Assalamualaikum.. Terima kasih kalau confession ni disiarkan. Aku harap korang semua boleh baca and menilai sama ada apa yang aku rasa, aku fikir sekarang ni salah atau betul.
Aku dah setahun berkahwin tapi duduk bersama dengan suami baru beberapa bulan since kami PJJ sekejap lepas nikah.
Semuanya bermula lepas dah duduk bersama. Duduk bersama sekali dengan keluarga dia. Yelah, masa ni lah orang kata kita baru nampak sisi baik buruk pasangan kita kan.
Dulu before kahwin, I know he is the one sebab tengok cara dia layan mak dia. Tersangat sempurna. Baik di mata aku. So aku assume dia mampu untuk jadi imam, suami dan ayah yang baik untuk aku dan anak2 kami nanti.
Tapi lepas dah kahwin, baru aku tahu apa yang aku nampak baik tulah yang jadi masalah untuk aku sekarang. Aku selalu rasa tersisih dalam family in law.
Walaupun diaorang cuma 2 beradik and dengan mak dia saja, which is patutnya aku tak patut pun rasa tersisih sebab dekat rumah tu tinggal 4 orang saja penghuni.
Tapi suami aku ni priorities mak dia in every aspect. Yes aku tahu aku tak patut rasa macamni. Dia, as anak lelaki besar tanggungjawab dia dekat ibu dia. Aku harap sangat Allah buang jauh2 perasaan ni dalam diri aku. Sebab aku sedar aku cuma isteri.
Tahu tak bila timbul nya rasa sedih, tersisih, terasa ni semua? Bila suami aku tinggalkan aku sendiri untuk teman mak dia tidur dekat bawah. Aku sendiri dekat atas. Tapi aku fikir setakat tidur sendiri aku masih boleh adapt lagi benda tu semua.
Lagipun bukan selalu, cuma bila adik ipar aku tak ada di rumah saja suami aku akan take over teman mak dia dekat bawah.
Kalau pergi jalan2 mall, dia akan tanya, mak ada beg tak. Beg mak elok lagi tak. Mak nak makan pape tak. Mak nak baju tak. Tapi aku sebagai isteri?
Aku nak beg, aku beli lah sendiri. Aku nak makan pape, aku beli la sendiri. Nak baju? Beli la sendiri. Semuanya aku beli memang aku pakai duit sendiri.
Siapa kat tempat aku yang tak terasa sedih masatu? Sedih, menangis dalam hati saja mampu sebab aku tahu aku tak layak pun bersuara. Aku cuma isteri.
Setiap bulan, dia masih bagi duit nafkah untuk aku. Tapi, sekadar nafkah. Sedangkan barang2 keperluan aku yang lain langsung dia tak pernah peduli.
Aku pernah dengar ustaz cakap, bab duit belanja ni. Mak punya bahagian lebih dari isteri. Betul. Suami aku lebihkan mak dia punya bahagian.
Aku cuma dapat 1/3 dari apa yang dia bagi pada mak. Tapi sebab aku bekerja. Aku masih mampu beli keperluan dan kehendak aku sendiri. Siapalah aku nak dibanding dengan darjat seorang ibu..
Aku berdoa setiap hari, kalau apa yang aku rasa ni salah, aku mohon tuhan buang jauh2 perasaan ini.
Tapi seandainya apa yang aku rasa ni normal, aku mohon semoga dibuka kan pintu hati suami aku untuk belajar lebih lagi bab nafkah dan tanggungjawab antara mak dan isteri.
Dia selalu suruh aku contohkan mak dia. Suruh pakai macam mak. Serba serbi mak. Even kalau aku nak masak apa apa dekat rumah pun, dia akan mintak aku tanya mak dulu. Pernah dia bawa aku dengan mak sekali pergi bakery.
Aku ni sejenis “sweet tooth”. Kalau masuk bakery tu memang rambang mata nak memilih yang mana. Hahaaa.
So aku tanya la suami aku, yang mana satu patut aku pilih. Jawapan dia masatu ” tu haa mak nak pilih yang mana la tu”. Aku terus letak apa yang aku pegang masatu.
Sentap. Aku tak tahu, aku ni overthinking sangat ke? Suami aku buatkan aku rasa tersisih dalam rumah suami sendiri. Sampai kan aku terfikir, mungkin ni hikmah Allah kenapa kitaorang takde rezeki zuriat lagi sampai sekarang ni.
Aku hanya mampu nangis sendiri saja tiap kali terfikir semula pasal ni. Menangis sebab aku takde family aku dekat sini, aku sendiri dekat sini tapi suami aku buat aku macam room mate dia saja.
Aku salah ke dalam hal ni? Apa aku patut buat? Aku appreciate sangat setiap komen korang, pandangan korang. Terima kasih.
– Intan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit