nak kongsikan kepada pembaca apa yang berlaku. Al kisah cikgu di sekolah aku ini boleh dikatakan dalam 6 orang juga lah yang akan keluar dan akan berpindah ke sekolah baru.

Cuma dalam ramai ramai ini aku rasa mereka culas/sambil lewa antaranya bab silibus yang belum lagi dihabiskan, kerja kerja lain yang tertangguh tak diselesaikan, menanda paper selalu tak habis,

Selalu sangat ambil cuti walhal mereka tak ada crk dalam terma penjawatan mereka dan paling aku risau diorang ini boleh dikatakan selalu datang lambat ke sekolah.

Sebab apa aku boleh tahu diorang selalu datang lambat?

Kebiasaannya awal pagi aku akan bersarapan dulu di kantin dengan cikgu cikgu lain. Dari kantin boleh nampak siapa datang lambat, siapa datang cepat siapa pakai baju warna merah siapa pakai baju hitam.

Kantin sekolah aku ini pula berhadapan dengan tempat letak kenderaan guru guru. So memang terang jelas dan nyata.

Aik pengetua tak pernah nampak ke? Dia jenis tak rajin makan di kantin so tak dapatlah nak nampak siapa datang lambat.

Awalnya aku macam bersangka baiklah terlambat sekali dua ini perkara biasa tuan puan…

Contoh macam terberak dalam seluar ke terkemalangan ke tertinggal barang ke terbangun lambat ke hujan… benda tu normal. Tapi kalau dah kerap dan boleh dikatakan setiap hari.

Itu tabiat. Datang sekolah 8.15-8.30 korang rasa? Sedangkan punch mesti sebelum 7.30 pagi.

Jangan harap bila nanti masuk sekolah KPM diorang ini suka suka nak cutilah nak datang lambat lah. Silap silap dapat kad warna warni nanti.

Lagi naya rupanya diorang yang selalu lambat ini ada kawan ‘baik’ yang tolong punchkan kad depa. Sekolah aku masih pakai kad lagi bukan guna fingerprint. Ermm ini satu lagi tabiat buruk ya. Salah tahu tak…

Walaupun sekolah aku ini bukan dibawah KPM tapi cikgu kan… Bab tepati masa dan amanah pun tak lepas macam mana bab bab tanggungjawab yang lain nak handle?

Aku rasa kelemahannya adalah pentadbiran sekolah aku tak pernah menegur mana mana guru yang lambat. Bab punch & rph ini pengetua aku macam tak tegas la rasanya.

Dalam mesyuarat tak ada pulak aku dengar pengetua tegur atau ingatkan bab datang lambat. Ini pun satu hal. Dah terbiasa tak menegur jadi masing masing naik lemaklah. Lemah….. Hahahahaha

Jadi nasihat aku dan aku berharap kepada bakal guru yang akan berkhidmat di tempat yang baru tolong buang sikap dan tabiat yang buruk dan tak baik di tempat lama,

Kalian bukan bawa nama kalian saja malah bawa nama tempat kerja/sekolah lama kalian juga.

Tolong berubah untuk perkhidmatan yang baru ini. Bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki sebab tawaran one-off ini kalian juga yang mohon kan?

Belajarlah sesuatu di tempat baru dan sila amanah pada tugas hakiki. Tahu kan hukum halal haram?

Yang prihatin,

– Tihani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *